SEPATUTNYA sebagai Pusat
Penyelidikan Politik Bebas, tugas Merdeka Centre adalah untuk menjalankan
survey mencakupi tugas pengumpulan data dan sampling pendapat serta pandangan
masyarakat terhadapa sesuatu isu berkaitan senario politik negara.
Merdeka Centre bermula
operasi pada tahun 2002, selepas era reformasi di akhir tahun 90an, dan
diterajui oleh Ibrahim Suffian atau lebih dikenali sebagai Ben.
Tempat operasi mereka adalah
di No. 901B, Kompleks Diamond Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Sebelum menubuhkan Merdeka
centre Ibrahim Suffian adalah penyelaras Dana "Canadian International
Development Agency" (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya
Tinggi Kanada.
CIDA dibiayai sepenuhnya
oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya di sini untuk kegiatan yang
depannya adalah mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan
ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah.
Sebagaimana National
Endowment of Democrasy dari Amerika, Konrad Adenauer Foundation dari Jerman dll
lagi, begitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa
operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada.
Sejak zaman reformasi 1999
lagi, Ibrahim Suffian di beri peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk
menjadi 'Agen Of Influence' dan perantara bagi menyalurkan bantuan kengan
kepada NGO dan parti pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di
negara ini.
Penyaluran bantuan yang
dilakukan berselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi.
Antara NGO yang pernah
menerima dana daripada CIDA adalah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan
Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election
Watch (MCEW).
Antara peneerima individu
adalah Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan), peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman, dan
Steven Gan Editor Malaysiakini.com.
Pada 16 Dis 2000, CIDA
dipercayai membiayai Election Watch Workshop di Kuching Sarawak yang melibatkan
NGO anti kerajaan seperti SADIA, SUQUI dan Bidayuh Community.
Program lain seperti 15th
Asia Pasific Roundable talk pada 4-7 Jun 2001 di Hotel Renaissance, Kuala
Lumpur dan forum bertajuk 'Transnasional Standard in The Independence Of The
Judiciary' anjuran Fakulti Undang-Undang UKM, Bangi pada 14 Julai 2001.
Dalam masa sama CIDA turut
menjalankan survey berkaitan isu pilihanraya dan hasilnya disalurkan kepada
parti pembangkang. Pembabitan pertama CIDA adalah semasa pilihanraya kecil PRK
Indera Kayangan pada 19 Jan 2002 dan diikuti beberapa siri PRK yang diadakan
selepas itu.
Ibrahim Suffian pernah
terlibat dengan individu tertentu merencana strategi untuk menawan Selangor
semasa pilihanraya umum PRU 2004.
Selaku penyelaras CIDA juga,
Ibrahim Suffian dikesan turut mempunyai hubungan yang akrab dengan beberapa
bekas kakitangan Suruhanjaya Tinggi Kanada seperti Keith Fountain, Setiausaha
pertama (bahagian politik) dan Victoria Young Setiausaha Kedua (bahagian
politik).
Ketiga-tiga mereka sering
menghadiri majlis politik anjuran parti pembangkang pada tahun 90-an.
Dari semasa ke semasa juga
beliau telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin NGO dan parti pembangkang di
Suruhanjaya Tinggi Kanada yang berpejabat di Menara Tan & Tan Jln Tun Abdul
Razak, Kuala Lumpur.
Maklumat lain yang diperoleh
turut mendedahkan Ibrahim Suffian pernah mengikuti kursus 'Gallup Poll' iaitu
aplikasi kaji selidik pilihan raya yang popular di Amrika Syarikat pada 1999.
Kecenderungan politik
Ibrahim Suffian jelas adalah kepada parti pembangkang khususnya Dato' Seri
Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR.
Ini yang menghairankan
kenapa Ibrahim Sufian sering dipanggil oleh Astro Awani sebagai panelis dan
komentar pilihanraya sama dengan Prof Hasan cermin mata google, Wan Firdaus
dari IDEAS, pro pembangkang.
Sebelum PRU 2008 yang lalu,
Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR,
Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan
raya.
Beliau juga dikenali sebagai
rakan baik Raja Petra Raja Kamaruddin blogger Malaysia Today yang aktif
mengendalikan laman Free Anwar Campaign, ketika era reformasi lagi.
