TERANIAYA....Sebahagian
dari keluarga Iku Bin Unang, 78 tahun, yang teraniaya.
Oleh: JOHN CHARLES MITAH
MIKAT
GRID Penempatan Gana adalah
satu projek mega yang telah menelan belanja lebih kurang RM20 juta. Terletak 38
km dari Pekan Daerah Kota Marudu yang diselia oleh Jabatan Perhutanan dan kini
sudah terbengkalai.
Pembinaan rumah sebanyak 450
buah telah didirikan untuk menempatkan seramai 450 keluarga dari 10 buah
kampung ke atas tanah seluas 1,800 hektar di Gana.
Kampung-kampung yang
terlibat dalam projek GRID penempatan di Gana ini adalah seperti berikut:
01) Kg. Garung
02) Kg. Kipopogong
03) Kg. Makatol Laut
04) Kg. Makatol Darat
05) Kg Gouton
06) Kg. Gana
07) Kg. Minsusurud
08) Kg. Nasapu
09) Kg. Toguhu
10) Kg. Sonsogon Paliu
Difahamkan hanya separuh
sahaja penduduk kampung dari setiap perkampungan yang berpindah ke GRID
penempatan Gana dan penduduk dari Kg. Makatol Laut pula tidak bersetuju
berpindah ke tempat penempatan semula memandangkan kebanyakan mereka tidak
sanggup meninggalkan kampung halaman yang mereka diami sejak sekian lama.
Semasa pembinaan rumah,
terdapat kayu yang tidak berkualiti diguna pakai dalam pembinaan; manakala kayu
yang berkualiti tinggi pula dijual dan dieksport keluar negara oleh syarikat
pengendali.
Apa yang berlaku pada hari
ini, hampir kesemua rumah yang dibina sudah roboh, uzur dan tidak boleh lagi
didiami kerana tidak ada penyelenggaraan susulan ke atas rumah-rumah tersebut.
Sebelum penduduk berpindah,
kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjanji akan memberi pampasan wang
sebanyak RM100 kepada setiap keluarga pada tiap-tiap bulan dan selain itu
kerajaan BN juga telah berjanji akan memberikan alat-alat dapur seperti gas dan
lain-lain keperluan dengan percuma sehinggalah mereka mempunyai pendapatan yang
tetap.
Penduduk kampung juga telah
dijanjikan akan dibahagikan lot tanah untuk mereka bercucuk tanam. Namun
setelah 15 tahun berlalu semua janji BN ini tidak pernah dikotakan menyebabkan
ramai rakyat telah teraniaya dan terpaksa berhijrah ke tempat lain.
Apakah ini yang dimaksudkan
janji ditepati? “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”? Atau, disebaliknya
hanya sekadar janji manis untuk mendapatkan sesuatu? Bangunlah orang Kota
Marudu/Tandek. Masa sudah tiba untuk kita sama-sama merubah keadaan dan bukan
keadaan yang merubah kita.
No comments:
Post a Comment