Oleh : Syed Kamal
PERIHATIN..Afidah
memberi reaksi positif pemberian bonus
dan bantuan khas oleh kerajaan persekutuan dan negeri kepada kakitangan awam
menjelang Aidilfitri dalam satu sidang media semalam.
Pertubuhan
Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas
pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada
penjawat awam dan pesara sebanyak RM250.
Timbalan Pengerusi PRIBUMIS
Tuaran, Afidah Bujang menyifatkan bonus
itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka
yang berpendapatan rendah.
" Kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya
yakin pemberian bonus dapat menambah kemeriahan musim perayaan ini kepada
mereka " katanya.
Menurutnya lagi, PRIBUMIS
turut mengucapkan terima kasih kepada
kerajaan negeri kerana memberi bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500
bagi setiap penjawat awam negeri dalam kelompok jawatan Gred 1 hingga Gred 54
termasuk kakitangan sambilan negeri ini.
Bayaran yang akan di buat sebelum menjelang
Aidilfitri di umumkan oleh YAB Ketua
Menteri Datuk seri Panglima Hj Musa Hj Aman kelmarin bukti keperihatinan kerajaan di bawah pimpinannya.
Pemberian bonus dan bantuan
khas itu adalah tepat pada masanya bagi kakitangan awam yang sedang membuat
persiapan menyambut Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment