Saudara Pengarang,
PERTAMA sekali Habbal Min
Sampulna memohon maaf pada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana memaparkan gambar
ini, bukan niat untuk merosakkan nama baik; sekadar memperbaiki kesilapan.
Pembaca boleh lihat bilangan
penduduk sama ada dari Semporna atau tidak, tetapi bilangannya terlalu ramai
memungkinkan tindakan ini terpaksa dilakukan? Namun sebagai hak kita, amat
malang jika perkara ini terjadi. Ini adalah 'Rumah Terbuka Hari Raya'
sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Besar lagi 'Rumah Terbuka Malaysia', namun
tiada pulak kita lihat rakyat dilayan seperti ini.
Sebenarnya gambar ini sudah
cuba ditahan-tahan untuk tidak dikeluarkan, namun terasa bersalah pula kalau
tidak ditegur kerana perkara ini melibatkan hak-hak kita sebagai manusia; apa
lagi ia melibatkan pemimpin kesayangan Warga Semporna.
Habbal Min Sampulna
merasakan semakin kita memuji dan memuja pemimpin ini, semakin ego pulak
rasanya. Mungkin Datuk Seri suka kalau Habbal Min Sampulna berkempen untuk
membantu pembangkang sepertimana yang pernah dilakukan sebelum ini?
Harapan Habbal Min Sampulna
semoga di masa-masa akan datang, perkara ini tidak akan terjadi dan berulang
lagi.
Dalam pada itu, Habbal Min Sampulna
ingin bertanya, patutkah kita berbangga jika Ahli Parlimen Semporna memiliki
kenderaan besar dan mewah untuk diwar-warkan di Facebook? Bukankah ini takbur
namanya?
SOMBONG.....Kenderaan
rasmi yang dinaiki oleh Datuk Seri Hj. Mohd Shafie Apdal setiap kali balik ke
Semporna, Toyota Land Cruiser (200 Series) yang lazimnya dikenali sebagai
'Super King' di Sabah. Kenapa tidak menggunakan nombor plet sebaliknya hanya
'MENTERI' sahaja. Adakah dibenarkan JPJ dan Polis?
Salam Hormat,
HABBAL MIN SAMPULNA
No comments:
Post a Comment