PENGHALANG
…..Penduduk Kampung Cahaya Baru penghalang pembinaan terminas bas. V.K Liew
sedang berbincang dengan Jurutera MPS melalui telefon mengenai kelewatan
pembinaan projek Terminal Bas terbabit.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
PEMBINAAN Projek Terminal
Bas Sandakan yang terletak di Kampung Cahaya Baru, Batu 3, Jalan Pantai
Sandakan masih tergendala sekalipun Kerajaan Negeri sudah menawarkan tender dan
kini dalam proses untuk melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja
pembinaan tersebut kerana setinggan di kawasan terlibat enggan berpindah,
sekalipun Majlis Perbandaran Sandakan sudah beberapa kali mengeluarkan notis.
Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan demikian kepada Sabahkini.Net
sejurus selepas mendapat maklumat terperinci daripada Jurutera Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) berhubung kelewatan kerja-kerja pembinaan terminal
tersebut.
“Kalau kita, khususnya
kerajaan bertindak tegas mengusir penduduk kampung Cahaya Baru pada masa
sekarang ini, maka akan dijadikan isu
besar oleh parti-parti pembangkang sebagai senjata propaganda mereka
untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata V.K.Liew yang tidak menolak
kemungkinan punca mereka berpindah kerana didalangi pembangkang.
Kata V.K.Liew, Kerajaan BN
serba salah kerana ibarat kata pepatah, "ditelan mati emak, diluah mati
bapa" kerana tersepit di tengah-tengah kemelut pembangunan dan kemanusiaan
yang sering dipolitikkan.
Menurut V.K.Liew lagi,
terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira dan diperhalusi sebelum
membuat sebarang tindakan keras bagi mengusir para penduduk berkenaan; termasuk
menyediakan penempatan baru termasuk rumah PPR jika terpaksa mengusir penduduk
setinggan berkenaan.
"Jika tidak diusir,
kerajaan tidak dapat meneruskan pembinaan projek tersebut sedangkan dana sudah
mencukupi hanya tinggal melantik kontraktor yang layak untuk diberi projek
tersebut. Inilah yang memeningkan kepala
kita sekarang,” tegasnya.
Kata V.K Liew lagi, senario ini
jelas menunjukkan mereka anti kemajuan dan menjadi penghalang kerajaan meningkatkan
prasarana termasuk Terminal Bas yang boleh melonjak pembangunan pesat ekonomi
Sandakan kerana mempunyai sistem pengangkutan yang lebih sempurna.
No comments:
Post a Comment