Thursday, 31 May 2012

RAKYAT BIJAK MENILAI PRESTASI BN




SIJIL...Dato Sri Nasir (kiri) diringi Tahir Amir(dua kiri dan OKK Musa (tiga kiri) menyampaikan sijil seminar kepada wakil peserta sempena Seminar Memperkasa Peranan UPKR & Mahkamah Anak Negeri Dun Senallang di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, yakin rakyat kini lebih bijak menilai prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan terpengaruh dengan propaganda yang disebar pihak pembangkang.

Katanya, rakyat negeri Sabah yang telah hidup dalam keadaan aman, makmur dan selamat sejak Kerajaan BN memerintah negeri ini lebih selesa dengan kehidupan yang harmoni kaum sambil mengamalkan konsep 1Malaysia yang merentasi budaya dan kaum.

Nasir, menjelaskan rakyat juga tidak terpesona dengan trend politik yang sering diwar-warkan pembangkang yang mengajar rakyat berdemonstrasi jalanan dan berkelakuan ganas,maki hamun serta menyebar fitnah berbanding kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dengan pelbagai kasih sayang berlandaskan Tradisi Membela Rakyat dan Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Beliau berkata demikian sempena, Seminar Memperkasa Peranan UPKR & Mahkamah Anak Negeri Kawasan DUN Senallang Menghadapi PRU-13 di Dewan Serbaguna Perpustakaan Cawangan Semporna di sini.

Seminar sehari itu disertai Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Aanak Negeri dan Wakil-wakil Ketua Anak Negeri serta Pengerusi-pengerusi JKKK bagi Kawasan DUN Senallang.

Hadir sama sempena majlis itu, Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Pembangunan Masyarakat Kawasan Senallang, Roslan Jalaludin dan Pegawai Perhubungan Dun Senallang, Haji Zainal Jalaludin serta kakitangan UPKR Senallang.

Beliau berkata,pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering melaung-laungkan reformasi dan Ubah hanya berjanji kosong dan sering mengelirukan rakyat dengan pelbagai tomahan kepada kerajaan BN.

Ujarnya lagi,sedangkan kerajaan BN sentiasa memeduli kepentingan rakyat dengan pelbagai bantuan yang telah dan sedang dinikmati segenap lapisan rakyat.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Kawasan Senallang, menegaskan misi dan visi kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak jelas dan tulus membela nasib rakyat melalui penyaluran pelbagai bantuan termasuk BR1M; Kedai Rakyat; Klinik 1Malaysia dan bantuan pelajar; penghargaan kepada bekas anggota PDRM dan menaikkan gaji penjawat awam.

Katanya, semua itu dilakukan oleh pucuk pimpinan kerajaan BN semata-mata demi mengasihi rakyat yang berhadapan dengan keadaan ekonomi dan sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Semporna,turut menghargai dan berterima kasih kepada rakyat yang sentiasa memberikan sokongan padu dan menyenangi kerajaan BN yang diterajui Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Sehubungan itu Nasir menasihatkan Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua & Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri dan Pengerusi-pengerusi JKKK terus berusaha meningkatkan prestasi perkhidmatan mereka dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai mata dan telinga kerajaan selaras dengan Aku Janji yang dilafazkan sebagai penjawat awam.

Nasir berkata, mereka (pemimpin masyarakat) merupakan pemimpin yang telah diberikan tanggungjawab sebagai pentadbir dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat di akar umbi supaya rakyat maklum dan tahu semua agenda yang hendak dan akan dilaksanakan kerajaan untuk membela rakyat.

“Ingatlah, sebagai penjawat awam, jawatan yang diberikan oleh kerajaan merupakan “Amanah” dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan berdasarkan perintah-perintah Am dan bukannya untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi untuk kepentingan rakyat di kawasan masing-masing,”kata Nasir.

13 comments:

  1. prestasi BN amat baik di Sabah, moga ia akan terus meningkat.

    ReplyDelete
  2. Dari pengalaman sepanjang PRU yang pernah dijalankan sebelum ni pastinya rakyat sudah matang untuk menilai segala tindak tanduk parti dan pemimpinnya.

    ReplyDelete
  3. Of course the people/voters are wiser than before.

    ReplyDelete
  4. Nilai sendiri dan bukannya mendengar hasutan daripada pihak tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. kalau dengan pembangkang pasti menghasut saja tu.

      Delete
  5. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said public confidence in the Barisan Nasional (BN) leadership at the federal and state levels is growing because the coalition fulfills its pledges according to its capability.

    ReplyDelete
  6. He said the promises were proven through the various aid given to the people such as the 1Malaysia People’s Aid (BR1M), the existence of the 1Malaysia People’s Shop (KR1M) and the 1Malaysia People’s Menu, the granting of subsidies in the various sectors such as petrol subsidy.

    ReplyDelete
  7. In addition, Najib also hinted that he would announce a ‘windfall’ for the settler community soon as well as several other incentives for the people.

    ReplyDelete
  8. “The quantum I will not disclose yet, when the time comes I will make the announcement. Let there be a little suspense,” he said.

    ReplyDelete
  9. He said the BN government constantly strived for the prosperity of the people and ‘did not know how to spin’.

    ReplyDelete
  10. “That is their (opposition’s) politics, always spinning, everything (that we do) is wrong. What we are doing for the people, they want to destroy,” he said.

    ReplyDelete
  11. Najib also expressed his commitment to continue to work hard as the prime minister for the sake of the people.

    ReplyDelete