JALAN
ROSAK….Wong menunjukkan jalan berlubang hampir 30 tahun tidak pernah diselenggarakan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SERAMAI 70 keluarga masyarakat
Tiong Hua yang mendiami 45 buah rumah di Kampung Batu 9, Jalan Lama Labuk,
Sandakan mendakwa mereka benar-benar terpinggir daripada menikmati kemudahan
asas jalanraya setelah dijanjikan sejak 20 tahun lalu.
Satu-satunya jalan sub-standard
berbatu kelikir, peninggalan kerajaan Berjaya sejak 40 tahun lalu juga tidak
pernah diselenggara atau dinaik taraf ke mutu minima; berbanding dengan
perkampunan Melayu atau Bumiputera lain.
Seorang penduduk, Wong Soo
Ming, 55, yang mewakili masyarakat Tiong Hua di Kampung Jalan Sin Ang Kee mengadu
masalah ini kepada Sabahkini.Net yang pergi bersamanya ke tempat tersebut
kelmarin.
"Saya mahu kasi tahu,
selama ini kami semua orang Tiong Hua di kampung ini adalah pengundi Barisan
Nasional (BN); tetapi kami tidak dapat apa-apa kemudahan asas. Kami bukan mahu
minta duit, cuma kami mahu jalan kampung kami dinaiktaraf," ujar Wong yang
kesal kerana aduannya kepada Presiden MPS, Jurutera Kerjaraya, Pemimpin
Kemajuan Rakyat dan pihak berkaitan tidak langsung dilayan sejak BN-UMNO
memerintah Sabah.
TEMUBUAL…Wong
sedang ditemubual berhubung kerosakan Jalan Batu 9, Labuk.
KELIKIR….Sudah
40 tahun dibina tetapi belum pernah dinaiktaraf atau diturap.
“Kalau ini macam BN banyak
susahlah. Mereka tidak tolong sama orang Tiong Hua. Nanti undi punya time,
jangan marah kalau kami kasi undi sama opposition," ujar Wong dengan nada
marah kerana Wakil Rakyat dipilih tidak menjenguk kampung mereka.
Menurut Wong, beliau sudah
memanggil itu wartawan akhbar Cina dan perdana untuk membuat liputan; tetapi
mereka takut menghadapi pemimpin BN. Mujurlah ada Sabahkini.net yang berani
turun gelanggang sekalipun mengkritik kecuaian kerajaan.
“Jangan main-main ini kali
pilihanraya. Itu pembangkang banyak kuat. Kalau di kawasan bandar 100 orang
Tiong Hua mesti sokong pembangkang. Kami orang di Batu 9 ini masih boleh
bertolak ansur. Kasi baguslah jalan kami sebelum PRU-13. Kalau tidak apa boleh
buat. Kami terpaksa ikut Tiong Hua bandar, jelas Wong yang kesal dengan sikap
Pejabat Adun dan Parlimen yang enggan melayan rayuan dan permintaan orang Tiong
Hua di luar bandar.
Bagi pihak penduduk Tiong
Hua di Batu 9, Wong mengucapkan terima kasih kepada Sabahkini.net kerana sedia
menyiarkan isu penting ini agar Perdana Menteri menemui ilham untuk mengadakan
pilihanraya umum setelah melawat kampung ini kelak dan menaruh harapan tinggi
agar Datuk Seri Najib dapat menjengok mereka buat kali terakhir.
selaoin jalan ini, ada byk lagi jalan2 lain yang belum diselenggara, semua2 jalan yang teruk kenalah dinaiktaraf.
ReplyDeletememang betul. banyak lagi jalan yang lebih teruk dari ni. tiap tahun kerajaan memperuntukkan wang untuk menaiktaraf jalan tapi dalam masa yang singkat masih belum cukup kalau di negeri seluas Sabah dan Sarawak.
DeleteProjek naik taraf harus dijalankan.
Deletesemoga keperluan rakyat akan dapat diambilberat.
DeleteThere are too many roads that needed to be upgraded. Its impossible for the government to immediately have their contractors upgrade the road all at once. Allocation is needed to have those roads upgraded.
ReplyDeleteits just matter of time that the roads will be repaired and look good as new.
DeleteAllocation to upgrade the road should be increased for Sabah.
DeleteSemoga pihak yang bertanggung jawab dapat membaiki kualiti jalan raya yang kurang memuaskan ini.
ReplyDeleteThe people should be given a well maintain road and facilities.
Deletejalan merupakan kemudahan untuk penduduk, harap ia akan dapat dinaiktaraf dengan segera.
DeletePeruntukan harus diberi untuk membaiki jalanraya yang tidak wajar ini. Perhatian juga harus diberi untuk kawasan luar bandar juga.
ReplyDeleteKerajaan harus adil untuk kesemua kaum di negeri Sabah.
ReplyDeleteSistem jalan di Sabah banyak masih kekurangan. Harus juga kerajaan membaiki kelemahan tersebut.
ReplyDeleteMoga-moga bujet 2012 bertumpu kepada projek naik taraf juga.
ReplyDeleteWR harus bertanggung jawab untuk membaiki kelemahan jalan raya.
ReplyDeleteHarap kerajaan mengutamakan projek yangnak dijalankan.
ReplyDeleteKerja naik taraf juga harus dibuat satu demi satu. harap-harap tak lama lagi akan sampai ke kawasan perkampungan.
ReplyDeletePemimpin perlulah turun padang dan melihat sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeletePeruntukkan jalan telah diberikan maka agihkan kepada kawasan yang benar-benar memerlukan peruntukan tersebut.
ReplyDeleteharap peruntukan untuk menaiktaraf jalan akan dapat dimanfaatkan dengansebaiknya untuk membaiki jalan yang memerlukan pembaikan.
Deletepekara ini harus diberikan perhatian yang sewajanya oleh pihak yang berkaitan.
ReplyDeleteusaha untuk menaiktaraf jalan yang rosak harus dibuat dari masa ke masa.
ReplyDeletenaiktaraf dan baiki jalan harus dilaksanakan secara berperingkat.
DeleteKerajaan BN pasti membantu semua rakyat tanpa memandang kaum dan agama.
ReplyDeletekalau dibandingkan jalan dalam gambar di atas dengan jalan di kampung saya, jalan kampung saya lebih teruk.. sampaikan ada orang cakap macam jalan kuda..
ReplyDeletewakil rakyat untuk kawasan itu tidak berubah ka dari 20 tahun yang lalu?? bukankah lagi bagus jika penduduk kampung buat aduan daripada menunggu janji 20 tahun yang lalu?
ReplyDelete