Friday, 3 May 2013

PEJABAT PM NAFI BAWA MASUK PENGUNDI






KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:

“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.”

”Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil.”

Dalam sidang media petang tadi, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa PMO terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

PKR, dakwanya memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi, dakwa beliau lagi. (Bernama)

No comments:

Post a Comment