KOTA KINABALU: Elaun sebagai
wakil rakyat akan disumbangkan kesemuanya ke dalam dana pendidikan yang akan
ditubuhkan sekiranya diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya ke-13 ini,
kata calon Dun Kuala Penyu, Limus Jury.
Menurutnya, langkah itu perlu
kerana bagi beliau, bidang pendidikan merupakan salah satu perkara yang akan
ditekankan dalam kepimpinanya sebagai wakil rakyat kelak.
Untuk tujuan itu, beliau
berjanji untuk menfaatkan kedudukan sebagai wakil rakyat untuk memajukan bidang
berkaitan pendidikan, yang merupakan pra-syarat kepada pembangunan modal insan.
“Saya ingin memberitahu
bahawa sekiranya saya dipilih kelak, saya tidak akan ambil gaji dan elaun
sebagai wakil rakyat, sebaliknya wang itu akan saya sumbangkan ke dalam tabung
atau dana pendidikan yang akan ditubuhkan nanti.
“Dana tersebut nanti akan
digunakan untuk menaja dan membiayai pendidikan anak-anak warga Kuala Penyu
sama ada di peringkat rendah dan menengah, mahupun sampai ke peringkat
institusi pengajian tinggi,” kata beliau dalam ucapanya di Majlis ramah mesra
bersama pengundi di Kota Kinabalu untuk Parlimen Beaufort, DUN Klias, dan DUN
Kuala Penyu di Dewan Syahadah, Wisma MUIS di sini kelmarin.
Beliau berharap melalui
inisiatif ini dapat membangunkan pendidikan anak-anak Kuala Penyu sebagai
generasi pelapis pada masa hadapan.
“Kita perlu menyediakan
barisan generasi pelapis yang mampu bersaing di persada dunia supaya kita tidak
sekadar digelar sebagai jaguh atau juara kampung semata-mata,” katanya sambil
menyatakan usaha itu seiring dengan visi dan misi beliau yang bertemakan
‘Aspirasi Menuju Transformasi’.
Limus juga berjanji akan
berusaha mendapatkan dana tambahan daripada pelbaai sumber untuk membantu dana
pendidikan daerah Kuala Penyu.
Beliau yang merupakan
seorang usahawan berjaya berkata bahawa perkara kedua yang akan diberi
penekanan ialah usaha kea rah melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di daerah
tersebut.
“Berdasarkan pengalaman saya
dalam sektor pembinaan misalnya, saya boleh gunakannya untuk mendidik orang-orang
kita menjadi usahawan berjaya. Saya percaya ramai di kalangan anak-anak Kuala
Penyu yang berkebolehan untuk maju dalam bidang-bidang tertentu, cuma saja
perlu dirintis dan ditunjukkan jalan untuk berjaya, justeru itu saya sedia
berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini,”
katanya lagi.
Beliau mengulas bahawa
perkara yang akan turut diberi perhatian ialah untuk menjadikan Kuala Penyu
sebagai hab pelancongan bagi kawasan Pantai Barat Selatan dengan mengambil kira
kedudukan strategik daerah itu yang mempunyai kawasan tanah lembah, pantai dan
pulau.
“Saya yakin bahawa dengan
memajukan Kuala Penyu sebagai hab pelancongan, ia dapat menjana pembangunan
ekonomi setempat menerusi pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan serta rantaian
kegiatan ekonomi. Semua ini boleh mengubah lanskap ekonomi dalam jangka
panjang,,” tambah beliau.
Sehubungan itu beliau merayu
kepada rakyat supaya memberi sokongan dan mandat yang besar kepada Barisan
Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan menunaikan akujanji dan manifesto yang
digariskan oleh barisan kepimpinan, khususnya oleh Perdana Menteri dan Ketua
Menteri Sabah.
Katanya, manifesto tambahan
BN Sabah yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan
dan kemajuan negeri ini dengan membawa tema ‘Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak
Lagi Akan Dilaksanakan’ adalah bukti kessungguhan kerajaan membawa transformasi
untuk rakyat.
“Bagi saya, manifesto
tersebut menjadi pelengkap kepada manifesto nasional yang telah pun dilancarkan
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur baru-baru
ini.
“Manifesto ini adalah
manifesto untuk rakyat dan boleh dilaksanakan kerana pendekatannya realistik
dan pragmatik. Kandungannya bersesuaian dengan keadaan semasa, jauh berbeza berbanding
manifesto pembangkang yang mana janji mereka tidak jelas dan tidak boleh
dilaksanakan,” katanya.
Secara keseluruhannya, Limus
menyifatkan manifesto yang dijanjikan oleh BN adalah lebih ralistik, praktikal,
menyeluruh, lengkap, dan mengambil kira kehendak pelbagai lapisan rakyat.
Hadir sama pada majlis
tersebut ialah penyandang DUN Klias yang juga calon Parlimen Beaufort, Datuk
Azizah Mohd Dun, calon DUN Klias, Isnin Aliasnih, Ketua Bahagian UPKO Beaufort,
Datuk Wences Angang.
No comments:
Post a Comment