TUJUAN dokumen ini adalah
untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham
bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata ‘Allah’.
Ia juga untuk orang Kristian
yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang
bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata ‘Allah’ dalam agama Kristian.
Terdapat banyak (tidak
tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh
menggunakan kata ‘Allah’ kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam
yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam.
Ia merupakan masalah pelik
di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain, di negara Arab – penganut
Kristian berbahasa Arab menggunakan kata ‘Allah’.
Umat Kristian sendiri
kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa
kepada 'Allah' dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa
Inggeris, kita tidak menggunakan kata ‘Allah’.
Bagaimanapun, lebih 60%
daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan
perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab)
sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah 'Allah'.
Kata ini digunakan oleh
Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara
mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di
Melaka
Sejarah Makna dan Penggunaan
1. Kata 'Allah' adalah
istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi di antara tuhan-tuhan, sebelum
wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H.
Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L.
Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.
2. Dari segi sejarah,
penganut Kristian berbahasa Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan 'Allah'
untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut:
• Wujudnya Kitab salat as
sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada tahun
1514 dan diterbitkan sekitar 1545,
• Telah ada versi cetakan
Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629,
• Kamus Melayu-Latin telah
dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum dan Latinum
- Malaicum)
• Terjemahan Kitab Kejadian
oleh D. Brouwerius (1662),
• Terjemahan M. Leijdecker
(1733),
• Terjemahan H.C. Klinkert
(1879),
• Terjemahan W.A. Bode
(1938), dan
• Pada tahun 1731-1733,
telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata ‘Allah’ iaitu
terjemahan untuk ‘God’.
3. Oleh itu, sejak awal
lagi, kata ‘Allah' telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat
orang-orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama
berabad-abad itu, tidak ada bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata
'Allah'.
Bahasa
Bantahan terhadap penggunaan
kata 'Allah' kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di kalangan
mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata
‘Allah’ baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:
1. Dalam bahasa-bahasa
Semitik, kata 'Allah' telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad
ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad
ke-7 M.
2. Penterjemahan Al-Kitab
bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks dari
Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata 'Allah' mempunyai
bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata 'Allah' pertama
kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya
mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan 'Allah'.
3. Seperti yang dinyatakan
sebelum ini, kata 'Allah' digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan ciptaan
umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran.
Haruskah Kristian
Menggantikan kata ‘Allah’ dengan ‘Tuhan’?
Ini tidak mungkin atas
sebab-sebab berikut :
1. Dalam Bahasa Melayu,
'Allah' bermakna ‘Tuhan’ dan ‘Tuhan’ bermaksud ‘Lord’. Ini jelas apabila kita
membaca Al-Kitab, ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ digunakan di dalam Al-Kitab, dan
kedua-duanya mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu 'Allah' tidak boleh
digantikan dengan 'Tuhan’.
2. Kata Tuhan telah
digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian
menggantikan kata 'Allah' untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan
tidak keruan yang merujuk kepada Tuhan dan Yesus
kerana:
• Makna ‘Allah’ dan Tuhan
adalah berbeza.
• Ini sangat jelas melalui
satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I
am the LORD, your GOD...” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah
kamu...”(ALKITAB : Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of
Malaysia).
• Ia akan mewujudkan situasi
tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa alkitabiah
'Lord God’ sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak
di dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian
percaya akan banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
• Umat Kristian berbahasa
Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan mengajar
doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas
Kesan-kesan Larangan Kata
‘Allah’
1. Dinafikan untuk
menggunakan kata ‘Allah’ adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama
rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan
Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan
amalan pilihan masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap
kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.
2. Pada tahun 2011, Mahkamah
Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan
perkataan 'Allah'. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian)
membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai.
3. Selain itu, terdapat juga
pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al-Kitab Bahasa Malaysia.
Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada 'Allah', kata-kata : Al-Kitab,
Firman, Rasul, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah
tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di samping itu, membuat larangan melalui
fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan tidak terpakai kepada bukan
Islam.
4. Melarang penggunaan kata
'Allah' dan istilah-istilah lain adalah tidak adil. Kristian Bumiputera perlu
diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya
bahasa yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka.
5. Jika gereja-gereja di
Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata 'Allah', bermakna hak untuk
mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan
sekular. Ini akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah
berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan.
Kesimpulan
Sesetengah umat Islam
mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti
menggunakan kata 'Allah' kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan
penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini
membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas.
Sebaliknya, keadaan sebegitu
dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan
Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia.
Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata 'Allah'
dan 'Lord' kepada 'Allah' dan 'Tuhan', begitu juga bahasabahasa lain dalam
Al-Kitab.
Disediakan Oleh Persekutuan
Kristian Malaysia
(The Christian Federation of
Malaysia)
No comments:
Post a Comment