Oleh: SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Presiden Pertubuhan
Pribumi Sabah (PPS), Dato' Mohd Jeffry
Rosman mengutuk keras Pakatan Rakyat (PR) yang bakal mengadakan demonstrasi
jalanan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di luar perlembagaan;
adalah satu tindakan khianat dan subversif.
Pembangkang yang diketuai
Datuk Seri Anwar Ibrahim harus menerima hakikat dengan tangan terbuka di atas
kekalahan PR dalam PRU-13 sebagai takdir Illahi dan kembali berkhidmat kepada
rakyat yang telah membuat keputusan untuk memberi mandat kepada Barisan
Nasional (BN) untuk terus memerintah negara.
"Akuilah kekalahan
dengan redha. Saya juga bertanding seperti Anwar dan kita harus redha dengan
kekalahan walaupun undi majoriti memihak kepada Pakatan Rakyat. Tetapi kita
cari adalah pemenang mengikut jumlah kerusi, bukannya jumlah undi," kata
Jeffry yang menggesa Anwar menghentikan demonstrasi yang bakal diadakan pada 21
Mei 2013 ini.
Kata Jeffry, demonstrasi
jalanan yang sering dianjurkan PR bukan budaya orang Malaysia dan jelas
mencerminkan budaya tidak sihat yang dikutip daripada luar.
Dalam perkembangan lain, Jeffry mengalu-alukan perlantikan Menteri
Kabinet dan Timbalan Menteri; terutama daripada Sabah dan Sarawak bagi
memantapkan pentadbiran negara.
Katanya, penampilan bergaya golongan
muda dalam Kabinet Transformasi merupakan satu langkah yang bijak dan harus
diberi sokongan padu bagi mencapai hasrat negara maju.
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menjatuhkan kerajaan sedia ada menerusi bantuan kewangan oleh badan bukan kerajaan (NGO) tertentu dari Amerika Syarikat
ReplyDeletenegara berkenaan sejak dulu sudah melakukan aktiviti itu bagi menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh pihak terbabit menerusi pendekatan pertukaran regim.
ReplyDeleteHarus bertindak rasional. Tindakan emosi tidak membawa apa-apa manfaat.
Deleteada kewangan yang diterima NGO dan badan politik daripada AS supaya melaksanakan pertukaran rejim.
ReplyDeleteIni dinyatakan secara terbuka oleh Presiden AS bahawa negara itu mahu pertukaran pemerintah di negara yang tidak menyokong AS.
ReplyDeleteSPR menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU13 kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.
ReplyDeleteSerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.
DeleteAnwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
ReplyDeleteBohong atau tidak, serah kepada rakyat untuk menilaikannya.
DeleteSPR menegaskan jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.
ReplyDeletePR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana mereka bekerja mengikut undang-undang.
ReplyDeleteAnwar adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini.
ReplyDeletekeputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim sudah pun menyatakan akan membuat jelajah seluruh negara bagi membangkitkan kebencian, hasutan dan sentimen terhadap kegagalannya menjadi Perdana Menteri. 'Kejayaan' menghimpunkan 40,000 orang penyokong dengan 80% daripada mereka berbangsa Cina di Stadium Kelana Jaya, membakar semangatnya untuk memungkiri janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya iaitu bersara dari dunia politik.
ReplyDeleteSeperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan gerombolannya tidak memerlukan banyak alasan untuk memulakan rusuhan secara besar-besaran mirip Arab Spring. Sebaliknya dia terus mencabar undang-undang Malaysia selepas 'selesa' dan bebas sepanjang tahun 2008 sehingga 2013.
ReplyDeleteKetiadaan tindakan tegas terhadapnya, apatah lagi kejayaan pasukannya mendesak kerajaan untuk menghapuskan ISA dan beberapa akta yang lain, membolehkan Anwar dan gerombolannya berbuat apa-apa sahaja sekehendak hati.
