Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil memberi
kenyataan berhubung himpunan yang dibuat di Stadium Kelana Jaya rabu lepas,
gara-gara tidak puas hati Pakatan Rakyat yang mengalami kekalahan pada PRU-13 sehingga
menuntut Suruhanjaya Pilihanraya
mengulang semula PRU-13; kononnya ada unsur penipuan.
Saranan saya nyatakan kepada
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, terimalah hakikat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR
sudah kalah pada Pilihanraya kali ini.
Insaflah. Janganlah
menghasut dan memperalatkan rakyat Malaysia lagi untuk turun ke jalan raya;
kononnya PRU-13 penuh dengan penipuan dan segala macam fitnah yang memualkan.
Wahai Anwar Bin Ibrahim,
sedarlah bahawa usia anda sudah senja dan seharusnya bersaralah dari arena
Politik dan teruskanlah menjadi guru seperti kenyataan anda sebelum PRU-13 ini
yang berbunyi;
“Kalau Pakatan Rakyat Kalah
Saya Akan Bersara Dan Akan Menjadi Guru.”
Bukankah angan-angan ini
baik untuk anda dan juga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah. Kalau kalah,
terimalah kekalahan. Jangan libatkan rakyat yang tidak berdosa menanggung dosa
anda selama ini.
Saya juga menyeru kepada saudara
saya yang masih berada dalam PKR, janganlah diperalat dan dibelenggu Anwar
Ibrahim. Sedarlah selama 14 tahun kita bersama dalam PKR, berjuang untuk
menegakkan keadilan, sebenarnya sudah tidak ada KeADILan dalam PKR sejak Anwar
menjadi Ketua Umum,
Yang jelas dalam PKR hanya
ada angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa selama
ini kita hanya di perbodohkan dan diperalat untuk mencapai nafsu syahwat
manusia bernama ANWAR IBRAHIM!
Pandangan ini hanya lahir
dari hati kecil saya dan bukan melibatkan semua rakan dalam PKR ataupun Pakatan
Rakyat.
Salam Hormat,
ZAINUDDIN HASSAN
Mantan Timbalan Ketua Cabang
PKR Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment