OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO :
SAFFIE S JUMADI
Begitu
kusyuk mendengar aduan daripada penduduk
berkenaan
Masjlis Berbuka Puasa
berkelompok (Sungkai) di bulan Ramadan
Al-Mubarak ia bukan saja sekadar untuk menahan kelaparan, dahaka dan membuat
perkara-perkara yang dilarang Agama di sepanjang bulan tersebut, bahkan ia menjurus mewujudkan hubungan dan jaliinan mesra antara satu sama lain
walaupun tidak seagama dengan mereka.
Wong
turut meraihkan Hari Jadi ke 65 Macik
Minah
Ini jelas masyarakat bukan
beragama Islam yang membabitkan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang
dijemput untuk menghadiri majlis
sedemikian bersama-sama masyarakat Islam
dan bukan Islam telah membuktikan ujudnya setia kawan yang terjalin dan
hal ini harus dipupuk dan dipelihara
demi keharmonian daN semangat perpaduan kaum yang ada di Negara ini khususnya
di Kampung Sim-Sim Berhala Darat dekat sini.
Ahli Parlimen (DAP) Kawasan
Sandakan Stephen Wong berkata, demikian
sewaktu memberi ucapan ringkas sejurus
selepas majlis berbuka puasa di rumah Haji Kiflie di Lorong Jambatan 3 Kampung
Sim-Sim malam tadi.
“Sebagai Ahli Parlimen yang
diberi mandat pada PRU 13 lalu kita harus dekat dengat rakyat walaupun DAP
tidak mampu untuk menunaikan apa saja permintaan rakyat sebab kita bukan
kerajaan namum kita masih ada peluang dan ruang untuk mendengar segala
rintihan-rintihan rakyat yang masih terpinggir dalam mendapat apa saja bantuan
maka wajar kita akan suarakan dan ajukan kepada para pegawai jabatan kerajaan yang berkenaan” ujarnya.
Kata Wong lagi, sejak kebelakangan ini ramai di kalangan masyarakat Bumiputera bukan saja
di Semenanjung yang sudah ramai menjadi ahli DAP bahkan di Sabah juga tidak
kurangnya ramai golongan tersebut menyertai DAP ini termasuk di Kampung Sim-Sim
yang kini sudah mempunyai tiga buah Cawangan.
Wong menambah segala
permasalahan rakyat yang telah diajukan
seperti anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang masih tersisih dalam
mendapat bantuan akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diambil
tindakan sewajarnya.
Dalam pada itu Wong dan rombongan telah diberikan penghormatan bagi sama-sama
menyambut Hari Jadi makcik Minah yang ke 65 serentak dengan majlis berbuka
puasa.
No comments:
Post a Comment