KOTA KINABALU : Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah diminta mengkaji kemungkinan mencabar
kesahihan perkahwinan seorang lelaki dengan gadis bawah umur yang didakwa
dirogolnya.
Ketika membuat gesaan itu,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad
berkata kementeriannya memandang serius perkara itu apatah lagi ia melibatkan
kepentingan umum khususnya dalam melindungi masa depan kanak-kanak.
Katanya, JPKA perlu mengkaji
kes itu daripada semua aspek termasuk kemungkinan mengambil atau memberi
perlindungan kepada budak perempuan berumur 13 tahun itu di bawah Akta
Kanak-Kanak 2001.
"Kita mahu jabatan
kebajikan cabar perkahwinan itu...sebab kami masih mempersoalkan kesahihan
perkahwinan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan
Seminar Pembentukan Imej Diri Untuk Keharmonian Keluarga di sini, Selasa.
Jainab mengulas kes di
Mahkamah Sesyen di sini semalam, membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun
yang didakwa merogol gadis bawah umur itu, yang kemudiannya memaklumkan dia
telah berkahwin dengan gadis itu mengikut undang-undang Syariah.
"Sebagai menteri yang
bertanggungjawab dan prihatin, kami amat terganggu dengan apa yang
berlaku...kanak-kanak itu baru berusia 12 tahun 6 bulan...dia sepatutnya
dilindungi tetapi dikahwinkan pula dengan lelaki yang merogolnya,"
katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment