PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa
terdekat bagi membincangkan kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari
Malaysia yang berisiko terjejas ekoran isu perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan
Madinah pada 26 April lepas.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa memaklumkan perkara itu berkata
isu itu perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah tidak
diingini.
"Isu ini perlu
diselesaikan dengan segera kerana kita tidak mahu apabila di saat akhir nanti
berlaku pula kejadian yang tidak diingini.
"Jika berlaku sesuatu
tindakan dari Arab Saudi, akan berlaku masalah pula kerana semua persiapan
menunaikan haji tahun ini seperti sewa kapal terbang, hotel dan melantik
syarikat yang membekalkan makanan kepada jemaah sudah selesai sepenuhnya,"
katanya.
Beliau berkata demikian
selepas merasmikan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan
di Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari
ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk
Othman Musthapa.
Sebelum ini, Arab Saudi
menghantar nota kepada Wisma Putra melahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang
dilakukan oleh segelintir rakyat Malaysia itu.
Isu kuota haji timbul kerana
kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan
sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan
perhimpunan haram di tanah suci itu.
Jamil Khir berkata walaupun
kerajaan Arab Saudi belum memberikan sebarang reaksi lagi tetapi pihaknya ada
meminta penjelasan mengenai isu perhimpunan haram tersebut.
"Rakyat di Syria,
Mesir, Tunisia, Libya, Yemen juga ada masalah malah lebih besar dari negara
kita tetapi mengapa perlu diterjemahkan kepada demonstrasi di Madinah dan
Mekah," katanya.
Menurutnya, Tabung Haji juga
telah menghantar surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi
menjelaskan isu perhimpunan haram tersebut.
Sementara itu, beliau
berkata muzakarah kali kelapan kali ini akan menumpukan pada topik pelaburan
emas yang merupakan satu pelaburan produktif dan mendapat sambutan hangat pada
masa kini.
"Kita boleh lihat trend
kenaikan emas yang boleh menjangkau sehingga 250 peratus dalam lima tahun
terkini menunjukkan komoditi ini merupakan salah satu cabang pelaburan.
"Biarpun begitu orang
Islam perlu mengetahui ada garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dalam
menjalankan aktiviti jual dan beli emas ini," katanya.
Katanya keputusan muzakarah
tersebut akan menjadi panduan berguna kepada individu yang terlibat dengan
pelaburan emas. (Bernama)
kerana Bersih, kuota haji Malaysia terjejas. harap Najib dpt berbincang dgn Raja Arab Saudi berhubung hal ini.
ReplyDeleteSalahkan para penganjur Bersih dengan perkara ni. kalau bukan sebab Bersih, tidak timbul masalah kuota haji.
ReplyDeleteKerana BERSIH kuota jemaah haji terjejas.
ReplyDeleteTindakan Bersih hanya memburukan lagi keadaan.
DeleteSetiap tindakan ada baik buruknya, jadi harus fikir sebaik mungkin sebelum bertindak.
ReplyDeleteinilah tujuan sebenar perhimpunan Bersih.. mahu menyusahkan negara.. mahu melingkupkan negara..
ReplyDeletedengan masalah2 yang ditimbulkan oleh penganjur perhimpunan Bersih, sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk membawa penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga ke muka pengadilan..
ReplyDelete