RONDA.....Tentera
melakukan rondaan mencari saki baki pengganas di Sungai Nyamuk dekat Kampung
Tanduo, semalam. Gambar sisipan Agbimudin Kiram.
LAHAD DATU : “Ini bukan soal
akademik iaitu teori dan taktik. Ini peperangan,” tegas Pesuruhjaya Polis
Sabah, Datuk Hamza Taib ketika ditanya bagaimana Ketua Pengganas, Agbimudin
Kiram boleh melarikan diri ke selatan Filipina sedangkan pasukan keselamatan
mengawal ketat perairan dan kawasan operasi.
“Seperti dimaklumkan semalam
(kelmarin), Ketua Pengganas itu meloloskan diri ke selatan Filipina. Pada hemat
saya, itu tidak menjadi masalah (Abgimudin melarikan diri) kerana kita boleh
mengekstradisi dia ke negara ini untuk didakwa mengikut Seksyen 130 c (1) (a)
yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
“Setakat ini, kita mengumpul
seberapa banyak bukti untuk mendakwanya. Kita akan dakwanya di negara ini,”
katanya pada sidang media bersama Panglima Divisyen Pertama Infrantri Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar di Hotel
Residence Sahabat di sini, pagi kelmarin.
Pada sidang akhbar malam
kelmarin, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan adik
Jamalul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan Op
Daulat kerana pasukan keselamatan tidak menemui petunjuk mengenai kehadirannya.
Berdasarkan maklumat dan
risikan yang diperoleh menerusi pelbagai sumber, ketua pengganas itu
kemungkinan besar meninggalkan pengikutnya di kawasan Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment