Saturday, 4 May 2013

APA AGENDA MUBARAK DI LABUAN?





Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

TIDAK siapa tahu apa agenda bapa calon BN Labuan, Isli Siput menganjurkan majlis ceramah atas platform Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) jika tidak ada seorangpun Mantan Wakil Rakyat menghadirinya; apatah lagi Isli bukanlah siapa-siapa dalam Mubarak.

Majlis ini tidak ubah sekadar untuk melepaskan gian dan menunjukkan beliau (Isli) mempunyai jasa besar kepada UMNO di Labuan sedangkan hakikatnya jika tidak kerana Allahyarham Mohd Beldram yang bersetuju membubarkan USNO bersama Tun Mustapha, UMNO tidak akan bertapak di Labuan.

Kegelojohan Isli semakin ketara, sekadar untuk menutup kelemahan anaknya, Rozman yang langsung tidak menerima sebarang sambutan daripada kaum Tiong Hua.

Agak menghairankan kenapa Mantan Ahli Parlimen Labuan yang masih menjadi ahli UMNO, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Yusof Mahal tidak langsung dijemput; tetapi timbul persoalan siapa yang membenarkan Isli menggunakan Mubarak sebagai penganjur sedangkan Isli bukan AMT Mubarak?

Percubaan Isli di saat akhir ini tidak menampakkan sebarang perubahan ketara, malah kebencian penduduk Labuan semakin memuncak jika pucuk pimpinan UMNO dan BN tidak berbuat sesuatu sebelum jam 12 tengah malam ini.

No comments:

Post a Comment