Saudara Pengarang,
SAYA mengambil kesempatan
untuk mengulas sandiwara Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin
berhubung penafian beliau melalui artikel bertajuk 'Janji Ditepati, PPPR LupakMeluas Ikut Jadual'.
Persoalannya, kenapa baru
sekarang slogan 'Janji Ditepati' dikumandangkan dan projek ini beria-ia mahu dilaksanakan ketika Sabah di ambang Pilihanraya
Umum ke 13?
Jika benar Linda, Adun
Sekong dan Kerajaan BN ikhlas kepada rakyat, bukan hanya untuk menyenangkan
hati rakyat Batu Sapi, khususnya di Lupak Meluas melalui pintomin 'Memancing
UNDI!'
Saya mencabar Linda supaya
mengisytiharkan bahawa apabila siap kelak, Projek Perumahan Rakyat ini diberi
secara PERCUMA kepada masyarakat Lupak Meluas yang selama ini dizalimi seperti
Pendatang Asing kerana walaupun kawasan berkenaan telah diwartakan sebagai
Rizab Kampung, tetapi telah dirampas untuk projek yang hanya menguntungkan
kroni.
Akibatnya penduduk asal
Lupak Meluas terpaksa merempat di sana sini mendirikan pondok seperti kandang
ayam kerana bimbang dirobohkan setelah beberapa kali dizalimi Adun Sekong yang
tidak membela mereka ketika pondok sementara mereka diroboh perampas tanah
adat.
Jika kami (Pakatan Rakyat)
menghulurkan bantuan, Adun Sekong mengecap mereka sebagai penyokong pembangkang
sedangkan mereka hidup mati dalam UMNO dan kami menghulurkan bantuan atas dasar
peri kemanusiaan.
Memang amat memalukan
apabila Adun Sekong @ Si Umang-Umang menyampaikan zing dan bantuan kepada PATI
yang mendapat kerakyatan songsang di hadapan ahli UMNO warga tempatan yang
mengadu kepada kami bahawa rumah mereka diroboh oleh perampas tanah dengan
saguhati RM3,000 sahaja.
Apalah yang boleh dilakukan
dengan RM3,000 sedangkan kos untuk menyara gundiknya sahaja lebih RM60,000
sebulan?
Berbalik kepada kes PPR
Lupak Meluas, Linda dan Adun Sekong hendaklah memastikan rakyat Lupak Meluas
diberi kemudahan rumah percuma kerana mereka berhak mendapat tapak rumah dan
membina rumah sendiri jika tidak dikhianati oleh Kerajaan BN yang menabur
segunung janji; termasuk merampas tanah adat di pesisir pantai dan menyerahkan
kepada konglomerat yang boleh menawarkan mereka wang dan habuan.
Jangan nanti, setelah PPR
Lupak Meluas siap, hanya orang yang terpilih sahaja, iaitu PATI atau yang
seangkatan dengan Adun Sekong dibenarkan masuk dan penduduk asal Lupak Meluas
dipaksa menyewa rumah berkenaan yang dibina secara percuma seperti yang di
Taman Mesra, Jalan Labuk, Batu 4, Sandakan.
Untuk makluman rakyat Sabah,
setahu saya, Projek PPR ini telahpun dirancang ketika era PBS lagi iaitu semasa
Datuk Nahalan Damsal menjadi Adun Sekong sehingga kawasan berkenaan dinamakan
Kampung Datuk Nahlan dan diteruskan oleh Mendiang Datuk Edmund Chung Ket Wah iaitu suami kepada
Datin Linda yang kini sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi.
Namun sehingga kini, projek
ini masih juga tergendala. Kenyataan bahawa pada permulaan projek, mereka
terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang
berkaitan dengan asas bangunan dan dengan kerjasama pihak-pihak yang terlibat,
masalah berkenaan dapat diselesaikan juga merupakan satu lagi 'pembohongan BN.
Jika benar, kenapa
memerlukan masa antara 10 sehingga 15 tahun untuk menyelesaikan isu remeh temeh
ini dan mengambil masa hampir tiga tahun selepas Pilihanraya Kecil dan baru beberapa
bulan lalu mula merangkak setelah papantanda yang dipasang telah lusuh.
Kita akui, memang benar
projek sedang dilaksanakan sejak beberapa bulan lepas, tetapi seperti iklan
biskut 'sekejap ada, sekejap tiada'; semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Batu
Sapi.
Salam Hormat,
ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR Batu
Sapi.
No comments:
Post a Comment