Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Umno mungkin
akan mempercepatkan pemilihan parti dari Oktober ke Ogos untuk mengelakkan
isu-isu dari membarah dan gerakan menjatuhkan kepimpinan bermula, kata sumber
parti.
The Malaysian Insider
difahamkan kepimpinan parti mahu ahli dan perwakilan membuat keputusan cepat
mengenai kepimpinan dan memberikan peluang kepada tunjang Barisan Nasional (BN)
itu untuk bergerak ke hadapan sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Pemilihan parti sekarang
kermungkinan berlangsung pada Ogos dan perwakilan akan dipilih semasa bulan
Puasa pada Julai,” kata sumber parti kepada The Malaysian Insider hari ini.
193 bahagian parti akan
mengadakan mesyuarat untuk memilih kepimpinan tertinggi secara tidak langsung
dengan 2,500 perwakilan akan hadir ke mesyuarat agung tahunan.
Ketua Penerangan Umno Datuk
Ahmad Maslan memberitahu minggu lepas, seramai 146,500 perwakilan Umno daripada
161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada
akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
“Dahulu kita hanya
memperuntukkan 2,500 perwakilan sahaja untuk menentukan pucuk kepimpinan parti,
namun kali ini ia ditambah menjadi 146,500 yang mana pemilihan bermula di
peringkat cawangan terlebih dahulu.”
Perhimpunan Agung Khas Umno
pada Oktober 2009 meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan
bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapuskan sistem kuota,
persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan
ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain itu Umno juga
meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi
kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru Umno dan
mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian.
Ahmad berkata pindaan
tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi parti bagi membolehkan
Umno lebih demokratik, telus dan inklusif, bagaimanapun cara pemilihan dan
pengundian masih dalam proses penambahbaikan.
Mengulas lanjut mengenai
mesyuarat dan pemilihan di peringkat cawangan Umno yang dijangka dibuat dalam
masa terdekat, Ahmad berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dalam apa
yang terjadi semasa pilihan raya umum ke-13. (TMI)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.Najib yang juga presiden Umno berkata sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.
ReplyDelete“Inilah formula terbaik Umno (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.
ReplyDelete“Kita tidak akan benarkan politik sedemikian…opportunistic politics (politik oportunis)…kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Dalam PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan Umno kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.
ReplyDeletePerdana menteri berkata pencapaian Umno dalam pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.
“Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan,” katanya.
ReplyDeleteDalam pilihan raya umum 2008, Umno memenangi 79 kerusi parlimen.
ReplyDeleteSempena ulang tahun Umno ke-67 hari ini, Najib mengajak pemimpin dan anggota Umno supaya bermuhasabah dan menginsafi diri dengan memperbetulkan kelemahan bagi menarik semula sokongan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Yang sokong, kita ucap terima kasih. Yang tidak undi, kita tanya diri balik bagaimana pada pilihan raya umum akan datang mereka boleh sokong kita.
ReplyDelete“Jangan angkuh dan sombong. Kita berjaya kerana rakyat suka, sokong dan percaya. Ingatkan diri sepanjang masa, tak kira pemimpin besar atau akar umbi Umno bahawa kesudahannya rakyat yang akan tentukan kelangsungan dan kekuasaan parti (Umno),” katanya.
“Marilah kita semua berusaha sebagai satu pasukan dalam satu ikatan perpaduan kukuh untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa kita akan membawa Malaysia yang lebih aman, makmur dan berjaya di bawah pimpinan Umno dan BN,” katanya.
ReplyDeleteNajib turut menyifatkan Umno sebagai sebuah institusi politik paling berjaya di dunia kerana selepas 67 tahun, parti itu bersama rakan-rakan komponen dalam BN masih kekal mentadbir Malaysia.
ReplyDeletemoga pemilihan ini akan berjalan lancar
ReplyDelete