ReplyDeleteKononnya Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 sama di tempat mereka kalah sedikit, mahupun di tempat mereka kalah banyak. Yang mereka terima hanyalah tempat di mana mereka menang, tak kiralah mereka menang tipis apatah lagi menang dengan majoriti besar.
ReplyDeleteAnehnya, dalam pada mereka menolak keputusan berkenaan, Lim Guan Eng yang merupakan salah seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.
ReplyDeleteDi Kedah, Mat Sabu mengetuai bantahan terhadap keputusan PRU13. Secara jelas, terang dan nyata, Mat Sabu menolak kekalahannya dengan keraguan ditujukan terhadap peti undi masyarakat Siam yang menurutnya telah dimanipulasi.
ReplyDeleteMajoriti 2,638 yang dimenangi oleh Datuk Othman Abdul, dinafikan oleh Mat Sabu yang hanya mampu memungut 29,527 berbanding 32,165 oleh Datuk Othman Abdul daripada 70,135 orang pengundi.
ReplyDeleteDi Perak pula, DAP yang diketuai oleh Ngeh Kor Ham mengetuai bantahan terhadap kegagalan Pakatan Rakyat menguasai DUN Perak. Kegagalan mengekalkan kejayaan pada 2008, membuatkan sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat Perak meroyan sakan.
ReplyDeleteApatah lagi dengan kempen sepanjang lima tahun, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin mereka akan dapat undi terbanyak bagi menguasai kerusi-kerusi DUN Perak. Malangnya, ianya tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki.
ReplyDeleteDi Selangor, percakaran sesama sendiri untuk jawatan Menteri Besar, berjaya ditutup dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. Setidak-tidaknya, perhatian para penyokong Pakatan Rakyat Selangor, terarah kepada himpunan yang kononnya menjanjikan perjuangan mendapatkan hak sebagai Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteDijangkakan percakaran lebih besar akan berlaku di seluruh Malaysia. Sekutu utama yang memberikan kemenangan kepada PKR dan DAP iaitu PAS, masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung tuntutan mendapatkan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteWalaupun ada beberapa orang pemimpin PAS sudah pun bersuara, tetapi suara mereka lebih mirip kepada Anwar Ibrahim, apatah lagi mereka sendiri dikenali sebagai pemuja tegar Anwar Ibrahim sekalipun mereka berbaju PAS.
ReplyDeleteRakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.
DeleteTiga alasan yang sedang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membangkitkan sentimen bagi memulakan rusuhan secara besar-besaran di seluruh negara adalah BLACKOUT, PENGUNDI HANTU dan PENIPUAN SPR. Walaupun ketiga-tiga alasan tersebut langsung tidak disokong dengan bukti, rata-rata para penyokong Pakatan Rakyat, mempercayai dan menerimanya dengan senang hati. Bahkan mereka pula menokok tambah bagi menyedapkan cerita dan mengurangkan lompong pembohongan.
ReplyDeleteNamun berdasarkan apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, ketiga-tiga alasan yang diberikannya itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menutup satu lagi cubaannya untuk memporak-perandakan negara ini selepas kegagalan LANUN-LANUN SULU di Sabah.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim dilihat sedang mengumpulkan seramai mungkin penyokong yang terdiri daripada anak-anak muda, sama seperti yang dilakukannya pada tahun 1998-2000 agar dia diselamatkan daripada hukuman penjara atau yang lebih teruk lagi, HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI.
ReplyDeleteDemonstrasi dan rusuhan sudah semakin hampir. Anwar Ibrahim tahu, untuk mendapatkan lebih kekuatan, dia perlu menyertakan sekali kaum Cina. Dan kaum Cina terutama DAP pula sentiasa ingat tarikh 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 sebagai tarikh hitam buat mereka.
ReplyDeleteKegagalan pada tarikh-tarikh tersebut, sentiasa membakar semangat mereka untuk kembali semula meregut apa yang mereka telah gagal perolehi iaitu PENAKLUKAN DAN PENJAJAHAN ke atas negara ini serta warga pribumi dan anak watannya!
