KECEWA.....
Wong melahirkan kekecewaan kerana Sandakan sering mengalami keputusan bekalan
elektrik setiap hari.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Ahli Parlimen
Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata
kekerapan terputusnya bekalan elektrik (Black Out) yang melanda daerah Sandakan
saban hari bukan sahaja meledakkan kemarahan pengguna dan meresahkan para
peniaga.
“Ekoran terputusnya bekalan
elektrik yang berlaku setiap hari, para peniaga terutama pengusaha kilang ais, kilang roti, bengkel dan restoran
mengalami kerugian besar," kata Ahli Parlimen Sandakan, Steven Wong.
Katanya, sejak dari dulu
sehingga sekarang, masalah gangguan bekalan elektrik di Sandakan sudah sinonim sehinggakan jika peniaga
menyebut Sandakan; secara automatik mereka akan terbayangkan 'Gelap' atau
'Black-Out'.
"Kita tidak tahu
bagaimana Kerajaan BN mahu menepati janji mereka di Sandakan kerana sudah 50
tahun isu ini semakin rumit. Talian Grid hanya cerita kosong dan impian ngeri penduduk
Sandakan," ujar Wong yang mendesak agar siasatan menyeluruh wajib
dijalankan dan kaedah penyelesaian segera perlu dicari.
“Kita sedar ini semua mungkin
sabotaj dan ugutan kerajaan kepada penduduk bandar, terutama Cina setelah
mereka menolak BN dan memenangkan calon Pakatan Rakyat, terutama DAP,"
kata Wong yang tidak dapat menampan kemarahan rakyat semasa berkempen sehingga
mereka sebulat suara menolak kepimpinan V.K.Liew.
Kata Wong, beliau masih
ingat lagi janji-janji Datuk Raymond Tan Shu Kiah bahawa SESB akan memasang satu unit janakuasa 20 mega watt buat sementara waktu pada
hujung tahun 2012 bagi mengatasi masalah tersebut, tetapi sehingga kini belum
tertunai.
Wong menegaskan bahawa masalah
bekalan elektrik yang melanda Sandakan bukan perkara baru dan sudah berlarutan
sejak 20 tahun lalu kerana SESB hanya mampu menggunakan janakuasa kecil.
“Saya yakin sekiranya SESB
menggunakan jen set berkapisiti 130 mega watt, sudah tentu dapat mengatasi masalah
bekalan lektrik dan tidak perlu bergantung kepada Grid,” katanya.
Tambah Wong lagi, sebelum
beliau menjadi Ahli Parlimen Sandakan, beliau sudahpun menemui Pengurus
SESB Sandakan, Liman Yusof untuk meminta penjelasan dengan terperinci
mengenai masalah bekalan elektrik tetapi Liman tidak memberi sebarang respon dan
hanya mengatakan "saya tidak tahu, tanya sama kerajaan".
Dalam perkembangan berkaitan
Wong tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi
seluruh kawasan parlimen Sandakan yang telah memberi mandate kepada beliau dan
DAP pada PRU 13 yang baru lalu.
BERSABAR KAMUORANG K.. EKORAN BEKALAN ELEKTRIK YANG SERINGKALI TERPUTUS ...
ReplyDeletemeh, baca ni...
HAMPIR seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira pukul 3.23 pagi isnin. Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.
Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.
Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.
Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada pukul 6.40 pagi. Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.
Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya.
Sementara itu, Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa pengurusan uitiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan negeri berikutan kejadian paling teruk dialami Sabah itu.
Ketua Penerangannya Chong Pit Fah berkata kejadian itu yang belaku lebih tujuh jam mulai 3.23 pagi itu yang menjejaskan teruk keseluruhan negeri, termasuk ibu negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan, menunjukkan tahap komitmen dan kecekapan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam mengurus bekalan tenaga negeri itu.
Di Sarawak, katanya kerajaan negeri mengurus sendiri utiliti tenaga dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian bekalan elektrik terganggu, namun sebaliknya di Sabah walaupun SESB memberi jaminan mengenai langkah yang diambil bagi memastikan bekalan mencukupi.
"SESB juga berkata sudah menaik taraf sistem agihan tenaga menerusi penyiapan grid tenaga yang sepatutnya dapat mengagihkan bekalan elektrik jika stesen jana kuasa ditutup pada bila-bila masa di Sabah.
