SEMAKIN ramai pemimpin BN
yang boleh diumpamakan sebagai 'ikan buruk kepala' kerana membuat kenyataan
rambang dan memalukan; terutama Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi sebagaimana yang dilapor BERNAMA pada 22 Mei
2012 melalui artikel 'RM700 Juta Pasang Solar Hibrid Di Sabah' yang turut
disiarkan Sabahkini.net
Aktivis Masyarakat dan Hak
Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan
tidak bertanggung jawab Puad yang memaklumkan bahawa Kerajaan telah memperuntukkan
RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar
di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.
"Mengikut kajian saya
dan pencinta alam, kesemua 179 projek bekalan elektrik hibrid di semua sekolah
di luar bandar Sabah telah rosak dan gagal berfungi sejak antara 3 hingga empat
tahun lalu dan bukannya projek baru," ujar Patrick yang merupakan
penentang keras kepada penggunaan bateri asid plumbum dalam projek solar hibrid
Kementerian Pelajaran.
Sehubungan itu, Patrick
menggesa Menteri Pelajaran dan Puad meminta maaf secara terbuka daripada rakyat
Sabah yang selama ini diperdaya; termasuk janji Puad untuk membina sekolah
menengah sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa untuk dipenggal kepala jika sekolah
berkenaan tidak jadi dibina.
"Sifat pemimpin lidah
bercabang seperti Puad telah menyebabkan mutu pelajaran di Sabah merosot kerana
kebanyakan sekolah di luar bandar tidak mempunyai bekalan elektrik tetapi
mempunyai projek bekalan elektrik yang dibina hanya untuk menguntungkan kroni
BN dan mencemar alam sekitar," ujar Patrick lagi.
Patrick turut menggesa agar 'Ketua
Menteri Sabah' menggunakan kuasa Imigresen untuk menyekat 'Pembohong' seperti Puad
daripada masuk dan keluar dari Sabah untuk meneruskan agenda memperdaya rakyat
Sabah di luar bandar semata-mata untuk meraih undi.
"Advantagenya bukan
kepada BN, sebaliknya kepada pembangkang yang sudah mula mengikat hidung tinggi
Puad Zarkashi yang tidak ubah seperti Pinnochio," kata Patrick yang
menggesa agar Menteri Kabinet yang bertanggung jawab berhubung hal ehwal
pelajaran agar campur tangan supaya sekolah di luar bandar tidak terus bergelap
menjelang pilihanraya umum akan datang.
Saya pernah quote kenyataan beliau yg berbunyi "kalau pembinaan SMK Nabalu tidak bermula tahun hadapan tuan-tuan boleh penggal kepala saya" yg saya ambil dari Daily Express.
ReplyDeleteEntah setakat mana kemajuan pembinaannya sekarang?
Saya pun masih ingat kata2 beliau. Diharap ada berita tentang perkembangan projek pembinaan sekolah tersebut.
DeleteSekolah2 di luar bandar memang banyak yang berada dalam serba kekurangan. Adalah sangat baik jika bantuan dan kemudahan dapat disediakan dalam masa terdekat.
ReplyDeletePeruntukan harus diberi untuk membaiki kelemahan dan kelengkapan.
Deletemasih byk sekolah2 di Sabah masih daif, perlengkapkanya kemudahan2 di sekolah.
ReplyDeleteSemoga kerajaan tidak mengabaikan perkembangan kawasan pedalaman atau luar bandar.
ReplyDeletememperuntukkan RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah yang masih belum menikmati bekalan elektrik.
ReplyDeleteMoga-moga peruntukan ini dapat meringankan masalah bekalan electrik yang tidak mencukupi.
Projek naik taraf harus dipantau perkembangannya.
ReplyDeleteSekolah luar bandar harus diberi perhatian untuk dinaik taraf dan keadaan pelajaran harus juga berkualiti.
ReplyDeleteBagus juga solar hibrid dipasang berbanding dengan solar bateri plumbum.
ReplyDeleteTenaga yang bersih dan selamat perlu di Sabah.
DeleteBetulkah kerosakkan berlaku terhadap projek tersebut. Perkara ini perlu dikaji semula sebaiknya.
ReplyDeletePatrick tahu kerosakkan itu tapi sebagai pejuang hak asasi manusia, kenapa dia tidak laporkan??
DeleteKalau tidak silap Pembangunan Infrastruktur Sabah telah membelanjakan RM242.4 juta tahun lepas bagi melaksanakan 133 projek yang diluluskan di bawah program pembangunan negeri. Peruntukan projek2 perlulah sampai ke tempat yang sepatutnya.
ReplyDeleteDatuk Patrick Sindu berlagak macam ahli politik pula.. dia yang melebih2 mengalahkan pemimpin2 politik yang lain.. adakah maksud Patrick ini supaya rm700 juta itu dibatalkan??
ReplyDeletesepatutnya pengumuman RM700 juta bagi pelaksanaan bekalan solar hibrid kepada 179 sekolah luar bandar di Sabah adalah berita baik untuk Sabah..
ReplyDelete