Saudara Pengarang,
SAYA, Mohd Ansar Bin Maidin,
Maykad bernombor 620617-12-5063 tampil membuat penafian Bahagian 1 berhubung
kenyatan yang dibuat oleh Butitit Poimposik yang bertajuk 'DPPIM Beri Suaka Kepada Penjenayah India?' yang telah dipaparkan di Sabahkini.net.
Sesunguhnya, dengan nama Allah
Yang Maha Agung dan Besar, saya menyatakan semua tuduhan Butitit adalah fitnah
semata-mata kerana membuat tuduhan tanpa bukti yang melampaui keraguan
munasabah.
Saya tidak ingin bercerita
panjang lebar, tetapi dengan ini mencabar Butitit membuat laporan polis tentang
perkara yang difitnahkannya. Jika Butritit 'anak lelaki' yang sejati, saya akan
tunggu beliau membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas penafian saya
ini tersiar di Sabahkini.net.
Untuk makluman pembaca, saya
bukan sahaja difitnah membuat IC orang yang telah mati, malah saya dituduh kaki
botol, kaki perempuan, kaki sihir dan kaki dadah. Saya membuat kenyataan ini
dengan penuh kesedihan dan keperittan dalam hati, sampai begini engkau Butitit
memfitnah saya. Apa salah saya kepada anda? Saya anggap ini ujian Allah ke atas
hambanya yang disayangi.
Saya bersumpah di atas nama
agama saya iaitu Islam bahawa pasport itu bukan kepunyaan saya. Jika saya tipu,
biar saya terima azab daripada Tuhan yang Maha Esa. Jika Butitit yang tipu, beliau
akan merana sepanjang hidup kerana sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada
membunuh di sisi Islam. Nampak sangat gambar itu seolah-oleh ditampal. Malah, saya
juga tidak pernah bekerja di Riyad sama sekali.
Saya sudah berbelas tahun
memiliki kedai sendiri di Inanam, Sabah. Bagaimana saya boleh bekerja di Kedai
Basir, Restoran Al-Madinah yang baru dibuka sekitar 7 tahun yang lepas?
Saya mencabar agar Butitit
buktikan bahawa saya pernah berurusan di JPN Beaufort dan membuktikan pernah
tinggal dengan seorang yang bernama Hj Maidin di situ.
Saya meminta pembaca yang
terpengaruh dengan fitnah akhir zaman seperti ini tampil ke kedai-kedai saya
untuk memeriksa adakah tidak saya memelihara toyol dan sebagainya di situ.
Saya juga mencabar Butitit
tampil dengan gambar saya berzina yang didakwanya. Buktikan dan buatlah laporan
polis dan berikan gambar saya berzina kepada mereka. Ayuh polis, tangkap saya
jika ada gambar saya berzina seperti didakwanya?
Saya sangat teringin untuk
berjumpa dengan Butitit ini. Tahukah anda kenapa? Pada tahun lepas, kereta saya
telah dipecah masuk di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan saya kehilangan satu
kamera termasuk 'memory' kad yang mengandungi banyak gambar saya serta wang dan
telefon bimbit saya.
Apabila saya melihat gambar
yang dipaparkan dalam artikel Butitit, saya tahu gambar itu datangnya daripada
memory kamera saya. Saya ada bukti kukuh dan saksi di tempat kejadian. Ternyata
Butitik melakukan jenayah ini semata-mata untuk mencuri gambar saya. Gambar ini
hanya ada dalam kamera tersebut.
Saya sama sekali tidak
terlibat dalam membuat IC projek di Sabah. Saya bersedia di soal siasat oleh
pihak berkuasa pada bila-bila masa sahaja. Butitit mungkin dengki kerana saya
membuka kedai di Api-Api. Beliau tidak ada modal lain dan bersahaja mengunakan
teknik fitnah yang telah lapuk.
Wahai Butitit! fikirkan
sesuatu yang logik sedikit jika mahu memfitnah orang yang tidak berdosa seperti
saya. Mana anda simpan otak anda? Balai Polis Penampang ada simpanan rekod saya
ganggu wanita? Saya akan meminta kenyataan polis di balai berkenaan. Kalau
tiada, saya akan membuat satu majlis bacaan doa dan kenduri khas agar anda
tertangkap dengan kuasa ALLAH kerana memfitnah ramai orang sesuka hati. Tidak
ada salah kami berdoa agar dapat menumpaskan 'Dajjal Akhir Zaman' seperti ini. Saya
juga akan tampil dengan bukti di bahagian kedua nanti.
Masej khas kepada
Sabahkini.net, saya berharap Sabahkini.net bersikap lebih matang dalam
menyiarkan artikel. Bagaimana Sabahkini.net boleh menyiarkan gambar yang
mengaibkan orang? Di mana sikap bertanggungjawab Sabahkini.net sebagai
wartawan? Inikah budaya wartawan dan sumber media alaf baru?
Sabahkini menjadi portal
berita yang sangat penting kepada Sabah. Tidak ada sikap professional langsung Sabahkini.net
dalam menyiarkan artikel yang begitu bersahaja menfitnah orang. Adakah Sabahkini.net
mahu menanggung dosa beribu pembaca yang tertipu dengan fitnah jahat golongan
ini?
Tidak ada bukti langsung,
nampak sangat tuduh orang itu ini, guna nama samaran, tidak ada sumber dari
mana datangnya Butitit ini dan bagaimana Sabahkini.net sanggup menyiarkan
berita seperti ini tanpa ditapis?