"Namun kes yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ia hanya cakap semata-mata, dan apabila kejadian sebenar belaku, semuanya terhenti," katanya dalam satu kenyataan. (Bernama).
p/s: Nah inilah yang menyebabkan beberapa tempat di Sabah tidak ada karan. Kerosakan? apa yang saya dengar kerosakan berpunca dari kebakaran pencawang eletrik. Tia tau la betul ka tidak nasiblah kejadian berlaku pada jam 3 pagi kalau time office hours habis SESB ni kena blame teruk-teruk. Bukan apa, tapi kes kerosakkan dan bekalan terputus sering berlaku sejak kebelakangan ini itu pasal ramai orang yang complaint lebih-lebih lagi selepas kejadian terbaru ini. Harap SESB dapat membaik pulih keadaan dan menaik taraf utiliti sedia ada di Sabah.
MASALAH YANG SERING MEMBELENGGU ORANG SANDAKAN
ReplyDeleteHarap Kerajaan sudah dan akan terus mencari jalan penyelesaian kepada kemelut "Black Out" ini
Mari kita lihat kes seumpama dan berita-berita yang terpampang di dada akhbar tanah air kita berkaitan isu ini.
SANDAKAN: Penduduk di kawasan Batu 36 Jalan Sandakan-Telupid dekat sini merayu masalah yang dihadapi sejak sekian lama kononnya mendakwa ketiadaan air dan elektrik dapat diatas seberapa segera.
Sharifah Masang yang mewakili kira-kira tujuh buah keluarga di situ berharap pihak-pihak berwajib akan dapat mengatasi masalah ini memandangkan ia sudah lama berlarutan sekali gus merunsingkan penduduk setempat.
Katanya, dia sudah jemu untuk mengemukakan permasalahan tersebut berikutan setiap kali pihaknya mengemukakan masalah kepada pihak berwajib pasti dijawab ketiadaan peruntukan yang menyukarkan usaha untuk menyelesaikan masalah mereka.
“Bila kami minta agar permasalahan ini dapat diatasi segera, mereka cakap tiada peruntukan dan macam-macam lagi padahal pihak kerajaan sekarang ini lebih mendahulukan kepentingan rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan di bawah Gagasan 1Malaysia.
“Ke mana perginya matlamat kerajaan kalau permasalahan kami sukar diselesaikan. Kerajaan perlu segera mempertimbangkan dan seterusnya menyelesaikan permasalahan kami memandangkan tujuh keluarga ini adalah merupakan penyokong kuat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Oleh itu, bantulah segera masalah yang dihadapi sejak enam tahun lalu ini memandangkan kami tidak tahan lagi menanggung masalah akibat ketiadaan air dan elektrik yang menjejaskan kehidupan seharian,” jelasnya sewaktu menghubungi New Sabah Times kelmarin.
Sharifah, 52, yang memiliki tiga orang anak itu memberitahu bahawa kawasan yang mereka diami terletak antara persimpangan masuk ke Beluran di Kampung Jaya Bakti.
Menurut beliau, sepatutnya permasalahan ini sudah lama diatasi kerana persekitaran kampung-kampung yang ada di situ kini mempunyai prasarana cukup baik dan selesa iaitu kemudahan dari segi air serta elektrik.
MASALAH YANG SERING MEMBELENGGU ORANG SANDAKAN
ReplyDeleteHarap Kerajaan sudah dan akan terus mencari jalan penyelesaian kepada kemelut "Black Out" ini
Mari kita lihat kes seumpama dan berita-berita yang terpampang di dada akhbar tanah air kita berkaitan isu ini.
SANDAKAN: Yen Yen ialah pe-milik sebuah salon rambut yang beroperasi di Menara Sandakan sejak lima tahun lepas.
Biasanya kedai salonnya itu dibuka dari 9 pagi hingga lewat petang setiap hari. Namun, sejak kebelakangan ini, kedai salon itu sering ditutup untuk beberapa jam di siang hari pada hari-hari tertentu.
Kedainya ditutup bukan kerana perniagaannya semakin merosot akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang, sebaliknya disebabkan gangguan beka-lan elektrik yang kerap berlaku di pantai timur Sabah termasuk Sandakan.
