OLEH : LO_PHUNK
SELEPAS keputusan PRU 13,
Sabah kekal sebagai simpanan tetap Barisan Nasional dengan memperolehi 22
kerusi Parlimen di mana hanya kehilangan 3 kerusi yang dipertandingkan. Ini
adalah kali kedua, Sabah menjadi simpanan tetap setelah BN hampir kalah pada
PRU 12.
Berbanding dengan Johor yang
mempertandingkan sebanyak 26 kerusi parlimen, hanya 21 kerusi sahaja yang
berjaya diperolehi iaitu kehilangan 5 kerusi. Sarawak yang menyumbang 25 kerusi
parlimen berbanding dengan 31 kerusi yang dipertandingkan, kehilangan 6 kerusi
parlimen. Ini menunjukkan bahawa Sabah masih kubu kuat BN.
Keputusan PRU 13 di Semenanjung
antara Barisan Nasional dan Pakatan hanya beza 6 kerusi sahaja iaitu BN 86
kerusi dan PR 80 Kerusi. Jika bukan kerana kerusi di Sabah dan Sarawak, Barisan
Nasional sudah kalah.
Walaupun kemudahan di luar
bandar sangat daif dan dibelenggu dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat
Sabah tetap teguh bersama BN walaupun beberapa kawasan berjaya ditawan oleh
Pakatan Rakyat.
Dengan keputusan pilihanraya
PRU 13 ini, apakah rakyat Sabah tidak layak untuk mendapat banyak peruntukan
daripada persekutuan? Adakah Sabah tidak layak diberi pengiktirafan dengan
sumbangan kerusi parlimen yang banyak bagi membolehkan BN menerajui kerajaan?
Adakah jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak layak untuk ahli parlimen dari
Sabah?
Selama ini, PM dan TPM
adalah orang UMNO dan amat tidak adil bagi rakyat Sabah seandainya kabinet
Malaysia kali ini masih diberikan kepada orang UMNO. BN bukan dipunyai oleh
UMNO seorang tetapi banyak parti yang berada dalam BN dan membolehkan BN
membentuk kerajaan. Peranan mereka juga perlu diiktiraf oleh UMNO.
Kini tibalah masanya jawatan
TPM ini diberikan kepada Ahli Parlimen Sabah daripada parti lain selain UMNO.
Selain TPM, Menteri penuh Kabinet juga harus diberikan kepada ahli parlimen
dari Sabah.
Kabinet Malaysia yang lepas,
menyaksikan hanya 4 ahli parlimen Sabah sahaja yang diberikan jawatan penuh
ini. Maka inilah masanya Perdana Menteri memberi laluan kepada ahli parlimen
dari Sabah bagi mengisi jawatan ini.
Sama juga dengan Sarawak
yang banyak menyumbang kepada kemenangan BN. Kerajaan BN tidak mampu dibentuk
oleh UMNO sendirian melainkan atas bantuan parti lain. Penghormatan perlu
diberikan atas sumbangan yang sangat berharga ini.
Selain pengiktirafan
perlantikan jawatan Menteri penuh dan TPM, persekutuan juga perlu melihat
semula keadaan di sabah yang serba kekurangan terutama di luar bandar.
Kawasan ini perlu diberi
dana yang cukup dan memberikan peruntukan mengikut keluasan yang selama ini
kita lihat sangat tidak adil. Kajian berhubung persempadanan semula dan
menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri perlu dilaksanakan.
Dengan penambahan ADUN ini,
akan dapat memajukan sesebuah kawasan dengan suntikan dana yang diberikan setiap
tahun kepada setiap ADUN.
Selain itu juga, Sabah dan
Sarawak boleh menuntut perjanjian yang terkandung daman Perkara 20 Sabah dan
perkara 18 Sarawak. Inilah masanya untuk menuntut dan meminta kepada
persekutuan berhubung dengan apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat Sabah dan
Sarawak.
apa macam mo kasi. .balik balik umno juga laa dapat tu jawatan menteri kabinet !!! mo kasi sama c pairin dia nda mau ,, mo kasi dumpoookk suda kiokkk ,,, mo kasi corrupt pun dia manang buyokkkk. .. kasi sama itu Ommm sama pilakk bule laaa. .. :-P:-P:-P:-P:-P
ReplyDelete