Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Barisan
Nasional (BN), sedang meneliti kemungkinan pilihan raya dijalankan pada
Sepetember ini sebagai tarikh terawal dengan kerajaan mula menggerakkan
jenteranya supaya memperolehi kemenangan besar dan Datuk Seri Najib Razak,
menyemak senarai nama calon bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 negeri dengan
meletakkan calon yang sesuai, kata sumber.
The Malaysian Insider telah
melaporkan sebelum ini kemungkinan PRU akan diadakan seawal bulan Julai sebelum
Ramadan bermula tetapi sumber BN berkata sebahagian kaji selidik menunjukkan BN
perlu bekerja keras untuk kemenangan besar lebih-lebih lagi dengan 2.2 juta
pengundi berdaftar akan mengundi buat kali pertama. Pilihan raya kali ini perlu
diadakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.
Difahamkan berdasarkan
beberapa kaji selidik menunjukkan BN boleh memenangi sehingga 146 kerusi
Parlimen dengan sekurang-sekurangnya 80 kerusi sudah pasti menang, lebih 140
yang dimenangi pada PRU 2008.
“Datuk Seri Najib Razak
seorang yang amat berhati-hati dan beliau menyemak setiap senarai calon dan
jumlah penyokong. Beliau akan mengarahkan kaji selidik untuk memastikan
sokongan untuk pengundi baru,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber itu berkata, kaji
selidik itu akan siap pada Jun dan strategi BN akan dibuat ketika Ramadan dan
Syawal.
“Ramadan dijangka bermula
pada 21 Julai dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh yang paling sesuai
untuk pilihan raya adalah pada September sebelum musim Haji,” kata sumber lain.
Beliau turut tidak menolak
kemungkinan pentadbiran Najib akan membentangkan bajet tahun hadapan dan
kemudiannya membubarkan Parlimen. “ Semua kemungkinan boleh berlaku tapi
pilihan raya mungkin tidak berlaku sekarang,” tambahnya.
Sumber telah mengesahkan
kepada The Malaysian Insider pilihan raya pada Julai ada kemungkinan kerana
barang-barang untuk tujuan itu sudah pun diimport dan disimpan di dalam gudang
menunggu masa diedarkan.
Beberapa Umno cawangan juga
mula meletakkan bendera di pusat bandar di seluruh negara, menjangkakan pilihan
raya mengejut. Parti itu menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan
semua negeri kecuali empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR).
Najib sendiri berkata kepada
belia sewaktu perhimpunan di Putrajaya hujung minggu lalu bahawa BN adalah
pilihan terbaik. Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama tiga hari itu
menarik kehadiran ribuan termasuk ucapan politik diselang-seli dengan konsert,
aktiviti sukan, serta perlumbaan drag.
Pentadbiran Najib
memfokuskan terhadap pelbagai demografi namun cadangan pemansuhan bantuan
pinjaman oleh pembangkang memungkinkan sokongan terhadap belia berubah, kunci
utama daftar pemilih yang terdiri daripada 20 peratus daripada 12 juta
pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah pengundi Melayu,
majoriti dominan di negara ini.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada
28 April menuntut pulihan raya adil dan bersih turut mengurangkan jumlah
sokongan terhadap kerajaan dengan hampir 200,000 orang menyertai perhimpunan
duduk bantah di ibu negara.
Najib pada 4 Mei telah
menafikan spekulasi kononnya pilihan raya mungkin dilewatkan kerana Bersih 3.0,
dan menegaskan tarikh pilihan raya akan ditentukan rakyat. “Tarikh pilihan raya
bergantung kepada itu,” katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat.
Kami akan memutuskan berdasarkan pengamatan rakyat terhadap kerajaan,” tambah
Najib.
Bersih, gabungan 84 NGO
telah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan sistem daftar
pemilih untuk ketiga-tiga perhimpunan mereka pada 2007, dengan yang terakhir
pada 28 April lalu yang mana ribuan peserta merempuh ke kawasan Dataran Merdeka
yang telah diharamkan pihak berkuasa.
Pentadbiran Najib telah
membentuk panel khas Parlimen selepas Bersih 2.0 dan telah mengemukkan 22 syor
namun ditolak Bersih.
SPR semalam menafikan kaji
selidik yang menunjukkan hampir separuh responden tidak mempercayai kredibiliti
daftar pengundi, dengan menegaskan saiz sample terlalu 'kecil' dan 'rawak' untuk
mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.
Kaji selidik yang diumumkan
Jumaat lalu oleh Merdeka Centre mendapati 92 peratus pengundi mahu daftar
pemilih dibersihkan, dengan 48 peratus barsetuju data daftar pemilih tidak
lengkap dan tepat.
Banyak sangat ramalan tarikh PRU ni. kita lihat ramalan September ni kena ataupun tidak. mungkin sama juga dengan ramalan2 yang lalu.
ReplyDeleteMasih menjadi persoalan umum mengenai PRU 13 ini. Masih belum ada tanda-tanda PRU akan diadakan buat masa sekarang.
ReplyDeleteBila pun PRU akan diadakan yang pasti setiap parti haruslah bersedia untuk menghadapinya.
ReplyDeleteBersedia dari segi fizikal dan mental. Segala usaha perlu maximum supaya tidak menyesal.
DeleteKalau macam tu ready2 saja la.
ReplyDeletebosan sudah saya dengan "PRU dijangka".. sampai sekarang berapa kali sudah "PRU dijangka"?? bagus cakap saja PRU di jangka pada bulan Jan, Feb, Mac, April, May, Jun, Julai, Ogos, Sept, Okt, Nov, Dec...
ReplyDelete