TENOM : Perjanjian 20
Perkara yang menjaga kepentingan Sabah apabila negeri ini bersetuju turut serta
menubuhkan Malaysia pada 1963 masih lagi sah, kata Parti Maju Sabah (SAPP).
Presiden SAPP Datuk Seri
Panglima Yong Teck Lee berkata, Perjanjian 20 Perkara itu sah sampai bila-bila
kerana tidak ada tamat tempoh.
“Malangnya, di Sabah ada
pemimpin tidak sanggup pertahankan hak Negeri ini. Contohnya, Speaker Dewan
Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said kerana dalam satu kenyataan di
akhbar telah berkata bahawa Perjanjian 20 Perkara itu tidak lagi sah.
“Dokumen yang amat penting
bagi Sabah ialah Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian itu masih berkuatkuasa
kerana tidak ada tempoh tamat. Apabila Perjanjian Malaysia masih ada maka 20
Perkara itu masih sah,” katanya berucap merasmikan perayaan Pesta Menuai SAPP
2012 peringkat Negeri di Kampung Pulong di sini.
Turut hadir, Penasihat SAPP
yang juga bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Pengerusi
Penganjur majlis merangkap Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Timbalan Presiden
merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan dan
Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia.
Hadir sama, Naib Presiden
Jaafar Ismail, Ketua Pemuda Edward Dagul, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Stephan
Gaimin, Roger Stimin dan Ketua Penerangan Chong Pit Fah.
Salleh telah dilaporkan
sebagai berkata, bahawa Perjanjian 20 Perkara mengenai penjagaan hak dan
kepentingan Sabah apabila Negeri ini bersetuju terhadap pembentukan Malaysia
tidak lagi sah kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan
Malaysia.
Yong berkata Perjanjian
Malaysia yang ditandatangani bersama wakil Kerajaan British, Malaya, Sabah
(Borneo Utara), Sarawak dan Singapura di London pada 1963 diiktiraf oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Jika Perjanjian Malaysia
tidak ada lagi maka dengan sendirinya kewujudan negara Malaysia hilang,” kata
Yong bekas ketua Menteri Sabah dari 1996 hingga 1998.
Beliau berkata, salah satu
daripada 20 Perkara itu adalah dasar Borneonisasi dimana para pegawai Jabatan
Persekutuan di Sabah seharusnya terdiri daripada rakyat Sabah.
“Artikel 8 dalam Perjanjian
Malaysia menyatakan kesemua 20 Perkara itu termasuk Borneonisasi mesti
dilaksanakan,” kata Yong sambil menambah satu saman mendesak Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Sabah melaksanakan Borneonisasi telah difailkan di
MahkamahTinggi Kota Kinabalu.
Hakim Datuk Wong Dak Wah
pada 25 Mei menegaskan bahawa bekas Inspektor polis Bernard Fung Fon Chen, 70,
dan bekas Cikgu Mohd Nazib Maidan Dally, 35, mempunyai hak menuntut Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Sabah melaksanakan dasar Borneonisasi itu.
Harap mana2 parti yang memperkatakan tentang 20 Perkara ikhlas dalam perjuangan mereka dan bukannya untuk meraih sokongan saja.
ReplyDeletebetul. rakyat sudah bosan dengan parti yang hanya mahu sekadar jadi "hero".
DeleteSemua parti harus bersatu pertahankan 20 Perkara!
ReplyDeletekenyataan Salleh akan menjadi isu hangat pada masa ini.
ReplyDeleteperjanjian 2o harus diperjaungkan, ia perjanjian yang melindungi hak2 Sabahan.
ReplyDelete20 perkara itu adalah hak dan kepentingan penduduk Sabah sebelum masuk Malaysia. Maka perkara ini rasanya perlulah dipertahankan yang mana itu masih sah untuk Sabah.
ReplyDeleteTanggungjawab lebih kepada pemimpin2 Sabah untuk memelihara dan memperjuangkannya.
DeleteIsu 20 perkara tetap untuk Sabahan. Maka perkara ini tidak boleh dilupakan.
ReplyDeleteMungkin ini ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan cuba untuk mengaitkan dengan kroni. Jika benar-benar tidak layak terimalah seadanya.
ReplyDeleteRCI sudah diluluskan penubuhannya baru la SAPP bising2.
ReplyDeletebaik Yong Teck Lee cabar saja Salleh berdebat sebagaimana JK mencabar KM Sabah..
ReplyDeletesalleh juga patut menjelaskan kenyataan beliau yang sekarang ini sedang dikontroversikan oleh pihak2 tertentu.. jangan biarkan kenyataan beliau itu memakan diri sendiri dan juga parti..
ReplyDelete