SIJIL....Azizah
menyampaikan sijil kepada Rokiah bagi pihak peserta seminar sambil disaksikan
Asnimar.
BEAUFORT : Ibu bapa
merupakan tonggak utama bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata
peranan ibu bapa pada masa ini amatlah penting bagi melahirkan anak-anak yang
berjaya dalam segala lapangan.
Beliau berkata, antara
peranan ibu bapa yang terpenting ialah memberi pendidikan dan pelajaran,
menjadi role model, memberi keperluan asas seperti makan, tempat tinggal dan
amat perlu sekali adalah memperkukuhkan kasih sayang dalam keluarga.
“Fungsi kekeluargaan tidak
sempurna tanpa adanya pendidikan, pembentukan keperibadian murni berlandaskan
pegangan keagamaan dan kebudayaan. Jika satu keluarga menerapkan nilai hormat
menghormati dan rasa sayang menyayangi, sudah pasti hubungan mereka bersama
masyarakat lain juga mencerminkan keadaan yang sama. Dan Jika satu keluarga itu
sifatnya menekankan akademik maka pasti ciri-ciri menghargai ilmu itu ada dalam
pembawaannya,” katanya.
Namun sebaliknya kata
Azizah, apabila keluarga itu pecah belah, terlibat dengan masalah sosial, judi,
dadah ataupun arak, maka anak-anak mereka juga akan mengalami tekanan dan
keciciran perhatian di mata masyarakat.
“Amat malang dan merugikan
jika kita mensia-siakan keluarga. Janganlah merasa rendah diri jika berasal
dari kelurga yang kurang kemampuan tidak sementinya anda tidak boleh menjadi
sebahagian dari agen perubahan pembangunan negara. Apa yang penting ialah usaha
kita merubah nasib diri dan keluarga. jika kita boleh ubah masa lalu, tetapi
dengan usaha untuk berubah hari ini, maka kita boleh mencipta masa depan yang
lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika merasmikan Seminar Kesejahteraan Keluarga anjuran Kementerian
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) dengan kerjasama Pejabat
Daerah Beaufort dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Beaufort kerana
berjaya mengadakan 'Seminar Kesejahteraan Keluarga' di Kg Kebulu Beaufort.
Hadir sama Setiusaha Tetap
KPMHEP, Datuk Asnimar Sukardi dan Penolong Pengarah JPKA Beaufort, Rokiah
Salleh.
Azizah yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata objektif seminar itu adalah untuk
memberi kesedaran kepada ibu bapa berkaitan dengan kepentingan pendidikan
anak-anak dan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan
peranan ibu bapa ke arah pendidikan anak-anak cemerlang.
Dewasa ini katanya, pelbagai
masalah melibatkan keluarga kian serius mencabar dan perlukan perhatian.
Kerapuhan istitusi kekeluargaan telah banyak membawa kepada masalah-masalah
sosial yang lebih rumit lagi.
“Kita memandang perkara ini
penting kerana pelapis kepimpinan negara kelak adalah generasi hari ini yakni
merupakan anak-anak sekarang.
”Menyedari permasalahan ini,
saya bersama KPMHEP serta agensi-agensi berkaitan giat menganjurkan
program–program pembagunan masyarakat seperti ini supaya ibu bapa diberi
pendedahan dan ilmu tentang bagaimana mengurus keluarga dan berhadap dengan
cabaran masa kini,” katanya.
PENGHARGAAN Azizah menyampaikan sijil penghargaan
kepada penceramah Seminar Kesejahteraan Keluarga di Kg Kabulu, Beaufort.
Beliau seterusnya berharap
ilmu pengetahuan yang diperolehi menerusi program ini dapat membantu golongan
ibu bapa menjadi cemerlang, membentuk keluarga yang hebat dan secara tidak
langsung bertindak sama selaku agen perubahan dalam menyahut seruan agenda
transformasi negara ke arah membentuk hari esok yang lebih baik.
”Sehubungan dengan itu juga
saya menyeru agar kita sama-sama berusaha mewujudkan amalan keluarga bahagia
masyarakat sejahtera dalam keluarga masing-masing supaya apabila perkara ini
dapat diwujudkan maka ia akan membantu kejayaan semua ahli keluarga,” katanya.
Saya berharap agar semua
maklumat yang diperolehi daripada penceramah dapat dimanfaatkan oleh kita semua
supaya dapat turut sama terlibat dalam usaha pembangunan negara terutamanya
usaha membangunkan institusi keluarga bagi memenuhi hasrat kerajaan mewujudkan
keluarga bahagia dapat direalisasikan.
Di akhir majlis Azizah
menyampaikan sijil penyertaan seminar dan hadiah Kejohanan Badminton Terbuka
Daerah Beaufort kepada pemenang.
ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak2 mereka. jadi ibu bapa harus membimbing anak2 mereka dgn baik.
ReplyDeleteJanganlah ada perceraian di antara ibubapa. jadilah contoh yang terbaik buat anak2.
ReplyDeleteIbu bapa memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak. Ini kerana buruk didikan maka ini akan punca keruntuhan keluarga tersebut.
ReplyDeleteJangan letakan tanggungjawab sepenuhnya pada pihak lain
DeleteIbu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak
ReplyDeletejangan salahkan guru2 atau masyarakat sekeliling jika anak2 bermasalah.. realitinya, anak2 ini lebih banyak meluangkan masa di rumah berbanding dengan diluar rumah seperti di sekolah..
ReplyDelete