Beliaulah yang mencadangkan
dalam mesyuarat PKR pada 25 Februari meminta AJP Pusat, Dr Syed Azman Syed
Ahmad untuk menggembleng semula sokongan bekas mufti dan veteran ABIM, JIM
serta PUM terhadap DSAI.
Ini bertujuan bagi
mengelakkan persepsi masyarakat bahawa Anwar hanya mendapat sokongan barat
sahaja. Cadangan itu yang melahirkan mesyuarat ABIM di Kajang pada 27 Mac 2010.
Penubuhan Merdeka Centre
Ibrahim Suffian menubuhkan
Merdeka Centre pada tahun 2002 untuk kononnya di sebelah depan berperanan
sebagai konsultan bagi menjalankan survey berhubung isu-isu politik untuk semua
parti politik sama ada pembangkang mahu pun Barisan Nasional.
Namun begitu, peranan
Merdeka Centre diperhatikan lebih cenderung merangka strategi dan propaganda
parti pembangkang khususnya PR. Perhatian ini berasaskan penglibatan secara
terus Ibrahim Suffian dalam beberapa siri mesyuarat perancang yang dianjurkan
PKR.
'Survey' yang dibuat
kadangkala sengaja mengelirukan dan bertujuan menimbulkan persepsi terhadap
sesuatu.
Contohnya, dalam isu kajian
populariti Perdana Menteri yang didakwa mendapat rating tinggi iaitu kira-kira
72% pada bulan Mei 2010 lalu, rating yang memberansangkan ini sahaja
digembar-gemburkan dengan muslihat untuk mendorong kerajaan mengadakan
plihanraya lebih awal sekaligus terperangkap dalam taktik kotor pembangkang.
Jelas sekali survey-survey
yang dilakukan Merdeka Centre tidak telus metodologi dan mempunyai agenda
tersirat pembangkang.
Berdasarkan latar belakang
Ibrahim Suffian atau Ben yang amat diragui khususnya dalam aspek penglibatan
terdahulunya dalam CIDA, tidak keterlaluan untuk mengatakan survey-survey yang
dilakukan sengaja direka untuk mengelirukan masyarakat.
Di sini, kepakaran ahli akademik
dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan lebih layak digembleng bagi
mengimbangi survey Merdeka Centre kerana mempunyai 'locus standi dan
'pengalaman yang lebih kritis dan ada standing dalam melakukan survey.
Merdeka Centre dan NGO Asing
Ketika Bersih 2.0,
gambarajah yang dilakarkan oleh AIDC dengan sedikit sentuhan dari kami ini,
menunjukkan aliran dana asing kepada Merdeka Centre.
Seperkara lagi ialah Merdeka
Centre mendapat tajaan daripada pelbagai NGO antarabangsa, antaranya
International Republican Institut (IRI) dan National Democratic Institute
(NDI).
Kedua-dua NGO ini dikesan
aktif menganjurkan kursus persediaan pilihanraya kepada parti pembangkang
sebelum dan selepas PRU 2008.
Kedua-dua NGO tersebut juga
mempunyai kaitan yang rapat dengan American Jewish Committe ACJ yang berperanan
menyebar luas fahaman liberalisme dan hak asasi manusia ke seluruh dunia
termasuk Malaysia.
Sementara Friederich Naumann
Foundation (FNF) dan Konrad Adenaur Foundation (KAF) pula adalah penyumbang
dana tetap kepada Institut Kajian Dasar (IKD), salah satu 'think thank' Anwar
yang diketuai oleh Khalid Jaafar.
Pada 23 Jun 2005, IRI pernah
mengarahkan Merdeka Centre melakukan survey mengenai tahap sokongan rakyat
terhadap Anwar dan PKR dengan bayaran RM30,000.
Padahal IRI ketika itu IRI
tidak mempunyai pejabat di Malaysia sebaliknya beroperasi melalui pangkalan
mereka di Jakarta Indonesia. Kini mereka berpejabat di Bangsar Shopping
Kompleks, Bangsar, Kuala Lumpur.
Namun demikian, IRI sudah
melibatkan diri dalam mengkaji politik Malaysia sejak 2002 dan mulai 2009, NGO
tersebut mulai aktif dalam menggerakkan pelbagai program latihan untuk parti
pembangkang, NGO dan badan pendesak.
Amalan demokrasi yang cuba
diterapkan adalah demokrasi sejagat ala Amerika Syarikat yang sememangnya tidak
sesuai di Malaysia.
