KETUA Umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya
Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam
raya 5 Mei.
"Saya akan menjemput
rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium
Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk
bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang
dilakukan SPR dan Datuk Seri Najib Razak.
"Gerakan untuk
perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya
yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada
rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum
ke-13," katanya dalam satu kenyataan.
Anwar berkata, beliau juga
akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi
memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan
dalam pilihan raya.
Katanya, beliau juga akan
berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan
yang dibentuk oleh BN.
"Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang
paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan
adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.
"Saya akan memberi
sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk
memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk
membetulkan penipuan pilihan raya.
"Kita tidak boleh
membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan
menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak
menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk
mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya
itu," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment