Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
MENTERI Dalam Negeri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai
kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan
kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.
Dengan nada marah, Zahid
berkata negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan
negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri
bapa dia.
"Yang itu, awak kena
tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika
kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal
tersebut.
Ditanya lanjut sama ada
beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh
setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya
berbuat demikian.
"Dia (Lim) yang patut
minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta
maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.
Zahid dalam tulisannya dalam
Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan
raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang
menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Enggan ulas isu tahan Adam
Adli
Anwar pula ketika berucap di
Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira
dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu
kenyataan sombong yang menghina rakyat.
"Kamu ingat negara ini
bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya
itu.
Sementara itu, Zahid dalam
sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke
atas aktivis mahasiswa Adam Adli.
Bagaimanapun, beliau enggan
mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.
"Kalau saya cakap,
nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar
profesional," katanya.
Ketua polis negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas
perkara itu kemudian.
bagaimana pula dengan mandat yang diberikan kepada kerajaan BN oleh rakyat?? bukankah tindakan anwar menganjurkan perhimpunan membantah keputusan rakyat, juga boleh disifatkan sebagai menghina keputusan rakyat?
ReplyDeletePolis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.
ReplyDeleteNaib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin berkata ini kerana tindakan Anwar itu adalah penghinaan kepada rakyat Malaysia yang memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa.
ReplyDelete"SPR perlu menyaman Anwar dan polis perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada terhadap Anwar kerana terus mempertikai keputusan PRU13.
ReplyDelete"Cara yang dia (Anwar) buat sekarang adalah menghina dan mengkhianati rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara hari ini.
ReplyDeletePakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan PRU13 di Stadium Kelana Jaya, Rabu lepas, semalam di Pulau Pinang, dan hari ini dilapor akan berbuat demikian di Ipoh.
ReplyDeleteZulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, berkata siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.
ReplyDeleteBeliau berkata ini penting kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini.
ReplyDelete"Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan tindakan segera.
ReplyDeleteDr Ahmad Zahid berkata, polis telah mengenal pasti individu-individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan akan ada lagi banyak tangkapan.
ReplyDeleteDitanya sama ada amaran beliau meliputi perhimpunan di seluruh negara, Dr Ahmad Zahid berkata, mereka ini termasuk individu-individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di tempat-tempat lain, seperti di Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baru.
ReplyDeleteBeliau menambah, Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi sekiranya ia mendatangkan kesan kepada keselamatan dan keselamatan rakyat.
ReplyDelete"Kami melihat perkara yang mempengaruhi rakyat yang menyebabkan kekacauan adalah amat serius," katanya.
Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
ReplyDeletemendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang
bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan
di negeri itu.
Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi
ReplyDeletebertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan
undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.
Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM)
ReplyDeletecawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu
(MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia
lain.
Mereka berhimpun selama hampir sejam bermula kira-kira pukul 3.30 petang
ReplyDeletedi Jalan Kampung Daik berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, di sini
hari ini untuk membantah hasrat pembangkang itu sambil membawa poster
'Kami Bersama PM', 'Halau Pengkhianat Negara' dan 'Kami membantah Black
Out 505' .
Ketua Pegawai PTCM cawangan Terengganu, Mohd. Bali Muda berkata,
ReplyDeletepembangkang cuba mengganggu keamanan dan keharmonian dalam kalangan
rakyat negeri itu selepas merancang mengadakan demonstrasi di Kuala
Ibai,
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya mahu pasukan keselamatan mengambil
ReplyDeletelangkah drastik dengan bertindak tegas ke atas mereka yang terlibat
menggerakkan perhimpunan haram itu terutama Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Kami desak Anwar dan pengikutnya dikenakan tindakan segera, jangan buang masa lagi.
ReplyDeleteAnwar dan pengikutnya sepatutnya akur dengan keputusan pilihan raya umum
ReplyDeletelalu. Kenapa terus mempersoalkannya sedangkan di negeri yang dikuasai
pembangkang seperti Kelantan dan Selangor, mereka sudah mengangkat
sumpah jawatan masing-masing, maknanya mereka terima keputusan itu.
ReplyDeletePerhimpunan itu turut disertai Bendahari Pertubuhan Belia 4B
Terengganu, Apli Yusoff, Exco MBFMWT, Mohd. Laisani Dollah serta
Timbalan Ketua Turus PTCM Terengganu, Sanek Awing.
Menurut Mohd. Bali, mereka tetap membantah perhimpunan itu bagi
mengelak sebarang kejadian tidak diingini selain terbukti menyusahkan
orang ramai.