KOTA KINABALU : Sabah
berkembang menjadi sebuah negeri yang maju, makmur, aman dan stabil menerusi
pendekatan yang dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri
Datuk Musa Aman.
Katanya kerajaan di bawah
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya
bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan tugas, tetapi juga memberi perhatian
kepada kepentingan rakyat dan negara.
“Ini membolehkan Sabah
menjadi negeri yang membangun dengan mampan,” katanya berucap pada majlis
pelantikan barisan pemimpin Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Sabah, di sini
malam tadi.
Musa berkata pertumbuhan
ekonomi Sabah kekal teguh selain memiliki rizab yang kukuh.
“Ini testimoni komitmen kami
dalam menggalakkan pertumbuhan modal insane seiring pertumbuhan ekonomi dan
infrastruktur bagi faedah rakyat,” katanya.
Musa berkata kerajaan negeri
juga akan terus menyokong keperluan sekolah Cina termasuk dari segi pembiayaan.
“Untuk memastikan ini
terlaksana, harus ada kestabilan politik serta sokongan daripada semua komuniti
agar kami boleh mentadbir negeri tanpa ganguan politiking yang terlalu banyak.
“Kestabilan politik penting
untuk menarik pelaburan serta membolehkan perniagaan berkembang pesat,”
katanya.
Pada majlis itu beliau turut
mengumumkan dana RM100,000 untuk organisasi tersebut. (Bernama)
No comments:
Post a Comment