Jangalah kita hidangkan
masyarakat dengan berita palsu dan fitnah. Bala besar menanti pemfitnah. Apapun
tahniah kepada Sabahkini.net yang memberi ruang kepada Butitit untuk fitnah
saya.
Jika Sabahkini.net tidak
membuang artikel fitnah itu secepat mungkin, maka sia- sialah semuanya.
Sabahkini.net dan Butitit bersedia menerima azab Tuhan. Saya serah dan
bertawakal kepada ALLAH. Saya bersumpah dan sedia menghadapi semua pihak
berkuasa dalam hal ini. Saya jemput semua pembaca yang pernah melihat saya
mengangu wanita, minum arak, ambil dadah, zina dan sebagainya tampil membuat
laporan polis. Saya sedia menghadapinya jika benar.
Butitit, saya cabar kamu
tampil dam membuat laporan polis dengan membawa salinan pasport itu. Saya akan
tunduk jika pihak berkuasa katakan bahawa itu pasport saya dan saya berani
serahkan semula IC saya jika ianya terbukti.
Saya anak lelaki, saya lahir
kepada satu ibu bapa, saya cabar kamu wahai Butitit, ayuh turun ke jalan
sebenar. Jika kamu berani berselindung di sebalik Sabahkini.net, adakah kamu
berani tampil membuat laporan polis?
Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net
sarat dengan kandungan cerita India Muslim yang membuat salah dan jenayah kononnya.
Ini semua pastinya kerja Butitit. Saya mahu failkan kes dan menyaman Butitit.
Fitnah seperti ini tidak akan menjadikan saya apa-apa. Saya berpegang teguh
pada ajaran dan saya serah semuanya kepada ALLAH.S aya ada pertolongan ALLAH
kerana saya melaksanakan syariat Islam.
Namun, fitnah seperti ini
tidak harus diberi jalan. Butitit adalah Pengikut Dajjal. Saya cabar kamu saman
saya dengan kenyatan ini. Saya rasa Dajjal sudah muncul. Dajjal ini memulakan kerjanya
dengan menfitnah kaum India Muslim di Sabah.
Nantikan sahaja Bahagian 2
kenyataan saya ini. Saya akan tampil dengan membawa bukti pasport ini siapa punya
sebenarnya. Saya juga meminta semua rakan kongsi seperti didakwa membuat
kenyataan polis dan meminta kenyataan pemilik Restoran Madinah Beaufort, JPN
Beaufort, Jabatan Imigresen dan lain lain.
Dajjal Butitit harus
menerima padahnya menfitnah orang. Orang beriman sentiasa menang di sisi Allah.
Insya-Allah, kita berjumpa di Mahkamah Undang-Undang atau berjumpa di Mahkamah
Allah di Padang Mahsyar.
Akhir sekali, ayuh pembaca
sekalian, jangan kita berfikir dengan apa yang terhidang sahaja. Fitnah akan
menjadi jadi di akhir zaman. Berfikirlah berlandaskan Al Quran dan Hadis dan
kitab kitab suci lain. Terang-terang cara dia memaparkan artikel ini bertujuan
untuk menjatuhkan maruah saya. Memang berjaya tujuan Butitit, namun padah besar
menanti dia. Allah sendiri yang akan membalasnya.
Saya akan berdoa, lima waktu
supaya Butitit menerima azab di dunia ini dan di akhirat kerana mengaibkan
saya. Sabahkini.net harus memaparkan artikel lebih matang siap dengan bukti
yang kukuh dan sebagainya. Saya merayu seikhlas hati saya supaya Sabahkini.net
membuang artikel tersebut berserta gambar agar ia tidak memudaratkan saya.
Budi baik Sabahkini.net akan
saya kenang. Saya akan berdoa untuk semua warga Sabahkini.net supaya dimurahkan
rezeki. Saya tahu Sabahkini.net hanya akan membuang artikel dengan arahan mahkamah
sahaja, namun saya mengharapkan pertimbangan mengunakan akal fikiran.
Cuba teliti salinan pasport
itu, dia kepunyaan Indian di Riyad. Banyak yang di edit. Saya merayu jasa baik
pihak tuan.Saya juga meminta pihak polis agar menyiasat laporan tersebut jika Butitit
tidak muncul muncul. Bertawakal kepada Allah.
{وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ
الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ}
[الأنفال: 25]
Artinya: "Dan
peliharalah dirimu dari pada fitnah yang tidak khusus menimpa orang-orang yang
zhalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras
siksaan-Nya". (QS. 8:25)
Sekian, Salam Hormat,
ANSAR BIN MAIDIN
kita tgk apa respon butitit lepas ini.
ReplyDeleteOrang yang salah lazimnya tidak akan mengakui kesalahannya. dalam hal ini biar sisatan dilaksanakan untuk kenalpasti siapa yang bercakap bohong dan fitnah.
ReplyDeleteRCI perlu dikenakan ke atas dia ni,.
DeleteFitnah akan membawa musnah. Kalau benar apa yang didakwa oleh Butitit cuba bawa kes ini kepada polis.
ReplyDeleteHarus disiasat dulu tu, baru boleh semua rakyat puas hati.
ReplyDeletesaya cadangkan supaya mangsa fitnah ini memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnah..
ReplyDelete