Thursday, 16 May 2013

AZIZAH KEMBALI JADI TIMBALAN MENTERI






KOTA KINABALU : Datuk Azizah Mohd Dun kembali menganggotai Kabinet persekutuan apabila dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
   
Bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  
Kemenangan pada pilihan raya umum 5 Mei lepas menewaskan Datuk Seri Lajim Ukin di Parlimen Beaufort dengan majoriti 673 undi membolehkan beliau kembali ke pusat dan diberi tanggungjawab sebagai timbalan menteri.
  
Bekas penuntut Maktab Sabah itu pernah melanjutkan pelajaran ke England di peringkat A Level sebelum mengikuti pengajian undang-undang sehingga memperoleh Bachelor in Laws dan ditauliah sebagai peguam di Lincoln Inn's England.
   
Sekembalinya ke Sabah, Azizah menjadi wanita pertama menjadi Majistret pada 1981 dan memegang jawatan itu hingga tahun 1984.
  
Pada 1985, beliau menceburkan diri dalam bidang politik dan menang kerusi Dewan Undangan Negeri Klias. Bagaimanapun, setahun kemudian beliau kalah dalam pilihan raya namun masih bergiat aktif dalam politik.

Pada 2004, beliau bertanding di Parlimen Beaufort dan dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
  
Pada pilihan raya 2008, Azizah bertanding dan menang kerusi Dun Klias yang menyaksikan beliau menganggotai Kabinet negeri Sabah. (Bernama)

5 comments:

  1. The new federal cabinet lineup is a good combination that can drive Prime Minster Datuk Seri Najib Tun Razak’s transformation agenda, Kuala Penyu assemblyman Limus Jury said.

    He was also of the opinion that the cabinet lineup of new and old faces is the best for the country towards achieving Vision 2020.

    ReplyDelete
  2. “More importantly is that the lineup reflects camaraderie and power sharing among the Barisan Nasional (BN) component parties. I am confident that this cabinet will be the driving force for Malaysia to achieve the developed country as well as high income country status in the near future,” he said.

    ReplyDelete
  3. To Limus, the appointment was also the Prime Minister’s way of showing BN’s gratitude and appreciation to Sabah for assisting the coalition to secure the mandate to govern the state again.


    ReplyDelete
  4. The increase of two full ministers from Sabah also reflects the federal government’s appreciation of Sabah as BN’s fixed deposit all this while, he said, adding that all ten Sabahan ministers and deputy ministers now shoulder heavy as well as challenging responsibilities.


    ReplyDelete
  5. tahniah kepada Azizah, laksanakan tanggungjwab dgn baik, teruskan pertahankan kebajikan wanita

    ReplyDelete