KOTA KINABALU : Sebuah
hospital universiti bakal diwujudkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak
lama lagi, kata Naib Canselor UMS, Prof Datuk Mohd Harun Abdullah.
Beliau berkata projek yang
akan dibina dalam kampus itu akan mempunyai 400 katil dan telah diluluskan oleh
Kabinet.
Hospital itu akan turut
memberi kemudahan kepada sesi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada
perkembangan program perubatan di UMS, katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Hari Kesedaran Pengurusan Bencana dan Kecemasan di kampus utama UMS di
sini Rabu.
"Pada masa kini pelajar
terpaksa menjalani latihan di Sandakan dan di sekitar Kota Kinabalu dan ini
menjadi masalah.
"Dengan adanya hospital
ini, ia akan dapat membantu pelajar memberi tumpuan kepada latihan mereka. Ia
juga akan memberi kemudahan perubatan khusus di negeri ini," katanya.
Mohd Harun berkata Sekolah
Perubatan UMS kini mempunyai kira-kira 500 orang pelajar. (Bernama)
No comments:
Post a Comment