Tuesday, 14 May 2013

AWAS! PEMBANGKANG RANCANG HURU HARA







Oleh : ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas pakatan pembangkang yang merupakan pencetus kepada pelbagai huru-hara dalam pilihan raya baru-baru ini.

Katanya, pembangkang sengaja membangkitkan berkaitan ketidakadilan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedangkan merekalah yang membuat pelbagai angkara untuk memperlihatkan perjalanan pilihan raya tidak tenteram.

“Oleh kerana pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan, pembangkang membuat tuduhan kepada BN sedangkan apa yang berlaku adalah angkara dari pembangkang sendiri.

“Kita mengikut undang-undang, kita tak laksanakan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.”

Katanya, sekiranya pembangkang membantah keputusan SPR mereka seharusnya menolak keseluruhannya tanpa menerima keputusan di negeri yang dimenangi mereka.

“Jika mereka tidak terima keputusan SPR, mengapa mereka terima keputusan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Adakah SPR di negeri itu berbeza dengan SPR di negeri lain?,” katanya.

“”Pada hari mengundi, mereka bersorak seperti orang hilang akal hingga menakut-nakutkan pengundi dalam kawasan kurang dari 50 meter tempat pengundi. Mereka tuduh kita kita yang buat, tetapi sebenarnya itu kerja mereka, bukan kerja BN,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Jelasnya, sehingga kini pembangkang masih lagi menaburkan pelbagai tuduhan dan bawa cerita-cerita yang tak masuk dek akal.

“Mereka kelirukan rakyat dan sekarang ini mereka sedang memainkan emosi anak muda. Kita sedar bahawa dalam himpunan, mereka bawa anak-anak muda yang masih belasan tahun walhal mengapa permainkan emosi anak-anak yang masih belasan tahun ini.

“Kita ini negara berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, kita percaya kepada kesatuan dalam kepalbagaian sedangkan mereka mahu mencetuskan huru-hara dalam negara ini supaya mereka boleh tunjukkan kepada dunia luar yang barangkali mereka dapat keuntungan dari negara luar terbabit.”

Dalam perjumpaan bersama Ahli Parlimen BN, Tan Sri Shahrir Samad yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut memberikan taklimat ringkas berkaitan tugas dan tanggungjawab ahli-ahli Parlimen. (MediaUMNO)

No comments:

Post a Comment