IRI turut membantu Parti
Pembangkang dengan menganjurkan kursus pilihanraya menjelang pilihanraya negeri
PRN Sarawak iaitu pada 17 Ogos 2009 di pusat khidmat ADUN Padungan, Kuching
Sarawak. Program diatur oeh John Fluharty Resident Officer IRI di Jakarta.
Sementara NDI pula telah
menganjurkan Workshop Malaysian Electoral Law and Conduct reform di Port
Dickson pada 22-24 Jul 2005 bagi merencana strategi menawan 4 negeri dan 40%
kerusi di negeri2 lain dalam pru 2008.
FNF juga menganjurkan
Bengkel Piliharaya PKR di Hotel Mikasa Jalan Tun Razak pada 3-4 Julai 2006 dan
program Memantapkan Perjuangan Parti di Hotel Corus Jalan Ampang Kuala Lumpur
pada 27-28 Jan 2010
Penglibatan NGO asing ini
telah lama wujud dan dikesan mempunyai agenda yang sama iaitu bagi mencetuskan
political chaos di negara ini. (THE UNSPINNERS)
Merdeka Centre bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian. Ibrahim Suffian adalah penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada.
ReplyDeleteCIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya untuk kegiatan mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah.
ReplyDeleteBegitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada.
ReplyDeleteSejak zaman reformasi 1999, Ibrahim Suffian telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk menjadi “agen of influence” dan perantara bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO dan parti pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di negara ini.
ReplyDeleteBerselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi, dana disalurkan kepada NGO pro-demokrasi termasuklah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).
ReplyDeletePendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.
ReplyDeleteIbrahim Suffian juga terlibat merencana strategi politik DSAI, dan tidak mustahil serangan bertubi-tubi pihak luar terhadap kerajaan negeri Sabah juga adalah rancangan dari beliau.
ReplyDeleteBlogger The Unspinners menulis beberapa artikel mendedahkan dalang di sebalik penubuhan badan pemikir yang dinamakan Merdeka Centre. Dalam pendedahannya bertajuk “Ibrahim Suffian, dan Merdeka Centre (1)” blog itu mendedahkan operasi Merdeka Centre bermula pada tahun 2002, selepas era reformasi yang diterajui oleh Ibrahim Suffian.
ReplyDelete“Ibrahim Suffian atau lebih dikenali sebagai Ben adalah penyelaras dana “Canadian International Development Agency” (CIDA) yang mengambil tempat dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Kanada.
ReplyDelete“CIDA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Kanada menerusi Suruhanjaya Tingginya di sini untuk kegiatan yang depannya adalah mempromosi nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan ketelusan proses pilihanraya di Malaysia yang masih dianggap rendah.
ReplyDelete“Sebagaimana National Endowment of Democrasy dari Amerika, Konrad Adenauer Foundation dari Jerman dll lagi, begitulah yang diakui tetapi peranan sebenar mereka adalah lebih berupa operasi covert untuk tujuan seperti menjatuhkan kerajaan yang ada”, dakwa blog itu.
ReplyDeleteMenurut blog itu lagi, sejak zaman reformasi 1999, Ibrahim Suffian telah diberi peranan oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk menjadi “agen of influence” dan perantara bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO dan parti pembangkang untuk menggerakkan aktiviti anti-kerajaan di negara ini.
ReplyDeleteBerselindung di sebalik aktiviti bercorak pembangunan demokrasi, dana disalurkan kepada NGO pro-demokrasi termasuklahlah Malaysiakini.com, Tenaganita, Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (BUDI), SUARAM, HAKAM, dan Malaysia Citizan Election Watch (MCEW).
ReplyDeleteDilaporkan, sebagai Ibrahim Suffian sebagai penyelaras CIDA turut mempunyai hubungan yang akrab dengan beberapa bekas kakitangan Suruhanjaya Tinggi Kanada seperti Keith Fountain, Setiausaha pertama (bahagian politik) dan Victoria Young, Setiausaha Kedua (bahagian politik).
ReplyDeleteDalam artikel bertajuk “Ibrahim Suffian dan Merdeka Centre (Bhg 2)“, blog itu mendedahkan pendirian politik Ibrahim Suffian adalah pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). “Sebelum pru 2008 yang lalu, Ibrahim Suffian sering menghadiri mesyuarat bersama DSAI di ibu pejabat PKR, Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya bagi membincangkan strategi pilihan raya.
