CALON Barisan Nasional
(BN) Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,
hampir semua pemilik tanah di Kampung Batu Putih termasuk Calon PAS, Haji Ahdah Sulaiman menerima geran
tanah yang sudah dikeluarkan oleh pihak
Barisan Nasional (BN)
Beliau berkata, geran tanah
yang sebahagian besar darinya berkeluasan antara 10 hingga 20 ekar dimiliki
setiap pemohon diusahakannya untuk pengeluaran geran sejak diberi mandat
sebagai wakil rakyat lima tahun lalu.
“Saya berusaha
merealisasikan harapan rakyat dalam pengeluaran geran tanah ini sejak tahun
2008. Alhamdulillah hari ini telah menjadi kenyataan,“ katanya.
Menyatakan demikian ketika
berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Geran Tanah bagi sebahagian 80 orang
pemohon yang juga penduduk Kampung Batu Putih di Dewan Serbaguna Kampung
perpaduan di sini, Saddi berkata, usaha tersebut mendapat sokongan Jabatan
Tanah dan Ukur Negeri Sabah, sebuah agensi kerajaan negeri.
“Pada hari ini, penduduk
yang mendapat geran tanah dikeluarkan BN bukan saja kalangan rakyat di kawasan
ini, tetapi juga pihak pembangkang yang juga calon PAS dan hanya segelintir
rakyat yang menyokong pembangkang.
“Tetapi BN sentiasa bersikap
adil, geran tanah berkenaan boleh dimiliki sesiapa juga rakyat negara ini.
Tetapi percayalah, dokumen penting ini tidak berada di tangan rakyat jika tidak
diusahakan pemimpin dan kerajaan BN,” katanya kepada lebih 400 pengundi yang
hadir pada majlis itu.
Turut hadir dan menyampaikan
ucapan pada majlis itu ialah dua mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk
Aklee haji Abbas dan Datuk Dr.Zaki Gusmiah. Semua 80 keping sijil geran tanah
berkenaan disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, Enck
Mohamad Yusri.
Pihak pembangkang, kata
Saddi, apalagi yang terus berusaha meracuni pemikiran rakyat memusuhi kerajaan
dan pimpinannya dalam Pilihanraya Umum (PRU) 13, tidak mampu menunaikan apa-apa
janji dan tuntutan semasa rakyat kerana kedudukannya.
Selain turut
memburuk-burukkan pemimpin BN serta kemajuan yang sudah dicapai hari ini, kata
Saddi, pihak pembangkang hanya menyimpian angan-angan bahawa kononnya mereka
(PR) akan mencapai kemenangan besar dan
memerintah Negara ini.
Namun rakyat, kata Saddi,
jangan terpecaya dengan segala kata-kata pembangkang kerana rakyat di Negara
ini khususnya dalam Dun Sukau dan Kinabatangan sentiasa mengenang segala jasa,
khidmat dan pembelaan yang sudah dicurahkan kerajaan BN.
Saddi menengaskan, selain
beliau akan berusaha untuk mempastikan geran tanah milik rakyat di kawasan ini
dapat dikeluarkan dalam tempoh yang terekat, misi dan visi menjayakan
pembangunan serta usaha melonjakkan ekonomi rakyat di kawasan ini akan beliau
lakukan jika beliau diberi mandat dalam PRU ke 13.
Antara usaha pembangunan
sosioekonomi yang beliau tumpukan ialah menerusi pengujudan Pekan Baru Sukau,
Bandar Bio Diversiti yang sudah diluluskan kerajaan tiga tahun lalu yang bakal
berperanan menjadi pusat pentadbiran Dun Sukau pada masa hadapan.
Selain itu, katanya,
perhatian kepada golongan rakyat samada yang melibatkan diri dalam bidang
pertanian, perikanan dan pelancongan di beberapa kawasan di sini tetap tidak
beliau lupakan untuk menerima pelbagai perkhidmatan yang boleh menyokong kemajuan mereka.
“Yang penting, rakyat
khususnya pengundi di kawasan ini memberikan sokongan padu kepada Barisan
Nasional menjelang pembuangan undi 5 Mei ini dan ia bermaksud menyediakan satu
landasan luas untuk kita membela dan memajukan rakyat,” kata Saddi.
No comments:
Post a Comment