oleh : Hafiz Yatim
Rayuan pihak pendakwaan
terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September
ini.
Timbalan pendakwaraya Noorin
Badaruddin memberitahu Malaysiakini, permohonan Anwar untuk menggugurkan peguam
Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan juga akan didengar pada
tarikh itu.
Perkara itu diputuskan dalam
pengurusan kes di Mahkamah Rayuan hari ini.
Anwar dibebas dan dilepaskan
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apda 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat
bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada
26 Jun 2008. (Malaysiakini)
No comments:
Post a Comment