Gangguan itu menjejaskan pulangan daripada perniagaan yang diusahakan Yen Yen. Masalah peniaga salon itu sebenarnya gambaran â€Å“keperitan hidup†yang dihadapi oleh ratusan ribu penduduk pantai timur Sabah akibat gangguan beka-lan elektrik yang terlalu kerap berlaku.
Masalah tidak berkesudahan itu kini semakin membimbangkan. Bagi Yen Yen, kebimbangannya itu berasas kerana setiap kali bekalan elektrik terputus di kedainya, beliau terpaksa menghentikan perniagaannya buat sementara waktu bagi menunggu bekalan elektrik pulih semula.
â€Å“Ada kalanya jika terdapat pelanggan di kedai ketika bekalan elektrik terputus, saya terpaksa meneruskan kerja dalam suasana keadaan gelap dan panas, menimbulkan rasa tidak selesa kepada pelanggan.
â€Å“Gangguan bekalan elektrik itu berlaku dua hingga tiga kali dalam seminggu dan akan mengambil masa tiga hingga empat jam menyebabkan pendapatan harian terjejas,†katanya kepada Bernama di sini.
Daerah-daerah di timur Sabah antaranya Sandakan, Lahad Datu dan Tawau merupakan kawasan paling kerap menerima kesan catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan oleh Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) sejak pertengahan bulan lepas.
Penjelasan SESB bahawa catuan bekalan elektrik itu dilaksanakan akibat kerja-kerja senggaraan kritikal di Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi dan Stesen Janakuasa Patau-Patau di Labuan serta kerosa-kan beberapa set janakuasa di Sepanggar Kota Kinabalu.
Berikutan itu, SESB terpaksa menguatkuasakan catuan bekalan pada waktu beban puncak kerana kapasiti janaan tidak dapat menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat dan catuan dilaksanakan sehingga bulan depan.
Bagaimanapun, ada pihak mempertikaikan cara catuan itu dilaksanakan kerana hanya kawasan di timur Sabah paling merasai kesan catuan itu berbanding di kawasan barat Sabah.
Setiausaha Dewan Perniagaan Cina Sandakan Steven Wong mahu pelaksanaan catuan dilakukan secara sama rata mengikut kawasan di Sabah kerana kini daerah timur Sabah lebih kerap mengalami catuan itu berbanding daerah lain di barat negeri ini.
MASALAH YANG SERING MEMBELENGGU ORANG SANDAKAN
ReplyDeleteHarap Kerajaan sudah dan akan terus mencari jalan penyelesaian kepada kemelut "Black Out" ini
Mari kita lihat kes seumpama dan berita-berita yang terpampang di dada akhbar tanah air kita berkaitan isu ini.
Beliau meminta SESB menyediakan pelan persediaaan bagi catuan bekalan elektrik sekiranya ingin melakukan kerja-kerja penyelenggaraan stesen janakuasa.
Steven berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna terjejas teruk disebabkan catuan bekalan elektrik itu dan mengakibatkan kerugian kepada golongan peniaga dan industri.
Terdapat juga pihak yang mahu SESB membayar ganti rugi kepada pekilang dan peniaga di Sabah yang mengalami kerugian akibat catuan dan gangguan bekalan elektrik di seluruh negeri sejak kebelakangan ini.
Perkara itu disuarakan oleh Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang berkata antara kumpulan peniaga terjejas teruk adalah peniaga stor sejuk dan pengusaha ikan, ayam dan daging terutama apabila generator mereka mengalami kerosakan.
Bekalan elektrik di timur dan barat Sabah disambungkan melalui grid sambungtara yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik di negeri ini.
Melalui penyambungan itu pusat penjanaan kuasa elektrik di Sabah kini boleh saling menyo-kong antara satu sama lain, iaitu jika ada kekurangan bekalan kuasa di Sandakan, Grid Pantai Barat boleh membekalkan sehingga 100MW ke Grid Pantai Timur.
Bagaimanapun, kerosakan membabitkan set-set janakuasa lama dan uzur menyebabkan gangguan bekalan elektrik di negeri ini tidak mencukupi.
Pembangunan pesat di negeri ini terutama pertumbuhan kawasan perindustrian baru menyebabkan permintaan bekalan elektrik di Sabah meningkat dan bekalan elektrik sedia ada tidak dapat menampung permintaan itu.