ReplyDelete“Beliau juga dikenali sebagai rakan baik Raja Petra Raja Kamaruddin, blogger Malaysia Today yang aktif mengendalikan laman Free Anwar Campaign, ketika era reformasi lagi. “Ibrahim Suffian juga terlibat merencana strategi politik DSAI”, dedahnya.
ReplyDeleteMenurut laman wmd.org, Anwar Ibrahim, Ibrahim Suffian (Merdeka Center), Premesh Chandran (Malaysiakini), Cynthia Gabriel (SUARAM), Elizabeth Wong, Swee Seng Yap ( Forum Asia) dan Syed Azman (PAS) adalah wakil dari Malaysia yang menyertai The World Movement for Democracy (WMD) di Turki.
ReplyDeleteWMD adalah satu organisasi yang ditaja sepenuhnya oleh NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan dana demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
ReplyDeleteMenurut ned.org, WMD juga berkait rapat dengan Canada Department of Foreign Affairs and International Trade dan Friedrich Naumann Stiftung (Indonesia). Satu lagi cabang NED, iri.org melaporkan Ibrahim Suffian juga turut terlibat dalam forum IRI (International Republican Intitute) di Indonesia pada April 2010.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti laporan Merdeka Centre sebagai pemerhati Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan kerana tidak mematuhi aku janji.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata untuk bersikap adil, fokus dan profesional, pihaknya akan meneliti laporan organisasi itu dan menemui kepemimpinannya terlebih dulu sebelum membuat keputusan.
ReplyDeleteMemang saya sudah syak operasi mereka dikuasai pihak tertentu kerana ada tindak tanduk dan perbuatan yang nampaknya berpihak dan tidak jujur dalam beberapa aspek ketika melaksanakan tugas sebagai pemerhati pilihan raya.
ReplyDeleteKetika dilantik sebagai pemerhati tempatan, mereka bersetuju mematuhi aku janji,”
ReplyDeleteMerdeka Centre adalah antara 16 NGO yang dilantik pemerhati tempatan yang perlu mematuhi larangan SPR seperti tidak berkempen atau cuba meraih undi ketika dalam pusat mengundi, mematuhi arahan pegawai SPR atau polis, mengganggu atau menemubual pengundi, membuat kenyataan media berkaitan pemerhatiannya, tidak melakukan perkara mencetuskan ketegangan atau kekecohan dalam pusat mengundi dan mengganggu perjalanan proses pilihan raya.
ReplyDeleteGlobal Research dalam laman web www.globalresearch.ca, Merdeka Centre didakwa mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di negara ini.
ReplyDeleteOperasi organisasi itu didakwa dibiayai Amerika Syarikat menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan PRU-13 seperti dakwaan penipuan sebelum pilihan raya, dakwat kekal mudah dicuci, boleh mengundi di kawasan berbeza jika mendaftar menggunakan nama dan kad pengenalan lain serta tuduhan pembangkang bahawa kerajaan membiayai penerbangan pengundi tetapi dinafikan kerajaan, selain warga asing memperoleh kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
ReplyDeleteLaman web itu juga mendakwa hubungan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Centre, malah diteruskan dengan gerakan pembangkang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
ReplyDeleteWan Ahmad juga mempersoalkan mengapa NGO seperti Merdeka Centre boleh membenarkan pihak asing memperalatkan mereka secara halus atau sulit menerusi dana operasi dengan matlamat menjatuhkan sistem demokrasi negara.
ReplyDeleteWalaupun cuba berselindung, sama ada sebelum atau selepas PRU tetapi SPR dapat mengesan tindakan mereka kerana ada aktiviti yang tidak secara langsung berpihak,” katanya.
ReplyDeleteBeliau juga berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi memantau pembabitan NGO tempatan dibiayai NGO antarabangsa yang mempunyai agenda tersembunyi kerana ia membahayakan negara.
ReplyDeleteBekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari pula tidak terkejut dengan dakwaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan pembangkang bagi menghuru-harakan negara supaya dapat memenangi pilihan raya.
ni adalah penjajahan terancang bentuk baru terancang pihak luar yang mahu menguasai negara kita dengan NGO dan parti politik menjadi ejen atau tali barut yang menggadaikan maruah untuk menunaikan hasrat ‘tuan’ mereka.
ReplyDelete“Tindakan Anwar yang bersungguh-sungguh mahu membangkitkan kemarahan rakyat seperti yang dilakukan sekarang juga ada kaitan,” katanya.
