PETALING JAYA : Bekas naib
pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada
pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim:
"Tungganglah basikal
politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".
Beliau berkata demikian
ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat
penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
Kata Tunku Abdul Aziz
perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan
ketenteraman awam.
"Pembangkang telah lama
berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan
Nasional," katanya.
Bercakap kepada pemberita di
sini Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak
perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan
di seluruh negara.
Bantahan ini, katanya,
dirancang Anwar sebelum tarikh PRU13 diumumkan pihak berkuasa.
"Semua kegiatan mereka
menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua
cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai
matlamat itu.
"Anwar sepatutnya sudah
sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan
menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan
liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.
"Masanya sudah tiba
untuk anda menunggang basikal politik anda yang sudah usang tu ke hujung dunia
dan biarlah kami menjalani kehidupan kami," kata Tunku Abdul Aziz kepada
Anwar.
Beliau diiringi bekas
setiausaha publisiti DAP Selangor Tan Tuan Tat. (Bernama)
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteAnwar Ibrahim sudah pun menyatakan akan membuat jelajah seluruh negara bagi membangkitkan kebencian, hasutan dan sentimen terhadap kegagalannya menjadi Perdana Menteri.
Rakyat juga tahu apa yang berlaku, mereka sanggup keluar untuk bersuara.
DeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDelete'Kejayaan' menghimpunkan 40,000 orang penyokong dengan 80% daripada mereka berbangsa Cina di Stadium Kelana Jaya, membakar semangatnya untuk memungkiri janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya iaitu bersara dari dunia politik.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteSeperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan gerombolannya tidak memerlukan banyak alasan untuk memulakan rusuhan secara besar-besaran mirip Arab Spring. Sebaliknya dia terus mencabar undang-undang Malaysia selepas 'selesa' dan bebas sepanjang tahun 2008 sehingga 2013.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteKetiadaan tindakan tegas terhadapnya, apatah lagi kejayaan pasukannya mendesak kerajaan untuk menghapuskan ISA dan beberapa akta yang lain, membolehkan Anwar dan gerombolannya berbuat apa-apa sahaja sekehendak hati.
Demontrasi ini tidak memanfaatkan kepada negara.
DeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteKononnya Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 sama di tempat mereka kalah sedikit, mahupun di tempat mereka kalah banyak. Yang mereka terima hanyalah tempat di mana mereka menang, tak kiralah mereka menang tipis apatah lagi menang dengan majoriti besar.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteAnehnya, dalam pada mereka menolak keputusan berkenaan, Lim Guan Eng yang merupakan salah seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat, tidak membuang masa untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteDi Kedah, Mat Sabu mengetuai bantahan terhadap keputusan PRU13. Secara jelas, terang dan nyata, Mat Sabu menolak kekalahannya dengan keraguan ditujukan terhadap peti undi masyarakat Siam yang menurutnya telah dimanipulasi.
Serahkan bukti untuk tuduhan Mat Sabu. Biarlah mahkamah untuk membuktikannya.
DeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteMajoriti 2,638 yang dimenangi oleh Datuk Othman Abdul, dinafikan oleh Mat Sabu yang hanya mampu memungut 29,527 berbanding 32,165 oleh Datuk Othman Abdul daripada 70,135 orang pengundi.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteDi Perak pula, DAP yang diketuai oleh Ngeh Kor Ham mengetuai bantahan terhadap kegagalan Pakatan Rakyat menguasai DUN Perak. Kegagalan mengekalkan kejayaan pada 2008, membuatkan sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat Perak meroyan sakan.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteApatah lagi dengan kempen sepanjang lima tahun, membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat begitu yakin mereka akan dapat undi terbanyak bagi menguasai kerusi-kerusi DUN Perak. Malangnya, ianya tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki.
JUmlah pengundian untuk pembangkang jelas lebih banyak jika dibandingkan.
DeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteDi Selangor, percakaran sesama sendiri untuk jawatan Menteri Besar, berjaya ditutup dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. Setidak-tidaknya, perhatian para penyokong Pakatan Rakyat Selangor, terarah kepada himpunan yang kononnya menjanjikan perjuangan mendapatkan hak sebagai Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteDijangkakan percakaran lebih besar akan berlaku di seluruh Malaysia. Sekutu utama yang memberikan kemenangan kepada PKR dan DAP iaitu PAS, masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung tuntutan mendapatkan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteWalaupun ada beberapa orang pemimpin PAS sudah pun bersuara, tetapi suara mereka lebih mirip kepada Anwar Ibrahim, apatah lagi mereka sendiri dikenali sebagai pemuja tegar Anwar Ibrahim sekalipun mereka berbaju PAS.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteTiga alasan yang sedang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membangkitkan sentimen bagi memulakan rusuhan secara besar-besaran di seluruh negara adalah BLACKOUT, PENGUNDI HANTU dan PENIPUAN SPR.
Banyak juga bukti dan laporan melalui internet atas rusuhan tersebut. Harap-harap kebenaran dapat ditegakkan.
DeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteWalaupun ketiga-tiga alasan tersebut langsung tidak disokong dengan bukti, rata-rata para penyokong Pakatan Rakyat, mempercayai dan menerimanya dengan senang hati. Bahkan mereka pula menokok tambah bagi menyedapkan cerita dan mengurangkan lompong pembohongan.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan yang tercalar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
ReplyDeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteNamun berdasarkan apa yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, ketiga-tiga alasan yang diberikannya itu sebenarnya tidak lebih daripada sekadar menutup satu lagi cubaannya untuk memporak-perandakan negara ini selepas kegagalan LANUN-LANUN SULU di Sabah.
