Tuesday, 29 May 2012

POLY-TECH MARA SEMPORNA UNTUK KRONI?



Saudara Pengarang,

TEMUDUGA yang dibuat oleh Poly-Tech MARA Cawangan Semporna hanyalah sebagai syarat untuk mengikuti prosedur yang ditetapkan, namun pada hakikatnya semua calon untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut sudah lama dipilih.

Sebagai salah seorang calon berpotensi, saya berpendapat MARA telah melakukan diskriminasi dan memperdaya para calon berkelayakan untuk mengikuti temuduga 'olok-olok' berkenaan.

Akibatnya, Kolej Poly-Tech MARA Semporna kurang menyerlah kerana hanya 'anak-anak' kroni yang bodoh dan tidak mempunyai kelayakan sahaja sahaja diambil mengisi kekosongan jawatan; maka sudah pastinya tidak ada produktiviti membanggakan melainkan membazirkan dana awam.

Salam Hormat,

MANGSA NEPOTISME

11 comments:

  1. Orang yang layak tidak dapat, orang yang tidak layak pula yang dapat. memang tidak adil dengan budaya nepotisme dan kronisme ni.

    ReplyDelete
  2. Beginilah kuasa pangkat dan wang.

    ReplyDelete
  3. Cara ini tidak adil. Dapatkan bukti untuk dakwaan ini.

    ReplyDelete
  4. Satu pembaziran mengambil mereka yang tidak berkelayakan untuk isi jawatan dalam sesuatu pekerjaan. Melainkan individu itu mampu tingkatkan prestasinya.

    ReplyDelete
  5. betulkah hal ini? jika berkelayakan pasti akan diterima.

    ReplyDelete
  6. Inilah yang berlaku bila ada orang dalam sudah.

    ReplyDelete
  7. Berikanlah jawatan kepada mereka yang benar-benar layak dengan jawatan tersebut dan bukannya kerana kroni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawatan tu harus diberi pada yang layak. Tidak layak buat apa diambil bekerja.

      Delete
  8. Cuba jelaskan mengenai dakwaan ini. Benar atau tidak. Ini bagi menjawab persoalan tersebut.

    ReplyDelete
  9. Main orang dalam perkara biasa tempat lain pun ada juga.

    ReplyDelete
  10. sebelum buat tuduhan yang boleh menjatuhkan nama baik seseorang atau sesebuah institusi, baik kumpulkan dulu bukti2 kukuh.. silap haribulan kena saman pula..

    ReplyDelete