SESB cuba mengatasi masalah itu untuk mencari sumber elektrik baru melalui cadangan membina janakuasa arang batu di Lahad Datu tetapi dibatalkan pada April tahun lepas setelah mendapat tentangan pelbagai pihak kerana ia memberi kesan kepada alam sekitar.
Kerajaan negeri kemudian meminta SESB mencari alternatif lain atau mengenalpasti tapak sesuai bagi melaksanakan projek itu dan mereka memilih untuk melaksanakannya di Sandakan.
Namun ia sekali lagi mendapat tentangan terutama badan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar dan menyebabkan cadangan projek membina janakuasa arang batu di negeri ini tertangguh sehingga sekarang.
Selaras dengan pembangunan yang semakin pesat, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menambah sebanyak 20 megawatt (MW) bekalan elektrik di daerah ini dengan siapnya Projek Rehabilitasi Set Turbin Gas di Stesen Janakuasa Batu Sapi.
ReplyDeleteIa menjadikan sebanyak 28MW disalurkan dari set turbin gas dengan 8MW sudah disalurkan sejak set turbin gas itu mula beroperasi pada Ogos tahun lepas.
ReplyDeleteTan berkata penambahan 28MW bekalan elektrik itu adalah bagi menampung permintaan pengguna terutama pembangunan yang semakin pesat berlaku di daerah Sandakan.
ReplyDelete"Ini merupakan projek jangka pendek sementara menunggu stesen janakuasa berkapasiti 300MW di Lahad Datu siap pada 2015," katanya.
ReplyDeleteMenurutnya selain bekalan elektrik yang dijana di beberapa stesen janakuasa, SESB Sandakan juga menerima bekalan elektrik daripada Grid Pantai Barat dengan jumlah bekalan elektrik di daerah ini boleh mencapai 150MW dan permintaan pengguna adalah sebanyak 112MW.
ReplyDeletemasalah elektrik yang sering berlaku ini harus diberi perhatian dan diselesaika segera, jgn biarkan penduduk terus dibebani masalah ini.
ReplyDeleteTenaga Nasional Berhad (TNB) akan mencari jalan terbaik bagi mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah, kata Ketua Pegawai Operasinya Datuk Azman Mohd.
ReplyDeleteKatanya langkah itu termasuk bekerjasama rapat dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk mencapai satu pendekatan yang berkesaan mengatasi masalah tersebut.
DeleteKatanya tindakan terbaru yang diambil oleh TNB adalah menghantar satu pasukan yang bekerja rapat dengan SESB bagi mengenal pasti cadangan sesuai untuk dikemukakan kepada KeTTHA. Hasil cadangan itu akan dibentangkan kepada menteri KeTTHA dalam satu mesyuarat khas.
ReplyDeleteMengenai kekurangan bekalan elektrik di timur negeri ini, Azman berkata pembinaan loji janakuasa berasaskan gas di Lahad Datu yang dijangka siap pada 2015, merupakan pelan jangka panjang untuk meningkatkan bekalan elektrik.
ReplyDeleteBagaimanapun katanya satu tindakan jangka pendek perlu diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik pada masa sekarang disebabkan permintaan yang semakin meningkat di kawasan timur negeri ini.
ReplyDeleteAntara tindakan yang akan diambil katanya adalah membuka semula Stesen Janakuasa Elektrik di Batu Sapi di sini yang dijangka akan beroperasi pada November ini dan sebelum itu pada Julai ini menghantar lapan set janakuasa mudah alih dari Kota Kinabalu ke daerah ini.
ReplyDeleteBekalan elektrik di timur negeri ini adalah mencukupi sehingga akhir tahun ini dan permintaan bekalan elektrik itu sentiasa meningkat terutama di Sandakan.
Deletemengenai K3G, kira-kira 4,000 peluang pekerjaan dalam jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta ditawarkan pada karnival edisi kelima ini.
ReplyDeleteKarnival tiga hari bermula 14 Jun depan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan disertai lebih 300 majikan pelbagai sektor.
ReplyDeleteAntara agensi dan syarikat yang akan menyertainya, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maybank Berhad.
ReplyDeletekarnival itu adalah sebahagian usaha kerajaan menangani isu kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan disamping wadah mengintegrasikan agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mewujudkan peluang kerja dan latihan berkualiti.
ReplyDeletesemua harus berhenti politik dan fokus pada tugas kepada rakyat.
ReplyDelete