Saturday, 3 August 2013

SERAMAI 230 KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN TERIMA SUBANGAN RAYA



OLEH: SHAIMON S JUMADI


                                         Datin Linda (tengah) bersama para penerima sumbangan

Bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh   golongan keluarga kurang berkemampuan untuk menyambut hari lebaran yang semakin hampir diambang pintu,  seramai 230 penduduk kawasan Parlimen Batu Sapi  masing-masing telah menerima sumbangan berupa wang dan beras daripada Ahli Parimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin pagi  kelmarin.

Bercakap kepada Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan,   Linda   menjelaskan ini  sudah menjadi  kewajiban dan tanggungjawab kepada pemimpn kerajaan untuk  memberi sumbangan sempena dibulan Ramadan  yang penuh berkat ini  supaya mereka sama-sama merasa kegembiraan  menyambut hari lebaran nanti seperti masyarakat yang lain.


Memandangkan harga barang agak mahal sedikit di musim-musim perayaan ini  Linda menasihatkan  masyarakat yang kurang bekemampuan agar berjimat cermat dan belilah barang-barang yang berkeperluan sahaja.

Dalam pada para penerima melahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi itu.

"Kita rasa bersyukur kerana mempunyai satu kerajaan iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN)  serta barisan pemimpinnya seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dan juga Datin Linda yang cukup prihatin terhadap nasib dan masalah rakyat jelata, kata  seorang penduduk selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut” kata salah seorang penduduk di situ.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou dan ketua-ketua cawangan PBS kawasan Parlimen Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment