Oleh : ABIGAIL KWOK
TENTERA LAUT FILIPINA merampas
senjata api dan peluru dari 35 orang yang disyaki pengikut kesultanan Sulu,
seorang daripadanya wanita, ketika memintas mereka di perairan sekitar Pulau
Andolingan di Tawi-Tawi pagi ini.
Jurucakap Tentera Laut
Lt-Komander Gregory Fabic berkata kapal peronda BRP Mariano Alvarez dan kapal
meriam BRP Jose Andrada memintas dua buah bot di barat Pulau Andolingan sekitar
jam 6.30 pagi.
Fabic berkata laporan awal
menunjukkan sebuah daripada bot tersebut sedang menuju ke Sabah.
Suspek dijangka tiba di
Batobato, Tawi-Tawi untuk siasatan.
Terdapat laporan mengenai
orang Tausug sedang menuju keluar untuk membantu pengikut kesultanan Sulu di
Sabah sejak pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia tercetus awal bulan
ini.
Filipina dan Malaysia telah
menjalankan kawalan di laut untuk menghalang pengikut kesultanan itu menyertai
yang lainnya di Sabah.
Sebelum kejadian ini, pihak
berkuasa Filipina berkata mereka juga telah memintas 70 pengikut kesultanan
yang sedang menuju ke Sabah.
Di samping itu, ratusan
rakyat Filipina dari Sabah telah tiba di selatan Filipina selepas melarikan
diri daripada apa yang ramai daripada mereka mendakwa, tindakan keras oleh
pihak berkuasa Malaysia. (InterAksyon)
No comments:
Post a Comment