Wednesday, 8 May 2013

KEWIBAWAAN MUSA SEMAKIN TERSERLAH







KOTA KINABALU: Ketokohan dan kewibawaan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman terserlah apabila parti itu sekali lagi menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional Negeri apabila berjaya memenangi kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali DUN Klias yang diperuntukkan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke13.

Walaupun dikejutkan dengan kekalahan calon BN dari calon Umno bagi kerusi DUN Klias, namun Umno Sabah berjaya menembusi kehampaan itu apabila menang semua 14 kerusi Parlimen yang ditandatangi.

Sokongan pada rakyat Sabah yang amat memberangsangkan itu membuktikan Musa, yang baru mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal keempat selepas memimpin BN dengan jayanya dalam pilihan raya umum Ahad, Seorang pemimpin yang bijak mengurus kewangan negeri sehingga mempunyai wang simpanan (reserve) melebihi RM 3 bilion.

Musa yang mempertaruhkan nasib kepada muka baru Isnin Aliasnih hampir-hampir mengejutkan bekas Ketua Bahagian umno Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dengan hanya kalah tipis kepada bekas mentornya itu.

Lajim yang juga pengasas Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan juga Bekas Ahli Parlimen Beaufort menang tipis dengan majoriti 179 undi.

Dalam pertemuan empat penjuru itu Isnin memperoleh sebanyak 6,145 undi, Lajim (6,324), Mohd Sanusi Taripin (parti maju sabah (SAPP)-182 undi) dan Aliapa Osman (Parti Reformasi Negeri (STAR)-71 undi).

Berbeza dengan Umno, parti-parti komponen BN yang lain terutamanya Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan MCA mengalami nasib yang kurang baik apabila pemimpin mereka kecundang dalam pilihan raya itu.

Ini termasuk Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Penampang, Presiden LDP Datuk VK Liew yang kalah di Parlimen Sandakan; Pengerusi MCA Sabah Datuk Edward Khoo di DUN Kapayan dan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Yee Moh Chai di Dun Api-Api.

Sementara itu, tsunami politik nasional, yang dibawa parti nasional DAP dan PKR menyeberang laut China Selatan ke Sabah, jelas memberi kesan kepada lanskap politik negeri ini.

Tsunami politik itu bukan sahaja hampir meranapkan atau membenamkan pengaruh parti pembangkang  yang berpusat di Sabah seperti SAPP dan STAR; tetapi juga memberikan kesan ketara kepada pengaruh parti politik berpangkalan di Sabah yang menganggotai BN.

Bagi politik nasional yang di bawa oleh parti pembangkang itu, mereka mahukan sistem  politik yang lebih terbuka di negara ini berbanding dengan slogan parti tempatan seperti STAR dan SAPP yang lebih kepada slogan autonomi Sabah dan hak-hak rakyat Sabah.

Nampaknya politik yang memperjuangkan slogan politik autonomi dan hak-hak Sabah tidak menjadi sebagai 'Umpan Politik' untuk memikat hati pengundi di negeri ini.

Upko dan PBS menerima tamparan hebat apabila beberapa kerusi DUN dan kerusi Parlimen yang diperuntukan kepada kedua-dua parti berasaskan kaum Kadazandusun mengalami kekalahan.

Begitu juga dengan LDP yang tewas dua kerusi iaitu Parlimen Sandakan dan DUN Likas dan MCA turut kehilangan dua kerusi iaitu DUN Luyang dan DUN Kapayan.

Keputusan PRU13 amat mengecewakan penyokong PBS, UPKO, LDP dan MCA kerana keputusan tidak berpihak kepada calon-calon mereka. Begitu juga dengan penyokong parti pembangkang yang mengharapkan kemenangan kepada calon-calon pilihan mereka.

Selain menghadapi kekalahan di Parlimen Penampang, UPKO juga Tewas di dua kerusi DUN iaitu Moyog dan Bingkor.

Calon DUN Moyog Datuk Philip Lasimbang (UPKO-BN) kalah sebanyak 1, 682 undi kepada Calon muda dari parti PKR Terrence Siambun.

Calon muka baru parti itu bagi DUN Bingkor, Kennedy Jie John juga terpaksa akur dengan keputusan apabila tewas kepada Pengerusi STAR Datuk Dr. Jeffrey Kitingaan.
PBS pula tewas di enam kerusi DUN iaitu DUN Matunggong (Sarapin Magana), DUN Kadamaian (Datuk Jahid Jahim), DUN Inanam (Joseph Paulus Lantip), DUN Api-Api (Datuk Dr. Yee Moh Chai) dan DUN Sri Tanjong (Fung Len Fui) serta satu kerusi Parlimen iaitu Parlimen Kota Kinabalu (Chin Tek Ming).

No comments:

Post a Comment