Thursday 1 August 2013

POLIS BANTERAS JUDI SIBER






                                            RATAN menunjukkan komputer yang telah dirampas di IPD Penampang kelmarin.

Sebanyak 351 unit komputer telah dirampas dalam beberapa serbuan polis bagi membanteras aktiviti perjudian siber di daerah Penampang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata operasi yang dilaksanakan sepanjang bulan Julai itu turut menyaksikan kerjasama daripada unit D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kepayan untuk membantu 15 serbuan ke premis-premis di Penampang dan Putatan.

Seramai 36 lelaki dan 21 wanita yang berusia antara 20 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan-serbuan berkenaan.

“Kita berjaya merampas 351 unit komputer yang digunakan untuk siber haram itu sementara wang tunai sebanyak RM5,717 dipercayai hasil daripadanya.

“Kesemua yang ditahan dan bahan rampasan kini dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman RM20,000 hingga RM200,000 atau lima tahun penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Ratan turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan judi siber di kawasan mereka untuk tampil membantu polis menjalankan pembanterasan. (THEBORNEOPOST)

No comments:

Post a Comment