ZALIM....Menaruh
harapan kepada Wakil Rakyat menyelesaikan masalah tanah adat, kata Haji Ahdah, umpama
menyerahkan harta kepada pencuri.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
PANEL RCI yang ditubuhkan
Kerajaan Malaysia sewajarnya menghalakan siasatan ke Sukau, Kinabatangan kerana
majoriti PATI yang mendapat kerakyatan songsang diberi suaka politik oleh
Kerajaan Barisan Nasional sehingga mereka telah
berjaya melakukan 'Reverse Take Over' kerana jumlah mereka kini
mengatasi rakyat tempatan.
Mantan Ketua Daerah
Kinabatangan, Haji Ahdah Sulaiman berkata demikian dalam satu wawancara khas
dengan Sabahkini.net kerana bimbang dengan peningkatan mendadak rakyat asing;
apatah lagi setelah Jabatan Perangkaan mengesahkan bilangan penduduk asal hanya
31,000 orang, manakala PATI termasuk warganegara songsang sudah mencapai 172,000
orang.
"Inilah yang membimbangkan
kami sekarang. Salah satu malapetaka yang kami tidak dapat elak ialah PATI yang
dipelihara kerajaan BN ini sudah mempunyai Mykad kerana mereka boleh 'merampas'
apa sahaja hak kami termasuk undi dan tanah," kata Haji Ahdah yang
mendakwa PATI ini mendapat suaka politik UMNO dan diberi pelbagai keistimewaan
oleh Wakil Rakyat Sukau.
Menurut Haji Ahdah, para
pemimpin kerajaan yang ada di kawasan Sukau dan Kinabatangan tidak boleh
menuding jari kepada pembangkang jika membangkitkan isu yang boleh meledak
edranalin rakyat kerana ternyata BN gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah
sejak 49 tahun lalu.
Dalam pada itu, kata Haji
Ahdah, majoriti para pengundi tegar di DUN Sukau mahukan perubahan besar, bukan
sahaja dari aspek pembangunan infrastruktur bahkan ekonomi iaitu menaiktaraf kehidupan
rakyat agar lebih terjamin, namun gagal dilakukan oleh Wakil Rakyat yang ada
sekarang.
"Memang tidak
dinafikan, pembangunan infrastrutur telah mula dinikmati penduduk tetapi
majoriti hanya menjadi pemerhati pembangunan dan tidak mendapat manfaat
daripada curahan ratusan juta ringgit wang pembayar cukai ke Sukau," kata Haji
Ahdah lagi.
Menurutnya, penduduk asal
Sukau terus merintih kerana kuasa ekonomi mereka dirampas dengan kejam oleh
Kerajaan Barisan Nasional yang bersekongkol dengan konglomerat Bursa Saham
Malaysia yang memperdaya dan merampas tanah rakyat melalui jalan licik; malah
sering menyalah guna kuasa polis bagi menindas kebangkitan rakyat.
Kezaliman Kerajaan BN kata
Haji Ahdah tidak boleh ditabiri dengan pemberian BR1M, tangki 1Malaysia dan pelbagai
bantuan segera kerana majoriti penerima adalah Warganegara Songsang sehingga
menyebabkan Sabah terus menjadi negeri termisikin setelah rakyat asal masih terpenjara
di teras putaran ganas kemiskinan; terutama setelah tanah yang telah mereka
tanam diradu dengan jentolak dan dirampas dengan kejam.
"Kita amat sedih kerana
Wakil Rakyat BN telah lumpuh dan tidak lagi mampu membela rakyat. Nasib orang
kampung semakin malang dan terus ditimpa musibah bertubi-tubi. Jika mereka
lapor polis, mereka akan disumbat ke lokap dan didera tanpa peri kemanusiaan
kerana dianggap penceroboh kepada tanah adat milik mereka sendiri," kata
Haji Ahdah yang kesal kerana polis boleh disewa untuk melindungi penjenayah
tanah adat.
masalah ini akan berlanjutan sekiranya rakyat sabah masih memilih BN sebagai peneraju kepimpinan..
ReplyDelete