ReplyDeleteNaib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Pakatan Rakyat supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.
ReplyDeleteSebaliknya beliau berkata pihak tersebut perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.
ReplyDelete“Saya dengar dalam ucapan (kempen) mereka, mereka kata tanpa Umno (BN), mereka juga boleh buat sekolah, buat jalan raya. Sekarang buatlah jalan, tunaikan kata-kata itu dan janji mereka kepada rakyat, jangan bergantung semata-mata kepada kerajaan pusat.
ReplyDelete“Masa pilihan raya, mereka kata mereka boleh laksanakan (projek) jika mentadbir negeri itu dan ini. Jadi tadbirlah negeri dengan baik, jangan buang masa dengan demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang tidak memberi manfaat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila mengulas mengenai beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pihak terbabit selepas pilihan raya umum.
ReplyDeleteShafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.
ReplyDeleteBeliau berkata pihak pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya yang lepas dan tidak patut mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini.
ReplyDeleteRakyat juga tidak perlu membuang masa menyertai perhimpunan seumpama itu, katanya.
ReplyDeleteThere is no need to hold so many rallies and never get out from it.
ReplyDeleteMacam mana tidak kena kutuk kalau asyik himpun sini sana tak pandai berhenti2.
ReplyDeleteRallies are not needed anymore. Please take note.
ReplyDeleteThe Pesta Kaamatan (harvest festival) celebrated annually in Sabah has strengthened relations among the communities in the state.
ReplyDeletePenganjur perhimpunan 505 anjuran pakatan pembangkang yang dijadualkan dakan dikenakan tindakan tegas kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman untuk memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan. INi menunjukkan bahawa demonstrasi ini salah di sisi undang-undang.
ReplyDeleteKetua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang memberi amaran itu berkata tindakan sama akan dikenakan terhadap sesiapa saja yang turut serta dalam perhimpunan itu. Janganlah kita sebagai rakyat yang bijak untuk menyertai perhimpunan yang membawa banyak masalah ini.
ReplyDeleteKetua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengatakan lagi sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu diadakan kerana mereka bimbang serta takut akan tercetusnya kejadian tidak diingini.
DeletePolis Johor memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 505 supaya mematuhi Akta Perhimpunan Aman dengan memberi notis awal 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan di negeri ini. Ini juga disebabkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meracuni pemikiran para demonstrasi yang berhimpun tnpa permit.
DeleteJika mereka berdegil mengadakan perhimpunan pada tarikh terbabit, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta mereka yang menyertainya. Kerajaan BN berusaha supaya mengawal kejadian sebegini bai menjada keselamatan awam.
Deletethe tradition was capable of uniting the Kadazandusun community with other races in the state
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.
DeleteTimbalan pengerusi SPR juga menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing. Bukannya seperti yang dikatakan oleh Anwar tersebut.
DeleteSPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah. INi bagi membuktikan pembohongan Anwar selama ini.
DeleteAdalah fakta bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.
DeleteSelain itu, Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan kecewa dengan tindakan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
DeleteMalah Jusuf juga kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
DeleteHamid berkata, Anwar pernah berjanji kepada Jusuf sebagai sahabat bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengawal pakatan pembangkang jika mereka tewas dalam PRU-13. Ternyata Anwar berbohong dalam hal ini biarpun kepada rakyat Malaysia dan Indonesia pun.
DeleteTetapi sehingga kini, demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di banyak tempat di Malaysia. Anwar bersama penyokongnya mendakwa berlaku penipuan, sesuatu yang harus dibuktikan melalui undang-undang, tetapi setakat ini Anwar belum berbuat demikian. Nyata Anwar tiada bukti menuduh kerajaan yang bukan-bukan.
