Wednesday, 30 May 2012

WASPADA TAWARAN ‘PALSU’ JADI CALON



KOTA KINABALU: Demam pilihan raya yang melanda seluruh negara sejak beberapa bulan lepas membuatkan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terutama kalangan calon-calon untuk Barisan Nasional.

Para pemimpin parti difahamkan terdapat individu tertentu yang menjadikan mereka-mereka yang berhasrat menjadi calon malah penyandang YB jadi mangsa mereka kononnya mereka akan dipilih dalam pilihan raya yang akan datang.

Akibatnya ianya turut menimbulkan keresahan di kalangan para pemimpin tempatan, kata Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Perkara ini tidak baik,terutama apabila pilihan raya umum akan menjelang tiba dan ketika BN mahukan semua para pemimpin tempatannya terus bersatu dan mengurangkan perbalahan dikalangan mereka,” kata Rahman.

“Sebagai bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri pada pilihan raya 2004, saya tahu fakta-fakta sebenar bahawa pemilihan calon ditentukan oleh Pengerusi BN (Perdana Menteri) selepas perundingan terperinci dengan Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri.

“Dalam hubungan ini, mereka yang mendakwa diberikan ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri atau Ketua Menteri untuk memilih calon amat mengelirukan orang ramai dan ianya hendaklah dihentikan sama sekali sebelum ianya ianya menjejaskan perpaduan kukuh dalam parti,” katanya.

Beliau berkata kepimpinan BN Sabah juga dimaklumkan terdapat kumpulan-kumpulan tertentu telah menyalurkan maklumat palsu kepada ketua-ketua parti tentang keadaan politik di beberapa kawasan.

Matlamat mereka, katanya untuk meracuni pemikiran individu tertentu dengan niat mahu menjatuhkannya.

“Laporan berat sebelah mereka mempunyai agenda tertentu. Sabah BN tahu siapa kumpulan-kumpulan ini dan sedang memantau tindakan mereka dengan lebih dekat,” kata Rahman.

6 comments:

  1. Rupanya ada juga tawaran palsu jadi calon. nampak sangat ada yang kepingin sangat mau jadi calon. Apa yang penting sekarang ialah pengumuman dari mulut PM sendiri.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu saja siapa yang akan terpilih sebagai calon pada PRU 13 akan datang.

    ReplyDelete
  3. Biarkan pihak yang tertentu saja yang memberikan pengumuman mengenai menjadi calon ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mudah terpedaya, periksa dulu betul2.

      Delete
  4. Tawaran palsu jadi calon pun ada?? bahaya betul, dasar penipu

    ReplyDelete
  5. kalau tidak mahu tumbang pada PRU kali ini, jangan sekali2 amalkan politik kotor dari dalam.. mana2 ahli yang berpotensi menjejaskan peluang BN untuk terus memerintah Sabah, baik ambil tindakan serta merta..

    ReplyDelete