Saudara Pengarang.
SURAT terbuka ini kami
tujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asian Supply Base Sdn. Bhd, (ASB) Dato'
Haji Harris Haji Annuar Tan dan Lembaga Pengarah menubuhkan Lembaga Siasatan
Dalaman untuk menyiasat kegiatan pecah amanah General Manager (Operation
Department) Miao Siaw Liang dan seorang lagi yang berpangkat lebih tinggi daripada
beliau.
Kami difahamkan bahawa ASB Labuan
kini perlu membeli beberapa buah Forlift dan Kren kerana sekarang memang tidak
mencukupi; tetapi Pengurus Besar (operasi)
Miao bercadang untuk menyewa dari sebuah syarikat bernama Khiong Ngee.
Syarikat tersebut akan beli
Kren dan sewakan kepada ASB. Persoalannya, adakah sebuah anak syarikat kerajaan
Sabah yang menjalan perniagaan membekalkan logistik kepada industri Oil &
Gas tidak mampu membeli Kren, Treler dan Forklift?
Timbul tandatanya, adakah
status Khiong Ngee? Apakah syarikat ini Anak syarikat Kerajaan Sabah atau Asian Supply
Base?
Kami merayu agar Ketua Menteri
Sabah dan CEO merujuk kepada artikal di Sabahkini.net terbitan 1 Mei 2013 bertajuk
"Siasat Skandal Asian Supply Base."
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=18721:siasat-skandal-asian-supply-base&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
Kami hairan kerana selama
ini ASB ada pelabuhan sendiri; malah Pejabat Kastam juga ada dalam ASB tetapi
kenapa Kapal Oil & Gas perlu guna pelabuhan di bandar?
Kenapa banyak syarikat Oil
& Gas tidak sewa gudang ASB tetapi menyewa tanah dan gudang dimiliki oleh
syarikat Khiong Ngee dan syarikat lain di luar ASB? Pengurus yang mana di ASB adalah (Silent
Partner) rakan kongsi kepada syarikat Khiong Ngee dan Lion Transport?
Kebanyakan pekerja di ASB
pun tahu, tapi cuma tidak pasti sama ada CEO atau Pengarah ASB pun ada 'Share'
di kedua syarikat tersebut? Jika tidak, kenapa tunggu terlalu untuk mengambil
tindakan pencegahan da kawalan?
Dengan sumber sampingan yang
begitu banyak, tidak hairan jika Miao mampu memiliki sebuah kereta mewah BMW
model X5 dan beliau guna untuk ke pejabat dan lawat tapak di dalam ASB seperti
kereta tidak berharga. Kenapa?
Kami amat khuatir satu hari nanti
ASB akan macam Sabah Ship Yard Labuan yang tutup kedai kerana salah urus. Anak
syarikat kerajaan Sabah yang boleh untung pun, boleh rugi besar dan Bankrap.
Sebagai sebagai bekas
pekerja ASB, kami bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak atasan agar menyiasat
Pengurus Besar yang menyeleweng demi untuk kepentingan diri sendiri.
Walaupun kini kami sudah
tidak bekerja dengan ASB, tetapi kawan kami masih bekerja di ASB dan bimbang akan
kehilangan pekerja jika ASB gulung tikar.
Ada lagi satu kes yang agak
hebat tetapi belum sampai masanya untuk kami dedahkan kerana ingin memberi
peluang kepada SPRM mengumumkan siasatan kerana dipercayai kes ini
dikategorikan sebagai NFA. Berapa Harris bayar kepada pegawai SPRM bernama Herman
(?) untuk menutup kes berkenaan sehingga kini?
Salam Hormat
EX STAFF ASB
Harus membuat siasatan yang sepatutnya.
ReplyDeleteBanyak ke sjuga ditutup tanpa dikesan.
ReplyDeleteuntuk pengetahuan, sememangnya ASB mampu untuk membeli forklift & kren tetapi sebagai sebuah GLC, banyak prosedur perlu dilalui untuk membuat pembelian seperti melalui BOD dan sebagainya.
ReplyDeleteMemiliki semua peralatan tersebut tanpa operator yang mencukupi juga akan merugikan ASB. Adalah satu alternatif menggunakan pihak ketiga untuk memenuhi permintaan pelanggan dan ia sebenarnya lebih menguntungkan ASB kerana tiada kos penyelenggaraan dan sebagainya.
DeleteMemiliki semua peralatan tersebut tanpa operator yang mencukupi juga akan merugikan ASB. Adalah satu alternatif menggunakan pihak ketiga untuk memenuhi permintaan pelanggan dan ia sebenarnya lebih menguntungkan ASB kerana tiada kos penyelenggaraan dan sebagainya.
DeleteHal ini juga sama seperti isu mengapa ada beberapa syarikat tidak menyewa gudang di ASB. Ini terpulang kepada pelanggan berkenaan.
DeleteASB bukanlah sebuah kerajaan ataupun negara yang boleh mengeluarkan arahan kepada semua syarikat O&G mesti beroperasi di bawah bumbungnya!
DeletePernahkah pengadu pergi ke pasar labuan dan melihat peniaga menjual buah/sayur memandu pajero sport? Sebagai GM syarikat yang mampu memberi bonus 6 bulan kepada semua pekerjanya yang berjumlah hampir 1000 orang, adalah berbaloi bagi beliau memiliki x5 setelah penat lelah beliau bersama ASB sejak dari mula ASB beroperasi.
Delete