Saudara Pengarang,
KAMI masih boleh bersabar
dengan sikap sombong ADUN Lahad Datu, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal terhadap kaum
Cina di Lahad Datu; mewarisi sikap Mantan Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu
Mansur; tetapi kami merasakan bagaikan dikencing di kepala kami jika beliau
dipilih sebagai Menteri Kabinet Sabah; sebagaimana sokongan yang dinyatakan
oleh BN Silam.
Baru-baru ini, kami terbaca
artikel Sabahkini.net bertajuk 'BN Silam Rayu Adun N50 Anggotai Kabinet Sabah' yang
kononnya BN Silam sebulat suara menyokong Yusof dilantik sebagai Menteri
Kabinet Sabah berdasarkan pengalaman dan ketokohannya.
Mungkin Ketua Menteri sibuk
atau Perdana Menteri 'terlepas pandang' segala Skandal yang didedahkan
Sabahkini.net sebelum ini; terutama yang melibatkan 'Dua Beradik' anak Bekas
Tentera Filipina ini dalam Skandal Projek Top Up dan Kes Rasuahnya.
Walaupun saya dan masyarakat
Cina Lahad Datu tidak berdaya menghalang sebarang perlantikan Yusof ke apa juga
jawatan, tetapi saya hanya ingin mengingatkan; wajarkah pengkhianat kepada
parti UMNO dan Barisan Nasional diangkat sebagai YB dan diberikan jawatan dalam
kabinet; sedangkan beliau sepatutnya dipecat daripada UMNO kerana terlibat
membiayai pembangkang dan menikam UMNO dari belakang?
Sebelum BN kalah teruk pada
PRU akan datang, sewajarnya Yusof tidak dilantik sebarang jawatan bagi
mengelakkan perpecahan dalam UMNO dan BN. Cukuplah apa yang beliau dan abangnya
buat selama ini memporak porandakan politik Sabah.
Saya akan mengirimkan bukti
video Skandal Yusof dan abangnya menikam UMNO dan BN dari belakang dan harap
dapat disiarkan di SabahkiniTV. Saya akan bertanggung jawab jika ada tindakan mahkamah.
Salam Hormat,
C.K.WONG
No comments:
Post a Comment