ReplyDeletePengerusi Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Tan Sri Ramon V Navaratnam pula mencabar pihak yang cuba menunjukkan seolah-olah PRU-13 suatu penipuan supaya tampil dengan bukti sahih, bukan terus membuat dakwaan untuk memenuhi matlamat peribadi pihak tertentu.
ReplyDeleteA National Unity Consultative Council should be set up to deliberate on issues and problems pertaining to national unity and racial integration.
ReplyDelete1Malaysia Foundation Trustee Tan Sri Lee Lam Thye said the Council should be made up of representatives of interested groups or individuals who could offer suggestions or ideas to help address the current development.
Delete"It is also to address key issues on how to bring the nation together after a strongly heated and bitterly-contested general election," he said in a statement here.
Delete"It is also to address key issues on how to bring the nation together after a strongly heated and bitterly-contested general election," he said in a statement here.
DeleteIn the wake of disturbing development arising from the just-concluded general election, Lee also called on all political leaders and all strata of society to immediately stop the drfit towards racial polarisation.
Delete"The time has come for us to identify more ethnic bridge builders and emphasize on their crucial role, at this juncture, to break down the serious racial divide in the larger interest of improving ethnic relations in our country.
Delete"Multiracial living and community are part of our history and heritage. They have become a key source of racial integration for years and have certainly played a part in making Malaysia a harmonious place to live, learn, work and play," he said.
DeletePrime Minister Datuk Seri Najib Razak on Monday said the government would embark on national reconciliation efforts to unite the people who seemed divided in the 13th General Election.
DeleteInternational Movement for a Just World (JUST) president Dr Chandra Muzaffar, who supported the formation of the council, said it was important not only for national unity, but more so for the restoration of racial relations.
Delete"The council must represent all the political parties, individuals within or outside the political arena who can contribute ideas on solidarity and participate in sincere dialogues," he said.
DeleteHowever, Chandra said the prime minister must give detailed explanation on the actual meaning of national reconciliation so that it would be truly understood by every strata of society.
DeleteChairman of the Global Movement of Moderates Foundation Tan Sri Razali Ismail said all parties should support the idea thrown by the prime minister, as we could not allow the tension arising from the general election to worsen.
DeleteHe stressed on the partiality of the government and its institutions, saying that the effort to reconcile the nation must be done with the acceptance of all races, and added that political parties should not take advantage from the effort.
DeleteAnother vital ingredient for national reconciliation, according to Razali was that the press must be free.
Delete"What is not right must be mentioned by the press. We cannot reconcile if the press is not free. The people must be made to have a say in the press. This is to regain the ability in making the people believe what has been distributed by the press," he said.
DeleteHe added that national reconciliation was also needed to build national consensus in addressing many internal or external issues.
DeleteMeanwhile, the Director of the Technology Policy and International Studies Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) International Campus, Profesor Dr Azmi Hassan said the quickest action that the government could do towards national reconciliation was through the formation of the cabinet.
Delete"The make up of the cabinet members is most important to demonstrate that the Barisan Nasional (BN) government is transparent and sincere in forming a Malaysian society and championing the cause of all races in the country," said Azmi, who is also a Geostrategist Expert.
DeleteFor historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, whatever measures that were being implemented by the government now and in the future towards national reconciliation, the most important question was the schooling system.
DeleteHe said it was possible that now was the time for the national education system which emphasised on examination where the student must memorise to obtain high marks be replaced with a system that absorbed the spirit of patriotism among the students.
DeleteExplaining further, Azmi said one of the measures that could be taken by Najib in efforts to regain the support of the Chinese voters was to make way for a representative from the Chinese non-governmental organisation (NGO) to join the cabinet.
DeleteHe said the cabinet that would be formed should still have a minister from the Chinese community although the MCA had stated its stand not to join the cabinet to honour the decision of the top party leadership earlier.
Delete"The situation cannot be aggravated, that's why we must invite a group that is trusted by the Chinese community such as the NGO in the fields of social, education and economy. That is the best way to reconcile the situation," he said.
"We need to decide whether we want a national education system that would turn the young generation into citizens that give priority to the country or to become individuals who only think about self-interest," he said.
DeleteDAP national deputy chairman Dr Tan Seng Giaw said the move to promote the spirit of unity after the election process was timely, but any racial sentiment must be checked first of all.
Delete