Friday 4 May 2012

GAJI MINIMA DI SELANGOR RM1,500?





Oleh : SYED MU'AZ SYED PUTRA


SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan gaji minimum RM1,500 dengan menyediakan peruntukan RM10 juta untuk membiayai kos syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang tidak mampu menampung dasar baru itu.

Kerajaan negeri juga mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 itu akan dimulakan di syarikat yang mempunyai prestasi kewangan stabil termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri, pengumuman telah dibuat sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bahawa gaji minimum akan diperkenalkan pada kadar RM1,500 gaji kasar.

"Ini akan dimulakan oleh syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya stabil seperti PKNS, PKPS, PNSB dan Worldwide," katanya pada pembentangan membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 hari ini.

Bagaimanapun kata Khalid, bagi syarikat yang tidak mampu peruntukan RM10 juta akan disediakan untuk menampung kos dasar itu.

"Bagi syarikat milik kerajaan negeri yang prestasi kewangannya belum stabil, dana sebanyak RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menampung kos untuk dasar ini," katanya.

Belanjawan memperuntukkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion.

Kata Khalid, pentadbirannya akan berusaha untuk meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat dimiliki supaya ia dapat melaksanakan kadar gaji minimum.

"Pemberian gaji minimum ini akan disokong oleh produktiviti pekerja yang akan diselaras agar bersesuaian dengannya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemuliaan insan dan tidak diberikan secara unilateral.

"Hasrat sebenar bukanlah untuk menabur wang tetapi untuk memberi tambahan pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang berpendapatan rendah," katanya.

10 comments:

  1. Selangor nak tunjuk hebat pula, takkan kerja kedai kecil pun upah mereka RM1500.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai bila lah kerajaan selangor dapat bagi peruntukan untuk menampung dasar baru RM1,500 ni?

      Delete
  2. Bagi majikan kecil atau “micro enterprises” ada kelonggaran diberikan iaitu tempoh kuatkuasa lebih lama-12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas.kalau majikan benar2 tidak dapat laksanakan, majikan boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik bekerja sendiri atau tidak payah pekerja ramai.

      Delete
  3. Tidak pasti lagi adakah ini untuk semua atau cuma pihak yang terpilih saja.

    ReplyDelete
  4. Bagi syarikat yang mempunyai keadaan kewangan yang bagus sudah tentu tiada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khalid patut menggalakkan syarikat2 GLC ini supaya berdikari.. sampai bila mereka disuapkan dengan dana rakyat rm10 juta?

      Delete
  5. kenapa perlu kerajaan negeri keluarkan peruntukkan rm10 juta? banyak benda yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dengan rm10 juta itu selain membantu GLC untuk merealisasikan gaji minimum rm1500..

    ReplyDelete
  6. sepatutnya gaji minimum ini ditanggung oleh syarikat itu bukannya kerajaan negeri.. tindakan MB selangor ini seolah2 memberikan gambaran bahawa syarikat2 GLC ini akan bankrap sekiranya gaji minimum rm1500 dilaksanakan..

    ReplyDelete
  7. hanya kerana mahu dilihat lebih baik dari kerajaan BN, dia umumkan pula gaji minima rm1500.. tapi masalahnya dia terpaksa guna duit cukai rakyat untuk merealisasikan hasrat itu.. kemudian dia war2kan dimedia kononnya kerajaan PR mampu memberikan yang terbaik..

    ReplyDelete