TERIMA......Haji
Ansari Abdullah (kedua dari kanan) sedang menerima borang penyertaan dari Jasni
Aneh (kedua dari kiri).
Oleh: KREW SABAH KINI.NET
TUARAN : Perubahan politik
yang melanda Negeri Sabah turut memberikan kekuatan kepada Parti Kedilan Rakyat
(PKR) Cabang Tuaran apabila 40 orang yang diketuai oleh Efendy Haji Marjaya;
anak bekas Setiausaha Kerja UMNO Tuaran, Allahyarham Haji Marjaya KK Lidah
yang telah mengistiharkan menyertai
parti itu di Kampung Laya-laya, Tambalang, dekat sini pada Rabu lepas.
Ahli Majlis Pimpinan PKR
Kebangsaan, Haji Ansari Abdullah yang juga Ketua Cabang parti tersebut di
Tuaran ketika menerima borang penyertaan berkenaan menyatakan perasaan
gembiranya dengan sambutan semakin kuat terhadap perjuangan PKR; sekali gus
membuktikan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang bersteraskan 'Pakatan
Harapan Rakyat'.
"Kami dalam pimpinan
PKR Cabang Tuaran sesungguhnya sentiasa membuka pintu untuk menerima permohonan
ahli baharu dengan hati yang terbuka dan semestinya merasa gembira atas
kesedaran rakyat untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) menerusi PKR
sebagai wadah perjuangan membela rakyat," kata Haji Ansari lagi.
Sehubungan dengan tawaran
perubahan oleh PKR kepada rakyat, Haji Ansari mengajak seluruh rakyat di
Kawasan Parlimen Tuaran agar segera meninggalkan perjuangan Barisan Nasional
(BN) yang ternyata tidak lagi relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat
meskipun telah lama bertapak di negeri ini.
"Kita merasakan tidak
berpuas hati dengan pentadbiran selama 18 tahun BN/UMNO di Sabah yang ternyata
gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat negeri ini terutama di kawasan
ini," tegas Haji Ansari yang menyatakan banyak hasil Negeri Sabah
terutamanya Minyak hanya diberikan 5% kepada negeri ini, tetapi sebahagian
besarnya hasilnya diperuntukkan untuk membangun negeri-negeri lain di negara
ini.
Selain itu kata Haji Ansari,
Kerajaan BN/UMNO ternyata menjadi pemain utama terhadap salah guna pemberian
kad pengenalan kepada warga asing setelah dibuktikan oleh benerapa saksi
menerusi Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) yang telahpun mula membuat siasatan
mengenainya.
Beliau mendakwa pemberian
taraf kerakyatan di Sabah hanya bertujuan untuk memenangkan BN/UMNO dalam
Pilihanraya Umum yang ke 13 tidak lama lagi.
"Apa yang dibongkar
menerusi RCI sekarang amat mengejutkan kerana pengkhianatan BN/UMNO lebih teruk daripada apa yang kita
sangkakan selama ini," tegasnya ketika berucap dalam program bertemu
rakyat di Kampung Laya-Laya, DUN Sulaman.
Majlis perjumpaan rakyat
untuk menerima kemasukan ahli-ahli baharu itu turut dihadiri oleh Pengarah
Jentera Pilihanraya PKR Kawasan Sulaman; Haji Amin Haji Ibrahim, Timbalan
Pengarah Jentera; Dominic Ombilod Onul, Ketua Penerangan Jentera; Mohd Tarmizi
Shandu@Tara Singh, Pengarah Stretigik; Haji Ali Akhbar Kawi, Pengarah Media dan
Perang Saraf; Haji Ghulabdin Enjih, Ketua Jentera Daerah Mengundi (JDM)
Tambalang; Dikah Haji Yussof dan Pengasas PKR Cabang Tuaran, Haji Ibrah Abdul
Hamid.
Terdahulu dalam Majlis
Bersama Rakyat yang telah diadakan di Kampung Tambilok, Mengkabong dalam
Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman baru-baru ini, Haji Ansari telah juga
menerima penyertaan ahli baru yang
diketuai oleh Jasni Aneh.
No comments:
Post a Comment