Oleh : ZAHRIN AMIN
PARA pelabur luar
mengalu-alukan kebijaksanaan Perdana Menteri memilih usahawan dan pakar ekonomi,
Datuk Haji Mohd Yusof Apdal sebagai Calon BN bagi DUN Lahad Datu.
Wakil pelabur, W.K. Lau ketika
menghubungi Sabahkini.net daripada Hong Kong berkata pihaknya telah beberapa
kali ke Sabah untuk melabur di Sabah dan telah menemui beberapa Menteri Kabinet
Negeri Sabah, namun belum berhasil kerana ADUN dan Ahli Parlimen Silam sebelum
ini tidak menunjukkan minat terhadap bidang akuakultur.
"Kita amat
mengalu-alukan tokoh ini (Yusof) dan kita harap beliau menang dalam pilihanraya
umum ini agar dapat melabur di Silam yang terkenal sebagai Pusat Akuakultur
Negara," kata Lau yang meyakini Yusof memahami bagaimana mahu melonjakkan
ekonomi Lahad Datu yang terencat setelah insiden Tanduo.
Menurut Lau, Silam terlalu
kaya dengan hasil laut yang berkualiti tetapi ahli politik sering menjadi
penghalang para pelabur untuk menjalinkan kerjasama meningkatkan ekonomi dan
menjadi pengeksport makanan laut.
No comments:
Post a Comment