TENOM : Speaker Dewan
Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mempunyai pendapat relevan
mengenai perjanjian 20 Perkara berkaitan dengan pembentukan Malaysia, kata Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman.
"Datuk Salleh tidak
salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah
dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa
semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," katanya kepada pemberita
selepas melancarkan Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan Belia OISCA-KPD di Lagud
Sebrang dekat sini Isnin.
Musa, yang juga Pengerusi
Barisan Nasional (BN) negeri diminta mengulas kenyataan Ongkili dan Salleh
mengenai perkara itu.
Ketua Menteri berkata
daripada mempersoalkan "siapa yang salah dan siapa yang betul",
adalah lebih penting untuk rakyat kekal bersatu dan bekerjasama supaya negeri
terus maju dan makmur.
Semalam, Ongkili berkata
kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan
pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam
laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan. (Bernama)
Peranjian 20 Perkara sudah lama diperjuangkan tapi masih belum lagi dipenuhi oleh pihak2 yang mempersetujuinya malah ada yang kata ia tidak lagi relevan.
ReplyDeleteBorneonisasi dan 20 Perkara-harap tuntutan dan perjanjian ini dapat dipenuhi.
ReplyDeletekedua-dua perkara tu perlu diutamakan oleh Sabah. Rakyat pasti berharap kepada kerajaan mengenai hal ni.
DeleteRakyat Sabah mahukan 20 Perkara dipertahankan.
ReplyDeleteKenyataan Salleh sedikit sebanyak menimbulkan keraguan dan kekeliruan di kalangan rakyat Sabah.
ReplyDeletejgnlah keluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.
DeleteYa.Tapi seperti CM sarankan, tingkatkan prestasi masing2 untuk dalam melaksanakan dasar2 kerajaan dan tanggunjawab kerana rakyat
Deleteperjanjian 20 telah diperjuangkan, kata2 Salleh pasti mengguris perasaan mereka yang memperjuangkannya.
ReplyDeleteMengenai 20 perkara itu rasanya biarlah dibincangkan oleh mereka yang mahir dan arif akan perjanjian tersebut.
ReplyDeleteSebagai rakyat Sabah saya percaya yang mana kerajaan akan cuba untuk menyelesaikan masalah 20 perkara ini.
ReplyDeletememang ada beberapa perjanjian dalam 20 perkara yang telah dimasukkan ke dalam perlembagaan persekutuan, namun semua itu masih belum jelas dan samar2.. sebab itu Salleh perlu jelaskan secara terperinci satu persatu perjanjian dalam 20 perkara ini..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
saya rasa lebih baik Salleh tampil menjelaskan perkara ini ekoran kenyataan beliau yang telahpun menimbulkan persoalan dan kemarahan rakyat di negeri ini.. jangan biarkan kenyataan beliau itu terus dijadikan bahan politik untuk mengapi2kan rakyat dengan kerajaan..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)