DeleteBagaimanapun kata Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, keyakinan Anwar musnah apabila Najib memenangi pertarungan politik di negara itu.Anwar mungkir janji yang dibuatnya kepada Jusuf untuk mengawal anggota pakatan pembangkang, sedangkan Najib konsisten dengan ucapannya. Ia terbukti beberapa jam setelah diumumkan menang, Najib mengajak penyatuan nasional demi masa depan negara. Jelas menunjukkan Najib adalah calon yang lebih menepati janji dan demokratik.
DeleteMalaysia is committed to reducing its maternal mortality rate to 11 per 100,000 live births by 2015 in an effort to achieve the United Nation's Millennium Development Goal (MDG) in improving maternal health, Family Health Development Division director Dr Safurah Jaafar said.
ReplyDeleteAlthough Malaysia has shown a significant decline in maternal mortality from 770 per 100,000 live births in 1940 to only 28 per 100,000 in 2000, she said it was a big challenge to meet the MDG target before the deadline in 2015.
ReplyDeleteMalaysia would continue to strengthen its efforts to implement accelerated interventions to further reduce the maternal mortality rate, and to emphasise on family planning practices and pre-conception care to the mother and spouse, especially among high-risk groups to delay and limit childbearing.
ReplyDeleteMalaysia, which has gained recognition from the World Health Organisation and the United Nations in reducing maternal mortality, would share its success and experience through its policies, strategies and programmes at the conference.
ReplyDeleteThe triennial conference, the first to be held in an Asian country, offers an unprecedented opportunity to engage regional leaders and is aimed at ensuring investments in girls and women remain a global priority in the lead-up to the 2015 MDG deadline and beyond.
ReplyDeleteTatkala Malaysia memerlukan kesepakatan, sokongan dan kerjasama antara kerajaan serta pihak Pembangkang dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara yang jauh lebih cemerlang tetapi hari ini Pembangkang masih lagi mengalun gendang ketidakpuasan hati terhadap keputusan PRU 13 yang lepas di mana secara jelas membuktikan sokongan rakyat Malaysia masih lagi memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
ReplyDeletePilihan tepat rakyat terhadap kerajaan terbaik ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pemimpin Pakatan akan untung nasib mereka pada tahun-tahun akan datang sebelum tibanya PRU 14.
ReplyDeleteHakikat yang perlu dihadapi Anwar & The Geng Sebelum rakyat sedar akan sikap jelik pemimpin Pakatan Pembangkang, maka Anwar perlu terlebih dahulu terpaksa meyakinkan rakyat kononnya mereka merupakan pemimpin yang terbaik antara kalangan yang terbaik.
ReplyDeleteKebimbangan pemimpin Pakatan Pembangkang hari ini semakin meruncing dan membimbangkan mereka. Sesuatu harus dilakukan bagi meyakinkan rakyat bahawa kononnya kerajaan BN dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersekongkol untuk menyambung peranan Pakatan sebagai Pembangkang 'Rasmi' negara bagi tempoh 5 tahun akan datang.
ReplyDeleteDisebabkan akan hal itulah Pembangkang secara berterusan mengadakan siri-siri perhimpunan membantah keputusan PRU 13 serta mengeji SPR dan kerajaan BN.
ReplyDeleteTetapi sedarkah hakikat yang sebenarnya, andai pemimpin PR mengatakan PRU 13 kali ini sebagai pilihanraya tidak adil dan jahanam. Seperti dalam siri himpunan mereka kerap melaungkan kata-kata hasutan supaya rakyat membenci kerajaan BN. Sebagai pihak yang membantah, mereka sendiri perlu mengambil tindakan khas kepada diri sendiri iaitu dengan meletakkan jawatan selaku wakil rakyat sebagai tanda protes menolak proses demokrasi negara ini yang kononnya tidak adil.
ReplyDeleteDemon tidak memanfaatkan sesiapa. Mungkin boleh menuntut melalui cara lain.
ReplyDeletekita harus tolak demontrasi jalanan, demontasi jalanan bukan cari atasi masalah, kita harus jaga keamaanan negara kita
ReplyDelete