Baginda bimbang melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian kaum.
ReplyDeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteAnwar Ibrahim dilihat sedang mengumpulkan seramai mungkin penyokong yang terdiri daripada anak-anak muda, sama seperti yang dilakukannya pada tahun 1998-2000 agar dia diselamatkan daripada hukuman penjara atau yang lebih teruk lagi, HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI.
Blackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteDemonstrasi dan rusuhan sudah semakin hampir. Anwar Ibrahim tahu, untuk mendapatkan lebih kekuatan, dia perlu menyertakan sekali kaum Cina. Dan kaum Cina terutama DAP pula sentiasa ingat tarikh 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 sebagai tarikh hitam buat mereka.
“Bersatu padulah antara kaum … Melayu sama Melayu pun bergaduh,” titah baginda pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat sini hari ini.
ReplyDeleteBlackout, Pengundi Hantu dan Penipuan SPR Jadi Alasan Untuk Satu Lagi Demonstrasi
ReplyDeleteKegagalan pada tarikh-tarikh tersebut, sentiasa membakar semangat mereka untuk kembali semula meregut apa yang mereka telah gagal perolehi iaitu PENAKLUKAN DAN PENJAJAHAN ke atas negara ini serta warga pribumi dan anak watannya!
Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus dipertahan.
ReplyDeleteTuanku Syed Sirajuddin juga berharap rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.
ReplyDelete“Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri,” titah baginda.
There is no need for illegal rallies.
ReplyDeleteJangan la kita mencari bala lagi.
ReplyDeleteWe should avoid from this.
ReplyDeleteSekat jangan tak sekat.
ReplyDeleteMenteri Komunikasi dan Mutlimedia yang baru, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengadakan pertemuaan dengan semua syarikat telekomunikasi di negara ini membincangkan mengenai penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar yang dikenakan kepada pengguna di negara ini.
ReplyDeletepertemuaan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat dalam usaha memastikan capaian kemudahan jalur lebar tanpa wayar di negara ini dapat ditingkatkan kepada tahap 80 peratus pada masa akan datang.
ReplyDeleteKesederhanaan bukan sahaja dalam perlakuan bahkan juga tutur kata serta pergaulan seharian dengan ahli keluarga, rakan taulan dan juga rakan di tempat kerja.
ReplyDeletesikap kesederhanaan itu merupakan sikap terpuji yang dituntut dalam setiap agama.
ReplyDeleteKesederhanaan mengajar seseorang untuk tidak mudah lupa diri, mengawal emosi dan sentiasa bersiap-siaga untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang.
ReplyDeleteKonsep kesederhanaan merupakan tonggak utama kepada kestabilan Malaysia sejak sekian lama. Kesederhanaan dalam semua segi membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan harmoni tanpa sebarang syak-wasangka.
ReplyDeleteMasing-masing bebas menganut agama, mengamal budaya masing-masing serta menggunakan bahasa ibunda mereka.
ReplyDeleteKemampuan inilah yang menjadikan Malaysia sering dicemburui oleh banyak negara di seantero dunia
ReplyDeleteNaib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Pakatan Rakyat supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.
ReplyDeleteSebaliknya beliau berkata pihak tersebut perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.
ReplyDeleteShafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.
ReplyDeleteNaib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Pakatan Rakyat supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pru-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.
ReplyDeleteSebaliknya beliau berkata pihak tersebut perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.
ReplyDelete“Saya dengar dalam ucapan (kempen) mereka, mereka kata tanpa Umno (BN), mereka juga boleh buat sekolah, buat jalan raya. Sekarang buatlah jalan, tunaikan kata-kata itu dan janji mereka kepada rakyat, jangan bergantung semata-mata kepada kerajaan pusat.
ReplyDelete“Masa pilihan raya, mereka kata mereka boleh laksanakan (projek) jika mentadbir negeri itu dan ini. Jadi tadbirlah negeri dengan baik, jangan buang masa dengan demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang tidak memberi manfaat,” katanya.
ReplyDeleteShafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.
ReplyDeleteBeliau berkata pihak pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya yang lepas dan tidak patut mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini. Rakyat juga tidak perlu membuang masa menyertai perhimpunan seumpama itu, katanya.
ReplyDeleteKetua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan menerima kenyataan walaupun ‘pedih’ bahawa rakyat negara ini terutamanya orang Melayu masih belum bersedia memberi mandat kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
ReplyDeleteBekas Ketua Wanita PKR negeri, Aminah Abdullah berkata, penolakan berkenaan dapat dilihat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di mana majoriti orang Melayu yang merupakan pengundi terbesar masih yakin kredibiliti yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) mentadbir negara sekali gus menolak pembangkang.
ReplyDelete“Saya harap Anwar dapat terima kenyataan bahawa gelora menawan Putrajaya oleh pakatan pembangkang gagal kerana majoriti orang Melayu dan pengundi di Sabah dan Sarawak masih memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDelete“Jadi keputusan berkenaan perlu dihormati kerana selama ini mereka selalu melaungkan slogan demokrasi. Oleh itu, keputusan demokrasi yang diterjemahkan rakyat pada 5 Mei lalu harus dihormati dan tidak dipersoalkan dengan pelbagai tuduhan liar," katanya.
ReplyDelete