MENTERI....Paul
Low dijadikan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Oleh : BOO SU-LYN
KUALA LUMPUR : Kemasukan
Datuk Paul Low dalam Kabinet akan dihakimi dengan pencapaian pengerusi
Transparency International Malaysia (TI-M) itu untuk melawan 'rasuah berleluasa',
kata Tony Pua dari DAP hari ini.
Setiausaha publisiti DAP itu
mengatakan Low akan diteliti dengan kemampuannya untuk melaksanakan reformasi
bagi memastikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menyiasat
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud walaupun beliau enggan untuk
bekerjasama dengan badan pencegahan rasuah itu, memastikan ketelusan dalam
pemberian kontrak kerajaan dan memastikan menteri dan timbalan menteri
mengisytiharkan aset mereka.
“Kita berharap pentadbiran
Najib tidak hanya melantik Datuk Paul Low yang berkredibiliti tinggi tanpa
melaksanakan reformasi sebenar,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini,
merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Tanpa langkah seperti itu
oleh perdana menteri, Datuk Paul Low hanya akan menjadi menteri “itik tempang”
dan reputasinya akan terjejas,” tambah ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
No comments:
Post a Comment