Oleh : NIGEL AW
Ketua polis negara Tan Sri
Ismail Omar berkata pasukan keselamatan Malaysia membunuh seramai 31 orang
penceroboh Sulu dalam pertempuran di Tanjung Batu pada Rabu malam.
Katanya, pasukan polis
menerima laporan daripada komander di lapangan bahawa sejumlah musuh ditembak
dan dipercayai terbunuh.
Beliau juga percaya, polis
berjaya membunuh pemimpin kumpulan tersebut, berpangkat jeneral, katanya dalam
sidang media di Felda Sahabat.
Jumlah penceroboh yang
terbunuh setakat ini adalah 32 orang termasuk seorang di Kampung Tanduo pagi
ini.
Tiada laporan sebarang
kecederaan di pihak pasukan keselamatan Malaysia dalam pertempuran tersebut.
Selain daripada mengatakan
bahawa 'jeneral' tersebut adalah pemimpin kumpulan itu, Ismail tidak
mengesahkan identitinya.
Bagaimanapun, Azimuddie
Kiram sebelum ini dilaporkan sebagai pemimpin kumpulan itu yang membawa mereka
menceroboh Sabah dan kemudiannya mengambilalih Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Ismail berkata pasukan
keselamatan belum dapat mengeluarkan mayat dari zon operasi.
Sehingga ini, Ismail berkata
sejumlah 52 musuh terbunuh di Lahad Datu dan Semporna sejak awal krisis
tersebut.
Selain daripada 32 orang
yang baru diumumkan terbunuh, seseorang dibunuh di Kampung Tanduo pagi semalam,
menjadi jumlah kematian di pihak musuh sejak Ops Daulat dilancarkan Selasa
kepada 33.
Sebelum ini, 12 terbunuh
dalam pertempuran awal di Kampung Tandou Kampung Jumaat lepas.
Di samping itu, tujuh musuh
dilaporkan terbunuh di Semporna pada hari Ahad.
Selain lapan anggota polis
yang terkorban sebelum operasi habis-habisan dilancar, tidak ada anggota lain
pasukan keselamatan yang terbunuh atau cedera, kata Ismail.
Ini bermakna jumlah kematian
kedua-dua belah pihak sejak pertempuran awal dan serangan berikutnya ialah 60
orang.
Beliau juga mengumumkan
bahawa Ops Daulat kini telah diperluaskan daripada Kampung Tanduo dan Tanjung
Batu, ke Tanjung Labian dalam gerakan pasukan keselamatan memburu saki baki
penceroboh.
Turut hadir dalam sidang
akhbar itu ialan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin, yang
berkata walaupun operasi itu diperluaskan ke kawasan-kawasan lain, tetapi
beberapa penceroboh masih bersembunyi di Kampung Tandou.
No comments:
Post a Comment